Sunday, April 4, 2010

Akhlak Seorang Pendakwah

Dr Asri pun pernah sentuh kan?
Tidaklah mereka itu sejahat firaun dan tidaklah kita ini sebaik Musa.
Sedih aku bace isu majlis makan malam kawan2 kt Mansoura.
Kenapela mesti keras dalam berdakwah...?

Bile perang2&gado2 ni, byk yg benda2 yg kita mahu susah nak jadi.
Dulu ade sorg kawan aku, name samaran die Jibrail,
die ni tak alim&wara' mane pon,
Tapi berjaya mengajar aku, ape erti sebenar cool.
Aku rasa malu. Asalnya rasa nak pukul2, tapi last2 btukar kpd rasa malu dan insaf.
Plak tu, jibrail ni la yg sanggup dtg jenguk aku bile aku malas nak dtg exam.
Terase kan?
Dunia tak boleh diubah dengan kekerasan.
(Nak keras-keras mai pegi Palestin...)

Apatah lagi jika kita ni menggelarkan diri kita sebagai pendakwah,
org yg nak mengajak org lain dekat pd Allah, mengikut suruhan & tinggal larangan Allah,
yg melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Berhasilkah dakwah yg dilakukan dgn kekerasan? Dengan penghinaan?

Ya, mmg dalam sesetengah perkara dihalalkan bagi kita mengumpat.
Tapi perkara yg macam mana?

Adakah dibenarkan utk kita mengaibkan mereka2 yg mungkin tidak atau belum tahu ttg hukum-hakam islam dalam bab pergaulan sesama lelaki dan wanita yg bukan muhrim?

Adakah dibenarkan utk kita mengaibkan mereka2 yg mungkin tidak atau belum tahu ttg aurat dgn jelas dan kewajipan utk mengikut suruhan Allah yg itu?

Adakah dibenarkan utk kita mengaibkan mereka2 yg mungkin tidak atau belum tahu ttg erti mengikut suruhan Allah & meninggalkan larangan Allah?

Sepertimana firman Allah yg mungkin biasa kita dengar:-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat ayat 12)

Mungkin aku sendiri terlebih bertegas dlm beberapa hal seperti masalah perselisihan puak salafi dan sufi dimana aku lebih condong kpd salafi. Mungkin aku agak terkesan sbb yg berdusta dalam hal ini bukannya calang-calang orang, ustaz yg tgh sambung master dalam usul fiqh kt azhar berdusta, ustaz yg tgh sambung master dalam tafsir berdusta, mananya aku tak kecewa, menyebar luas fitnah ke atas golongan ansorusunnah atau salafi ni.

Tapi aku tak pernah mengiyakan@membenarkan tingkah laku aku yg terlebih bertegas tu dalam menegur mereka. Ya! Aku mengaku ada salah & kurangnya.
Malah ulama yg aku paling byk bertaqlid, Dr Yusuf Qaradawi pun pesan kt wakil gerakan islam di Malaysia, Ustaz Nasha supaya merapatkan jurang puak zohiriyyah moden & muktazilah moden ini.

Berbalik kepada persoalan adab2 berdakwah dgn golongan yg mungkin tidak atau belum tahu akan syariat2 islam ini, benarkah kekerasan, penghinaan, pengaiban maruah itu caranya dalam berdakwah?

Jadi perlunya ssorg da'ie atau pendakwah tersebut kpd beberapa ciri-ciri utama.

Pertama - Berilmu.

Tade ilmu camane nak berdakwah kan?
Firman Allah:-

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٦)
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (al-Israk ayat 36)


Seorang abid yg jahil sama seperti seorang alim yg jahat kerana kemudharatan mereka lebih besar drp manfaatnya.

وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ‌ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ‌ۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِى مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡـًٔ۬ا (٢٨
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (al-Najm ayat 28)



Dalam Sahih Muslim, al-Mughirah Bin Syukbah berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:-

إنّ كذباً علىّ ليس ككذبٍ على أحدٍ فمنْ كذب عليّ متعمّدًا فليتبوّأ مقْعده من النّار
Sesungguhnya pendustaan terhadap saya sama seperti pendustaan terhadap orang lain. Barang siapa yang mendustai saya dengan sengaja maka bersiap sedialah tempatnya di neraka (Rujuk - Mukhtasar Muslim, hadis 1862, 1863, jil. 2 halaman 252)

Seringkali terdapatnya golongan-golongan yang tidak peka&teliti dengan hadis-hadis Nabi saw, lantaran terguna hadis-hadis tersebut dalam berhukum & kehidupan seharian.

Dan banyak lagi hujah2 serta kalam2 ulama yg lain yang menyatakan perlunya kita kepada ilmu dalam berdakwah. Mungkin ilmu ini diperolehi bukan dengan cara bertalaqi dari muka ke muka tanpa sebarang perbincangan yang teliti dan terbuka seperti yg diamalkan majoriti mahasiswa Azhar(kalau rajinla) yg begitu senang bertaqlid dengan Syeikh2(baca:syeikh sufi) yg diikuti. Mungkin ilmu ini diperolehi dengan bertanya, dengan perbandingan, dengan pembacaan dan pertanyaan serta pelbagai lagi cara yang lain. Yang penting, kita merujuk kpd yg lebih tahu dan elakkanlah budaya bertaqlid(ikut) buta kerana tiada siapa yg sempurna melainkan Nabi saw.

Jadi jelas, perlunya pendakwah kepada ilmu. Kalo takde ilmu, mungkin susah pendakwah2 ni nak bezakan antara berdakwah atau menghina, antara bersabar atau menghalalkan ghibbah, antara mengajak orang supaya lebih dekat kepada Allah atau menjauhkan lagi mereka dan sebagainya.

