Sunday, December 27, 2009

Dr Wahbah Zuhaili vs Ustaz2 PMRAM

Sebilangan ustaz2 PMRAM suke buat kepala kt Mesir ni. Mereka mengaku sbg ahlisunnahwaljamaah, tetapi sebahagian drp fahaman2 mereka tidak mengikut jumhur ulama sunnah. Malahan mereka pula yg mengguna-pakai nama "jumhur". Inilah jenayah ilmu yg akhirnya akan memakan diri mereka sendiri. Ya Allah, kau bukakanlah hati mereka utk berkata benar.

Aku tatau nape ustaz2 yg betol2 ikhlas di jalan sunnah ni masih bagi muka kt dorg.
Sebahagian drp ustaz2 PMRAM tu plak terlampau taksub dgn PAS dan Anwar Ibrahim.
Tapi yg sedihnya, mereka menggunakan nama islam. Ramai anak2 muda dari jurusan Perubatan terpengaruh dgn doktrin mereka. Kalau nak kate syiah asalnye berbeza politik, lalu berbeza akidah dan sebagainya, nah! Inilah antara bibik2 permulaan neo-syiah, neo-jahmiah.

Aku yg nak tegur dituduh kurang ajar. Mmg aku kurang ajar pun.
Tape, aku terus repair akhlak aku. Mungkin aku memerlukan satu degree dlm jurusan agama
utk bercakap hal2 agama ni. Aku pun rase macam nak sambung belajar kt Uni. Madinah nanti, best kalo dapat belajar hadis. Tp mase yg berbaki kt Mesir ni, tak bleh dibuang je, kene ajak ustaz2 sunnah yg lain betulkan keadaan ni dan aku tak boleh buat kerja sorg2. Kene ajak muaz, yasir, nik hilmi, nik abduh, pai dan ustaz2 sunnah utk buat perubahan ini.

Anyway ni ade video Dr Wahbah menjelaskan ttg Tauhid tiga (rububiyyah, uluhiyyah, asma' wassifat).. Ustaz2 PMRAM tu kate tak boleh bahagi tauhid kpd tiga, hujah dorg perkataan tauhid tu da maksudnya satu, pastu ade yg samekan dgn trinity dalam kristian, astaghfirullah hal 'azim.
Tape, kte tgk ape yg Dr Wahbah, sorg ulama besar sunni skang ni, dr Syria kate.

Link Youtube --> http://www.youtube.com/watch?v=qXeSmAlLvUU

يمكن تجب عن تقسيم التوحيد إلى ثلاثة أقسام؟ بعض الناس يعني يرد على هذا ويقول بأن هذا تقسيم النصارى وغير ذلك، مع أن هذا قد كررت بالحكومة قد كررت، في الجامعات والمدارس نليجه، فماذا ...؟

]Boleh awak jawab tentang pembahagian tawhid kepada 3 bahagian? Sebahagian manusia – iaitu – yang menolak ke atas (pembahagian) ini, dan berkata bahawa ini ialah pembahagian Kristian dan sebagainya, tambahan lagi hal ini telah berulang-ulang dalam kerajaan, iaitu telah berulang-ulang di universiti-universiti dan sekolah-sekolah yang kami masukinya. Maka apa …?


... نحن ينبغي أن لا نعرف وأن لا نستمع إلا لمقالة أهل السنة والجماعة. وأما هؤلاء المشككون، والذين يحرفون النصوص من بعض مواضعها، ويخالفون ما عليه جمهور الأمة، فهم مخطؤون، فلا تستمعوا لهم، ولا تقيموا وزنا لأي كلام يصدر منهم لأنهم في هذا لهم مآرب معينة، ونحن نبرأ إلى الله سبحانه وتعالى من مثل هذه الأعمال التي تعاتج تزرع الفنتة بين المسلمين.

… Kita tidak perlu untuk mengetahui atau kita tidak perlu mendengar melainkan kepada kata-kata Ahli s-Sunnah wal-Jama`ah. Dan mereka yang ragu-ragu itu, dan yang mengubah nas-nas daripada beberapa tempat-tempatnya, dan yang mencanggahi apa yang jumhur ummah berada di atasnya, maka mereka adalah salah, dan jangan kamu dengar kepada mereka, dan jangan kamu berikan pertimbangan kepada sebarang kata-kata yang datang daripada mereka, kerana sesungguhnya mereka dalam hal ini, mereka mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Dan kita berlepas kepada Allah subhanahu wata`ala, daripada yang seperti perbuatan-perbuatan ini, yang sentiasa menabur fitnah dalam kalangan muslimin.

