Saturday, December 19, 2009

Mahasiswa Ditipu

Aku terbace komen sorg sahabat kt sebuah forum, menarik utk kte faham.
Secara praktikalnye, DEMI ALLAH, aku tak merasakan tarbiyyah daripada Jemaah Islah Malaysia(JIM) dan ISMA termasuk dalam kumpulan ini. Ini Berdasarkan penilaian aku snirik, selame aku mengikuti tarbiyyah jemaah2 tersebut.

Aku kata demi Allah Tuhan Muhammad saw, aku tak kate demi JIM atau ISMA. Maksudnya aku takde niat buruk kt mane2 jamaah yg lain. Aku pernah ikut tamrin "jamaah yg satu" tu kt Malaysia, bukan setakat ikut, malah aku tolong organize aktiviti2 jamaah tersebut, mungkin lebih jelas kalo aku sebut PAS. Semoga Allah bagi petunjuk kt mereka dan kita semua, amen. Allahu'alam.

"Berapa ramai student2 kampus yg cintakan islam, akhirnya terperangkap dengan kancah pergerakan politik underground. Sanggup melakukan pelbagai strategi biarpun bertentangan dgn nilai2 islami yg sebenar untuk mengumpul seberapa banyak ahli yg menyokong kumpulan2 politik mereka.

Mereka kebanyakannya fokus kepada membangkitkan atau menyemarakkan semangat cintakan islam, namun tidak menyemarakkan semangat cintakan ilmu dan keinginan yg tinggi utk menimba ilmu2 agama. mereka diangkat semangatnya utk perjuangkan islam, namun hakikatnya ilmu masih tiada.

Lebih teruk lagi, mereka di train untuk membenci kerajaan/pemerintah dalam sesi usrah2 mereka. mereka dibawa ke sesi2 tamrin tertentu di tempat rahsia tertentu. malah ada yg diuruskan oleh kump.2 tententu di bawa ke kem2 atau sesi perkhemahan masuk ke kawasan hutan. di sana mereka di-train dgn pelbagai aktiviti lasak. malah, ada yg sehingga ketakutan. alasan mereka (penganjur) adalah... bahawa pejuang islam mestilah tahan diuji, kerana Rasulullah dan para sahabat juga berjuang dalam suasana yg sukar dan sentiasa mendapat ujian dan pelbagai dugaan.

Di akhir sesi2 tamrin, mereka yg dilihat memiliki potensi dan punyai nilai ketaatan yg baik kepada kumpulan/jemaah dan naqib/naqibah mereka... mereka akan di bawa ke sesi seterusnya dan sehinggalah ke fasa Bai'ah atau janji taat setia kepada jemaah/kumpulan dan naqib/naqibah mereka.

Dan gerakan2 ini, masih lagi aktif bergerak di dalam kampus2 universiti sehingga skrg..."

Aku tambah lagi.

Apabila gerakan tajdid (pembaharuan) yg secara tampaknya dipimpin oleh Dr Asri dan tokoh2 yg lain di Malaysia mendapat sambutan, maka fokus mereka ini sedikit-sebanyak telah lari kepada fahaman "anti-wahabi". Mereka war-warkan kata-kata seperti jgn ikut quran dan hadis sahaja, ikutlah Ijmak ulama, beradablah dgn ulama, ikutlah mazhab, wahabi tak ikut mazhab, mereka mengaku sebagai pengikut mazhab syafi'e dan pelbagai lagi tohmahan2 yg lain, seolah-olah golongan2 yg pro tajdid ini dilihat sebagai golongan yg buat2 pandai, ulama mee segera, tak hormat ulama, membelakangi ijmak ulama, tak ikut mazhab, tidak berakhlak, memecah-belahkan ummat dan sebagainya. Sampaikan wujudnya doktrin, seolah-olah wajibnya bermazhab feqah dalam islam. Inilah jenayah intelektual yg sebenar.

Golongan sunnah yg dilabel "wahabi" ini secara ilmiahnya dikelaskan sebagai kelompok ahlul hadis dalam sunni, aliran hadis, satu aliran yg tidak melebihkan akal daripada dua sumber tashrik kita org islam, quran dan sunnah. Kerana kita percaya, semua kata boleh ditolak kecuali Nabi saw. Jika kata-kata seseorang ulama itu menyanggahi makna hadis, secara zahir ataupun secara takwil yg tidak melampau, maka wajib bagi mereka yg tahu untuk membetulkan perkara tersebut. Itu je asasnya. Tetapi inilah adat dunia, habis hujah, maka mereka menggunakan fitnah.
Kembalilah kepada kefahaman islam yg sebenar, bukan kerana ilah yg lain, tp kerana Allah swt.

Imam Syafi'e Rahimahullah senidir pernah berkata:

"Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah saw adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini." ( Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.)

Semoga Allah merahmat dan mengampuni Imam al-Syafi'e Rahimahullah dan imam-imam yang lain. Takde orang yg maksum selain daripada para anbiya'. Ini perkara asas dalam agama. Kalau ada sape-sape telah melampau taksub dengan ulama' sampai ke tahap mengganggapi ulama2 ikutan mereka lebih tinggi daripada quran dan hadis, bertaubatlah.

Sebab ade larangan keras daripada Nabi saw, supaya jangan berdusta atas nama baginda.

al-Mughirah bin Syukbah berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:-

إنّ كذبا علىّ ليس ككذب على أحد فمن كذب عليّ متعمّدا فليتبوّأ مقعده من النّار

"Sesungguhnya pendustaan terhadap saya sama seperti pendustaan terhadap orang lain. Barangsiapa yang mendustai saya dengan sengaja, maka bersiap sedialah tempatnya di neraka" (Mukhtasar Muslim, hadith 1862, jil. 2. hlm 252)



See? Gerakan dakwah salafiyyah ini bukannya nak kan kuasa atau apa-apa keuntungan dunia yang lain, tetapi semata-mata kerana nak menjaga kesucian kata-kata baginda Nabi saw daripada sebarang penipuan, nak kembalikan orang-orang islam kepada kefahaman islam yang sebenar, yang bebas daripada belenggu ketaksuban bermazhab, ketaksuban berjemaah haraki, ketaksuban berpolitik, ketaksuban dengan aliran-aliran tareqat masing-masing sehingga melampaui batas, melanggar hadis. Keji ke salafi ni?





Mohd Peng

2 comments:

  1. Setuju ngan pendapat bahawa mahasiswa sekarang lebih kepada semangat perjuangan sahaja...dan mengabaikan ilmu, talaqi dan sebagainya...elakkan kita jd begitu...

    Ayuh..semarakan budaya Ilmu agar kita dapat mengubah akhlak kita supaya bertepatan dengan salaf demi memudahkan lg urusan memacu haraki Islamiah nanti...

    wassalam

    ReplyDelete
  2. macam kenal je gaya penulisan.. tapi MANTOP bro.. leh aku copy paste yg ko punya ni..

    ReplyDelete