Kedua - Lemah-Lembut
Lemah-lembut ni subjektif. Ade org, budaya lemah-lembutnya kene usik dulu skit2, kutuk2 skit, kutuk2 gurau.. Ni maybe org laki zaman sekarangla. Ade org lain plak, tak boleh keras2, kene jelas dan tenang, maybe pompuanla kot.. 'uruf masing2. Ape2 hal, pendakwah perlulah mampu bersifat fleksibel dan lemah-lembut dalam berdakwah.

Seperti dalam Sahih Muslim, Jarir r.a. berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:-

من يحرم الرِّفْق يحرم الخير
Sesiapa yang diharamkan darinya kelembutan diharamkan kebaikan


Imam Muslim meriwayatkan drp Aishah r.a. katanya:

(Tak larat da nak tulis dalam bahasa arab...aku tgh demam ni...)
Maksudnya: Sesungguhnya lemah lembut tidak berada pada sesuatu kecuali ia menghiasinya dan tidak dicabut dari sesuatu kecuali ia memburukkannya.

Dalam riwayat yang lain:-

Maksudnya: Sesungguhnya Allah lemah-lembut dan sangat cintakan kelembutan dan Dia memberi kepada kelembutan akan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekasaran. (Rujuk - Mukhtasar Sahih Muslim, jil. 2, hlm. 234)

Sepertimana firman Allah:-

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (al-Nahl ayat 125)


Hati manusia ni macam kaca yang halus. Kadang2 pecah kerana perkataan yg keras & kasar. Lalu orang ramai lari drp pendakwah dan mereka tidak akan kembali semula kpd perpaduan.

Benarlah firman Allah:-

فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali-Imran ayat 159)


Ketiga - Kesabaran

Lepas kita dah cuba cukupkan ilmu-ilmu asas dalam berdakwah dan cuba berlemah-lembut, kadang kala Allah uji lagi kita sebagai pendakwah ini apabila mad'u(mereka2 yg nak didakwah tu) tak menerima dakwah kita, malah mungkin menolak serta menghina kita. Maka perlunya para pendakwah kepada kesabaran.

Dalam Quran, Luqman berpesan kepada anaknya:-

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ (١٧)
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Luqman ayat 17)

Kalau kita faham ayat ni, kita sebagai pendakwah akan rasa jerih & peritnya dalam berdakwah, seolah-olah keperitan ni sume adalah asam garam dalam menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran. So kite kene banyak bersabar dan kesabaran ni sebenarnya merupakan pesanan Allah kepada semua rasul a.s:

فَٱصۡبِرۡ كَمَا صَبَرَ أُوْلُواْ ٱلۡعَزۡمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسۡتَعۡجِل لَّهُمۡ‌ۚ كَأَنَّہُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَ مَا يُوعَدُونَ لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا سَاعَةً۬ مِّن نَّہَارِۭ‌ۚ بَلَـٰغٌ۬‌ۚ فَهَلۡ يُهۡلَكُ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٣٥)
(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulul Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pengajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik (derhaka). / (al-Ahqaf ayat 35)

Jadi jelas, dalam mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, sorg pendakwah tu perlulah berilmu, lemah-lembut dalam melaksanakannya dan bersabar selepas itu.

Qadi Abu Ya'la berkata:-

"Tidak menyeru kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran melainkan orang yang faqih tentang suruhan dan tegahan yang dilakukannya, orang yang lemah-lembut dalam melakukan seruan dan pencegahan dan penyayang dalam melakukan kedua-duanya." (Rujuk - Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jil. 28, 137)

Akhir kata, apa salahnya kita menegur dgn baik dan berdoa kpd Allah semoga mereka & kita diberi petunjuk?
Tidaklah mereka itu sejahat firaun dan tidaklah kita pendakwah ini sebaik Musa.
Allah lah yg membolak-balikkan hati manusia ini, jadi apa salahnya berdakwah dengan baik & berdoa?

Kalau kita nak malukan mereka, kita akan dapat malukan mereka.
Tapi kalau kita nak mengajak mereka kpd Allah, ikutlah cara2 yg telah ditunjukkan dalam quran & hadis.
Untuk kajian lebih lanjut, mungkin sahabat2 boleh rujuk tajuk2 seperti mudahanah & mudarah dalam berdakwah, mungkin ada kalangan kita yg dilema tentang bersahabat dengan pembuat maksiat dan berdakwah kepada mereka, so rujukla bab mudahanah & mudarah dalam berdakwah tu.


Allahu'alam.

Mohd Peng.


8 comments:

  1. nice job peng! jgn lupa doa agar semua diberi petunjuk

    ReplyDelete
  2. peng.. bes T_T aku tktaw ape nak jd ngn sume org... deorang expect sume org taw pasal hukum sume tu.

    ReplyDelete
  3. peng, ko tau kn aku mmg fan lagu2 ko?? hehe..bgos2..

    ReplyDelete
  4. amiza: tq. baik, semoga Allah bg petunjuk kt kita semua, amen.

    Naim: tula, ko la tak buat keje ni naim. haha. Pegi rod skit infokini tu, bagi skit qaul2 psl dakwah ni, fiqh dakwah ke. haha/

    AIY: ni baim eh? hehe. baru tau ko fan lagu2 aku, haha. tq.

    Baihaqi: haha, love u too.

    ReplyDelete
  5. peng..mekasih byk2..

    -sito-

    ReplyDelete
  6. peng.. ko pun dah tau kan...kenapa malaysia tak leh maju sampai sekarang.

    erm. dunia negara maju, sentiasa belajar menghormati orang. itu aku puji..walaupun mereka tidak sama aqidah

    ReplyDelete
  7. salam....well said!!!

    semoga allah swt memberi petunjuk kpd semua

    ummi MedicMesir :-)

    ReplyDelete