هي ثلاثة أقسام، هذه؟
Ia tiga bahagian, yang ini?
نعم، نعم، نعم
Ya, ya, ya
يعني يجوز؟
Boleh?
يجوز هذ يجوز،
Boleh, ini boleh,
تسمية، نحن، أي لماذا، ما فيها شيء، لا نقول، ذوات، وأنما الذات واحدة، وهذه الأسماء، لله الأسماء الحسنى فادعوه بها، وهذه صفات ، الأسماء والصفات كلها لله...
Penamaan, kita, iaitu kenapa, tiada padanya apa-apa, kita tidak kata, banyak zat, tetapi Zat yang Satu. Dan nama-nama ini, dan sifat-sifat ini, nama-nama dan sifat-sifat, semuanya kepunyaan Allah.
ألوهية، ربوبية، وغيرها
Uluhiyyah, Rububiyyah dan selainnya,
نعم، نعم...
Ya, ya…

Korang nilaila sendiri.

Mohd Peng

Saturday, December 26, 2009

Kau Bukan Ulama, Baik Kau Diam Je La

Hari ni aku tegur beberapa org kawan aku ttg majlis tahlil.
Ade sorg akhwat kematian ayah die. Innalillahiwainnailaihiroji'un.

Bendanya simple je, aku tengok perbuatan dorg lain drp yg nabi ajar.
Atau terus terangnya, mungkar, so aku tegur.
Aku bagitahu camane care yg nabi ajar.

Alhamdulillah, sebahagian drp mereka positif dan ada yg terkejut.
Tp majoriti tegur aku...
"Hal-hal agama ni bukan bidang kite..."

Aku taktaula sape yg sebarkan ideologi ni.
Semacam agama kristian plak.
Kalo hal2 agama serahkan kt paderi, pope sume tu.

Org2 awam takleh cakap banyak.

Pada aku, ini bukan ajaran islam.
Turunnya islam dulu, yg masuk awal2 tu adalah golongan hamba.
Org-org awam.

Then berkembanglah ajaran islam.
Berkembanglah jgk ilmu2 yg termasuk dlm bab masolehul mursalah spt usul fiqh dan lain2.

Tak dinafikan, kesannya muncallah 2 kumpulan,
org2 yg berilmu dan lagi satu org yg kurang berilmu.
Yg berilmu ni, tugas die nak bagi yg kurang berilmu ni tahu & berilmu.

Tp skang ni lain plak jadinye.
Walopun aku hapal hadis banyak mane,
walopun aku hapal syarah hadis tu,
aku hapal sanad hadis tu,
wurud hadis,
walopun aku hafal perbahasan ulama ttg hadis tu,
walopun aku dah kuasai qawa'id fiqh,
walaupun aku dah blajar skit usul fiqh,
tp aku tak berhak nak cakap pape.

Sbb ape?
Sbb aku budak medic, aku bukan budak jurusan agama.

Kalau aku amek course syariah, walopun aku ponteng kelas,
sebulan sablom exam baru start study group, tp aku berhak ckp hal agama.

Sekali imbas same macam kes Dr Asri, takde tauliah, takleh ngajar.

Takpela, mungkin sebab akhlak & imej aku.
Tape, aku cube lagi baiki akhlak aku.

Kalau akhlaklah jadi nilaian utama utk org faham & terima manhaj salafussoleh,
maka inilah antara jihad terbesar aku.

Pasni aku tanak marah orang lagi.
Aku nak buat baik.
Aku jadi cam robot.
Org nak kate ape, kate la.

Janji akhlak aku baik dan boleh berdakwah.
Ya Allah, bantulah aku. Amen.

Mohd Peng

Konvensyen Sunnah

aku duk semak 1 hadis sehari due ni.
last2 jumpe gak.

"Seorang muslim yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kesakitan yang mereka lakukan lebih baik dari seorang muslim yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar atas kesakitan yang mereka lakukan." (HR. al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Pengajaran hadis, aku kene bergaul dgn semua orang dan bersabar dgn pape ujian.
Ade sesetengah budak yg boleh buat aku meletup kalo bergaul.
So sementara tgh panas, lebih baik aku avoid dulu.

Asasnya, aku nak berdakwah kt dorg, dakwah supaya kembali dan memahami manhaj sunnah.
Aku tak bley give up.

Bile follow konvensyen sunnah yg baru habes tu, rase macam hina plak sbb aku tak buat kerja sangat kt mesir ni, duk provoke orang je. Kadang2 tu, aku da benti provoke, tp org masih ingat aku duk provoke lagi. Tape, dorg tak paham. Aku yg paham kene pahamkan. Papehal aku ttp berserah kpd Allah swt.

Mohd Peng

Friday, December 25, 2009

Aku yang celaru

Aku tahu, ramai budak2 duk kutuk2 aku.
Tp yg tergerak hati nak cakap depan2, takde sorg pun.
Melainkan kawan2 satu geng.

Yg lain2 sume tu, yg berkopiah ke, kepala musyrif ke,
sume sedap ngumpat belakang2.
Buat cerita kt budak2 perempuan.
Macam2..

Kononnya aku belajar tanpa guru.

Selama ni aku terlampau ikutkan hati.
Bile ade org buat fitnah kpd aliran yg aku ikut,
aku akan konfran.
Buruk skit, aku akan maki hamun kalau die degil jgk.

Tp kesannya buruk, dorg pun tanak faham ape yg aku cakap,
walaupun baik, malah dorg kutuk2 aku plak.
Kalau kutuk aku saje takpe,
tapi kalau kutuk kalam2 ulama yg aku petik,
hadis2 yg aku petik,
aku risau dorg tertolak kebenaran tu.

Ini semua disebabkan sebilangan mahasiswa azhar.
Aku tak salahkan dorg sepenuhnya.
Dorg pun tak sedar dorg tengah taksub.

Tp sebab aku yg tegur ni budak medic,
akhlak aku plak camni,
so nampak macam aku menentang ulama plak.

Budak2 medic lain pun ingat aku ni menentang ulama.
Aku pun panas, aku pun konfran lagi.

Api lawan api, mmg takde kesan.

Kalau ikutkan hati, mmg aku rase nak hentak je sume org.
Rase macam aku ni penuh dgn machine gun, tp tatau nak tembak sape.

Aku tatau sape yg suke sangat kutuk2 aku, ngumpat2 aku.
Sbb dorg tak berdepan dgn aku.

Dahla aku paranoid.

Org lain rase senang kot kawal baran.
Tp aku rase susah.

Takkanla aku masuk lecture hall,
aku rase ade org pandang aku cam sial,
pastu aku nak terus pukul kt situ?

Takkanla aku nak buat macam tu.
Sbb tu aku suke avoid benda2 yg buat aku naik,
benda2 yg buat aku rase nak meletup.

Termasuklah datang lecture.
Kawan2 1 geng paham kot aku camane.
Susah tau nak kawal baran.
Susah tau nak tau sape yg betol2 kawan ngan aku.

Tapela, aku yg celaru.
Aku tak boleh give up.

Skang ni, aku kene fokus kt diri aku.
Aku nak jugak rasa bahagia hidup.

Aku nak kurangkan makan ubat2 sume,
esply propranolol.

Aku kene ubah diri aku.
Kalo aku terus konfran je, dorg takkan faham.
Walopun Allah faham.

Mungkin saat ni, hidayah Allah datang,
utk aku berfikir ttg hikmah, bijaksana.

Yang penting, aku tahu aku dijalan yg benar.
Terima kasih kpd guru2 agama aku.

Salah sorg guru agama aku duk cairo.
Aku salu belajar secara online dgn dia, blajar kt YM je.

Aku bace2 kitab, bile aku tak paham, aku tanye die.
Kadang2 aku tanye kt forum al-fikrah.net
Kadang2 aku tanye kawan2 yg sealiran, yasir, muaz, nik hilmi, nik abduh, ustaz firdaus.
Kadang2 kalau rajin aku pergi kelas Syeikh Muhammad Ismail, aku tapenah terserempak dgn budak2 Malaysia kt kelas die, kt Masjid Fath Islam, Rusydi.

Aku tak tahulah kalau aku dah berubah nanti, dorg still nak cakap aku ni blajar tanpa guru,
or tak hormat ulama.

Benarlah kata nabi pasal ghuraba, pelik, bohemian.
Pejuang2 sunnah akhir zaman ni mmg pelik.

Bile ditegur kesilapan2 pemimpin2 PAS,
kene cop tak hormat ulama.
Walaupun kata2 aku merujuk kpd hadis & perbahasan2 ulama.

Bile ditegur kesilapan2 pemimpin2 PMRAM,
kene cop tak hormat ulama.
Walaupun kata2 aku merujuk kpd hadis & perbahasan2 ulama.

Maybe sebab bercampur dgn maki hamun kot.

Takpela, aku kene amek masa, utk fikir ttg diri aku jugak.
Pada aku, kalau nak berjaya hapuskan zionis,
kene satukan umat islam dulu.
Nak satukan umat islam, aku kene berdepan dgn masalah2 umat.
seperti taksub mazhab, taksub jamaah, penyelewengan ilmu hadis dan sebagainya.

Jadi tujuan aku, satu je, nak hapuskan zionis.
Sumenya kerana Allah.
Tp bile nak buat tu, bukan senang.
Tambah2 aku snirik celaru.
Bkn celaru fahaman, tp celaru tindakan2 aku.
Itulah pentingnya hikmah, bijaksana.

Ade 1 hadis:

Orang mu’min bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang pengkeji dan bukan juga seorang yang berkata kotor. (HR. at-Tirmizi)

Papehal, aku berserah kpd Allah.
Semoga Allah memandu aku dan kita semua ke jalanNya.

Mohd Peng.

Saturday, December 19, 2009

Mahasiswa Ditipu

Aku terbace komen sorg sahabat kt sebuah forum, menarik utk kte faham.
Secara praktikalnye, DEMI ALLAH, aku tak merasakan tarbiyyah daripada Jemaah Islah Malaysia(JIM) dan ISMA termasuk dalam kumpulan ini. Ini Berdasarkan penilaian aku snirik, selame aku mengikuti tarbiyyah jemaah2 tersebut.

Aku kata demi Allah Tuhan Muhammad saw, aku tak kate demi JIM atau ISMA. Maksudnya aku takde niat buruk kt mane2 jamaah yg lain. Aku pernah ikut tamrin "jamaah yg satu" tu kt Malaysia, bukan setakat ikut, malah aku tolong organize aktiviti2 jamaah tersebut, mungkin lebih jelas kalo aku sebut PAS. Semoga Allah bagi petunjuk kt mereka dan kita semua, amen. Allahu'alam.

"Berapa ramai student2 kampus yg cintakan islam, akhirnya terperangkap dengan kancah pergerakan politik underground. Sanggup melakukan pelbagai strategi biarpun bertentangan dgn nilai2 islami yg sebenar untuk mengumpul seberapa banyak ahli yg menyokong kumpulan2 politik mereka.

Mereka kebanyakannya fokus kepada membangkitkan atau menyemarakkan semangat cintakan islam, namun tidak menyemarakkan semangat cintakan ilmu dan keinginan yg tinggi utk menimba ilmu2 agama. mereka diangkat semangatnya utk perjuangkan islam, namun hakikatnya ilmu masih tiada.

Lebih teruk lagi, mereka di train untuk membenci kerajaan/pemerintah dalam sesi usrah2 mereka. mereka dibawa ke sesi2 tamrin tertentu di tempat rahsia tertentu. malah ada yg diuruskan oleh kump.2 tententu di bawa ke kem2 atau sesi perkhemahan masuk ke kawasan hutan. di sana mereka di-train dgn pelbagai aktiviti lasak. malah, ada yg sehingga ketakutan. alasan mereka (penganjur) adalah... bahawa pejuang islam mestilah tahan diuji, kerana Rasulullah dan para sahabat juga berjuang dalam suasana yg sukar dan sentiasa mendapat ujian dan pelbagai dugaan.

Di akhir sesi2 tamrin, mereka yg dilihat memiliki potensi dan punyai nilai ketaatan yg baik kepada kumpulan/jemaah dan naqib/naqibah mereka... mereka akan di bawa ke sesi seterusnya dan sehinggalah ke fasa Bai'ah atau janji taat setia kepada jemaah/kumpulan dan naqib/naqibah mereka.

Dan gerakan2 ini, masih lagi aktif bergerak di dalam kampus2 universiti sehingga skrg..."

Aku tambah lagi.

Apabila gerakan tajdid (pembaharuan) yg secara tampaknya dipimpin oleh Dr Asri dan tokoh2 yg lain di Malaysia mendapat sambutan, maka fokus mereka ini sedikit-sebanyak telah lari kepada fahaman "anti-wahabi". Mereka war-warkan kata-kata seperti jgn ikut quran dan hadis sahaja, ikutlah Ijmak ulama, beradablah dgn ulama, ikutlah mazhab, wahabi tak ikut mazhab, mereka mengaku sebagai pengikut mazhab syafi'e dan pelbagai lagi tohmahan2 yg lain, seolah-olah golongan2 yg pro tajdid ini dilihat sebagai golongan yg buat2 pandai, ulama mee segera, tak hormat ulama, membelakangi ijmak ulama, tak ikut mazhab, tidak berakhlak, memecah-belahkan ummat dan sebagainya. Sampaikan wujudnya doktrin, seolah-olah wajibnya bermazhab feqah dalam islam. Inilah jenayah intelektual yg sebenar.

Golongan sunnah yg dilabel "wahabi" ini secara ilmiahnya dikelaskan sebagai kelompok ahlul hadis dalam sunni, aliran hadis, satu aliran yg tidak melebihkan akal daripada dua sumber tashrik kita org islam, quran dan sunnah. Kerana kita percaya, semua kata boleh ditolak kecuali Nabi saw. Jika kata-kata seseorang ulama itu menyanggahi makna hadis, secara zahir ataupun secara takwil yg tidak melampau, maka wajib bagi mereka yg tahu untuk membetulkan perkara tersebut. Itu je asasnya. Tetapi inilah adat dunia, habis hujah, maka mereka menggunakan fitnah.
Kembalilah kepada kefahaman islam yg sebenar, bukan kerana ilah yg lain, tp kerana Allah swt.

Imam Syafi'e Rahimahullah senidir pernah berkata:

"Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah saw adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini." ( Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.)

Semoga Allah merahmat dan mengampuni Imam al-Syafi'e Rahimahullah dan imam-imam yang lain. Takde orang yg maksum selain daripada para anbiya'. Ini perkara asas dalam agama. Kalau ada sape-sape telah melampau taksub dengan ulama' sampai ke tahap mengganggapi ulama2 ikutan mereka lebih tinggi daripada quran dan hadis, bertaubatlah.

Sebab ade larangan keras daripada Nabi saw, supaya jangan berdusta atas nama baginda.

al-Mughirah bin Syukbah berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda:-

إنّ كذبا علىّ ليس ككذب على أحد فمن كذب عليّ متعمّدا فليتبوّأ مقعده من النّار

"Sesungguhnya pendustaan terhadap saya sama seperti pendustaan terhadap orang lain. Barangsiapa yang mendustai saya dengan sengaja, maka bersiap sedialah tempatnya di neraka" (Mukhtasar Muslim, hadith 1862, jil. 2. hlm 252)



See? Gerakan dakwah salafiyyah ini bukannya nak kan kuasa atau apa-apa keuntungan dunia yang lain, tetapi semata-mata kerana nak menjaga kesucian kata-kata baginda Nabi saw daripada sebarang penipuan, nak kembalikan orang-orang islam kepada kefahaman islam yang sebenar, yang bebas daripada belenggu ketaksuban bermazhab, ketaksuban berjemaah haraki, ketaksuban berpolitik, ketaksuban dengan aliran-aliran tareqat masing-masing sehingga melampaui batas, melanggar hadis. Keji ke salafi ni?





Mohd Peng

Friday, December 18, 2009

Tataula nak cakap rase camane.
Rase macam hidup balik..kot..

Selame aku hidup, tak pernah aku rase macam ni.
Dari zaman kecik2, zaman sekolah sampaila skang ni,
tak pernah aku rase macam ni.

Aku tercari-cari setahun-dua ni,
amende yg hilang,
or amende yg aku tak jumpe lagi,
amende yg tak lengkap lagi.

Cari punye cari...
Mule2 ingatkan sbb perempuan,
dah banyak kali couple,
rase same je.

Cari punye cari...
Aku ni sakit mental ke?
Jumpe psychiatrist,
dapat ubat, makan ubat.
Pastu pedih perut bile makan ubat.
Tapi masih rase same je.

Nak kate aku jahil ilmu agama,
bagitau aku isu ape yg aku tak pernah amik tau.

Cari lagi..dan cari lagi.

Bile datang kelas tafaquh,
ustaz tu ngajar ok la..walopun ade benda yg aku tak setuju...

Tp aku tengok, ade budak yg salin ape yg ustaz tu cakap.
Apsal dorg ni baik sgt?

Cari punye cari...

Rupenye aku lupa Tuhan.

Alhamdulillah.
Bile ingat Tuhan ni,
hati rase tenang.

Aku tak pernah rase setenang camni, sumpah.

Aku tak perlu pening2 fikir jenayah ilmu oleh sebilangan ustaz2 Azhar,
Aku tak perlu pening2 fikir soal jodoh,
Aku tak perlu pening2 fikir soal politik,
Aku tak perlu pening2 fikir soal dunia.

Aku ada Tuhan.
Aku dah tau lame aku ade Tuhan.
Tapi rase macam 1st time,
aku dapat rase dalam hati,
aku memang ade tuhan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Semoga Allah terus tunjuk aku jalanNya. Amen.

Mohd Peng

Thursday, December 17, 2009

Tahap-Tahap Meninggalkan Jamaah

Aku cube tido, tapi gagal lagi. So aku sambung tulis pasal jamaah; tahap2 meninggalkan jamaah. Sablom tu cam beserla, ngarut2 dlu skit.
  • Aku faham dilema ustaz2 yg beraliran asya'iroh. Ramai ustaz2 Azhar melayu drp aliran ni walaupun berbeza dengan majoriti aliran guru-guru mereka di Azhar. Sedangkan mahasiswa-mahasiswa jurusan agama di Jordan & Madinah lebih bersifat terbuka berbanding dengan mereka. Aliran ni mmg berlainan dgn aliran yg aku ikut iaitu aliran hadis atau sunnah atau ansarusunnah atau salafussoleh atau kaum muda... atau ape2 sajela label dan cop.
  • Takde masalah pun bg aku kalo dorg nak kekal dgn aliran tu selagi mana dorg beriman dgn Allah & Muhammad sbg pesuruh Allah serta perkara2 usul yg lain.
  • Tp bile buat fitnah, itu dah keluar dari ruang lingkup ilmiah. Sbb tu aku seru je dorg ni, baik bunuh aku daripada buat fitnah. Macam Dr Asri kate, da abis hujah, gune senjata fitnah. Semoga Allah bukak hati mereka, paling kurang pun untuk menilai due2 belah pihak.
  • Aku harap dorg bersetuju dengan aku bahawa perkara yg lebih utama skang ni adalah utk mengajak org ramai kepada islam, faham islam. Untuk tujuan itu, tak perlu kot kte menyusahkan mad'u tersebut dengan perkara2 yg berat...dan semestinya tak buat fitnah, pegi tuduh org2 yg pakai seluar singkat, ade tande sujud kt dahi, janggut panjang sume ni menyamakan Allah dengan makhluk dan bukan dari kalangan ASWJ. Takutla kt Allah.
  • Sebenarnye, aku bimbang dgn mereka2 yg terlampau yakin dengan kesempurnaan sifat 20 tu. Aku lebih selesa dgn tauhid yg tiga tu.
  • Contohnye jika aku berjumpa dgn sorg kafir, lepas da taaruf pe jadah sume tu, die kate die percaya adenye pencipta alam ni, mebe sbb die dah tak mampu nak create teori, camanela alam ni tercipta. Aku pun kate bagus, die dah ade tauhid rububiyyah.
  • Pastu kami berbincang dan berdebat dgn baik, aku pun ajak die percaya yg pencipta tu satu. Kt sini mungkin akan pakai logik akal or ilmu kalam tu.
  • Camane2 pon, org kafir tu ttp akan kalah debat tu, sbb tak mungkin pencipta ni ade lebih dari satu. Simple je logik die. Kalo die percaya, secara tak lansung, die dah mengesakan pencipta, mengesakan tuhan. Tak ke die dah ade tauhid uluhiyyah?
  • Then kami sambung bincang, bagaimana plak sifat pencipta ni. Kt sinilah aku berpegang dgn manhaj salafussoleh, utk tak mendahului akal daripada nas, sbb manhaj ni lebih selamat bagi aku. Kalo Allah kate die bertangan, aku beriman Allah bertangan, tangan die tak same ngan makhluk dan aku tak fikir panjang dah camane tangan die, tu bukan keje aku sbg hamba Allah. Yangg penting aku dah percaya tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah.
  • Aku bimbang dgn mereka yg terlampau yakin dgn kesempurnaan ilmu kalam. Contohnya, kalau Allah kate sifat die pengasih dan penyayang, ade tak org akan fikir, Allah ni ade seketul hati ke? Camane Allah bleh bersifat pengasih dan penyayang ni?
  • Kalau aku, aku jawab balik, perlu ke tuhan memiliki seketul hati utk bersifat pengasih dan penyayang? Manusia perlula (hati or jantung or otak...pape jela)...
  • Soalan ni sepatutnye tak timbul kalo org tu bukan dari kalangan mujassimah or menjisimkan Allah, samekan Allah dgn makhluk. Kalo camtu, aku bleh cakap, bile org kate "Allah berkata", adakah itu maksudnya Allah ade mulut? Perluke Allah memiliki mulut utk berkata-kata?
  • See? Nampak tak bahana ilmu kalam ni? Memerangkap diri senirik.
  • Contoh lain, surah toha ayat 5, Allah bersemayam di atas 'arash. Maka adela dari kalangan umat islam yg bimbang takut org murtad or perlekeh akidah islam pegi takwil(tukar) ayat tu kepada "Allah yg mentadbir alam ini."
  • Satu persoalan mudah, kenape tukar ayat tu? Jangan ta'til(tolak) ayat tu... bahaya tu.
  • Kenapa takwil? Sbb tak kene dengan logik akal kte? Bimbang kalo org persoal, "kalau Allah duduk atas 'arash, maknanye 'arash lebih besar dari Allah dan ini dah berlawanan dgn sifat Allah yg paling or maha besar itu..cane tu?"...
  • Bimbang org persoal macam tu? Tak bimbang ke kalau tetibe kte dah tertolak sifat Allah tu? Ape? Nak menyusahkan bahasa arab? "'ala" tu ade 14 maksud?
  • Pening nak paham aliran asya'iroh ni. Tapela, nak takwil, takwilla, asal jgn melampau sudahla. Dan janganlah pulak pegi hukum orang yg tanak amek risiko menakwil(menukar) ayat2 tu sbg mujassimah, INI JELAS FITNAH!!
  • Budaya fitnah2 ni la nyebabkan umat islam susah nak bersatu.
  • Jadi marilah kte kembali kepada manhaj salafussoleh... Kalo tanak sekalipun, tayahla pegi buat fitnah.
Tapela, biarlah bazir mase aku melayan isu yg tak abes-abes ni, kte pendakwah, kene banyak bersabar.

Anyway aku nak sambung skit pasal jamaah hari tu.

Tahap2 Meninggalkan Jamaah (Mengikut pengertian post hari tu)

Aku merujuk kepada tulisan Dr Salah al-Sawi, sorg aktivis Ikhwan Muslimin.

1. Riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda:

الا إن من قبلكم من آهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملّة وإنّ هذه الملّة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النّر وواحدة في الجنّة وهي الجماعة

Maksudnya: "Sesungguhnya ahli kitab sebelum kalian berpecah-belah dalam agama mereka sehingga tujuh puluh dua kelompok dab sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok, semuanya di dalam nereka kecuali satu iaitu Jamaah"

Aku ringkaskan - Sesiapa yg membuat takwilan yg salah, tetapi masih beriman dgn nas-nas tersebut pada zahir dan batinnya, pada dalam dan luar, maka tak dikira terkeluar dari jamaah. Tapi jika sesiapa yg pada batinnya, dalamnya (dalam hati la) tak beriman, maka org ini dianggap kafir pada hakikat yg sebenarnya.

Contohnya macam golonga Khawarij yg senang2 kafirkan umat islam, melakukan bid'ah dan memerangi umat islam. Tidak ada di kalangan para sahabat termasuk Ali bin Abu Talib yg mengkafirkan mereka bahkan mereka (para sahabat) menghukum golongan Khawarij seperti orang islam yg zalim dan melakukan kerosakan.


(Rujuk - al-Iman, Ibn Taimiyyah, hlm 205,206. Ade khilaf ttg kekafiran khawarij ni..)

2. Hadis yg ditakhrijkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:

لا يحلّ دم امرىءٍ مسلم يشهد أن لاإله إ ّلا ألله وأنّي رسول الله إ ّلا بإحدي ثلاث الّثّيب الزّاني والنّفس بالنّفس والتّارك لدينه المفارق للجماعة

Maksudnya: "Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan saya sebagai Rasulullah melainkan dengan salah satu daripada tiga sebab: jiwa dibalas dengan jiwa(qisas), janda yang berzina, orang yg murtad dari agamanya yang meninggalkan jamaah."

(Rujuk - Ibn Hajr, Fath Bari, jil. 12 hlm. 201; Nawawi, sahih muslim bi Sharh al-Nawawi jil. 11 hlm. 163)

Aku ringkaskan - sape2 yg keluar kerana menolak nas-nas syarak tanpa sebarang takwil or takwil melampau2 sampai dah macam ingkar or mengharuskan perkara yg telah ijmak keharamannya or mengharamkan perkara yg telah ijmak keharusannya, maka die dikire terkeluar dan murtad, contohnya puak Qaramitah.

Pastu, Dr Salah ade sebut pasal bahaya sekularisme. Mmg kalo kt Malaysia, sape2 yg kuat PAS sedia maklum tentang hal ni. Sekularisme ni mengasingkan agama dgn dunia, samada beranggapan bahawa agama ni hanya upacara ritual or ibadat semata-mata or merasakan sebahagian drp syariat agama ni tak seswai dgn zaman sekarang.
Tp aku nak tambahla, bagi aku, kalo org tu sekular dalam keadaan yg jahil, itu bukan totally salah die, salah kte jugak yg tahu tanak bagitau kt die, salah kte jugak gune pendekatan yg tak betol dgn die sampai die siap melawan dakwah kite.. contohnya memulakan dakwah dgn duk citer pasal hukum hudud dan negara islam. Tak kene tu, fahamilah sunnah tadarruj, sunnah berperingkat-peringkat. Bukannya duk 4-10 tahun kt Mesir, ade ijazah & sarjana, balik2 Malaysia terus nak buat negara islam...
Aku nampak peningkatan pd Dr Mahathir dlm aspek kefahaman islam.
Mmg tak nafi dulu die agak lantang hina sunnah.
Tp bab palestin & yahudi, diela antara pemimpin islam yg paling berani mase zaman die jd PM.
Dan bile timbul isu sebat Kartika, peningkatan terhadap fahaman die cukupla utk melegakan aku, at least, mungkin dah ade org nasehat die yg perbuatan die dulu tak betol dan mungkin die dah bertaubat. Semalam aku bace berita, die persoal tentang peranan OIC dalam nak satukan umat islam. Alhamdulillah, aku doakan semoga Allah bagi hidayah kt kte sume.

Ade beza ahli politik islam, ahli politik kafir dan ahli politik islam yg mmg nak berdakwah (tanpa mengharapkan keuntungan dunia...)


Qadi Abu Ya'la berkata:

"Tidak menyeru kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran melainkan orang yang faqih tentang suruhan dan tegahan yang dilakukannya, orang yang lemah lembut dalam melakukan seruan dan pencegahan dan penyayang dalam melakukan kedua-duanya"

(Rujuk - Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jil. 28, 137)


فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩


Maksudnya: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (ali-Imran:159)

Sambung lenkali, kte tengok camane tafsiran jamaah dalam nas-nas syara' kategori kedua.

Time kaseh bace. Allahu'alam

Mohd Peng.

Wednesday, December 16, 2009

Something to say

Teeter totter caught up between being a father & a prima donna,
ur hoes make u a schmo,
ur pics make u a "KAMI",
U jackass kicking asses all day long,
then what else?
go easy man!

Coz u'll never be American.

& u heard bout Maher Zain,
He's mixed,
Envy him but ur delusion, denial,
& u'll never gonna wear "tudung labuh,"
Orthodox u said, but im singing it,
Hail Tudung Labuh!
Freaking Penkt with his freaking love.

Bit by bit, torn apart, we never win,
and those Theodor Herzl's are juz smiling.

1881, for the first Aliyah,
i should've been born,
but u're too weak,
& here i am.

I'd never drag them in battles that I can handle ,
unless I absolutely have to , but i'd never...

I'm supposed to set an example,
I need to be the leader,
my crew looks for me to guide 'em,
What?
U wanna tell me how paranoid i am?
like i care.

If some shit ever just pop off,
im supposed to be beside 'em,
communication breakdown it is,
Yeah, unless u really gut ur gut,
tremors wont hide ur fear,
i see that, go change ur face.

There's a certain line you just don't cross and he crossed it,
now what?
u wanna fight?
COME & KILL ME, JUZ KILL ME,
I WONT FIGHT BACK, I SWEAR TO GOD.


Coz even though the battle was won,
I feel like we lost it,
I spent too much energy on it,
honestly I'm exhausted
And I'm so caught in it,
I almost feel I'm the one who caused it,

It wasn't my intentions, my intentions was good,
I went through my whole career without ever mentionin' suge,
Now it's just out of respect for not runnin' my mouth,
U're talking bullshit & it's bullshitting u SLR bitches,
U fake it, talk through ur clinical group's hats,
Now be a man, dont run away.

Like fuck it i understand this is politic,
And this shit just isn't none of my business,
So why do i care?



وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
(an-Nahl (16): 36)

Mohd Peng.

Tuesday, December 15, 2009

Jamaah Lagi II

Masih demokrasi, kalau ade sape2 yg boleh bagi walau 1 hujah pun, kenape aku harus keluar dari manhaj salafussoleh @ ahli sunnah waljamaah, aku akan keluar.. Akhir2 ni ramai ustaz2 yang mengaku ahli sunnah waljamaah, pendek kate, jangan mudah tertipu dengan ustaz2 yg camtu.

Kalo kte tak setuju dengan dorg, dorg akan kate kte takde adab dengan ulama, or even akan cop kte wahabi. Pastu dorg plak sedap2&senang2 je pegi mengaku ahli sunnah, dorg gune perkataan "Ijmak", "Jumhur", "Ulama"...dalam berhujah. Org mintak hadis tanak bagi, at least bagila hadis.. takkan sume benda nak ijtihad je keje...? Hadoi, tang mane rujukan dorg, tataula aku...
Semoga Allah bagi hidayah kt kte sume.

Aku nak sambung tulis pasal jamaah muslim dalam post ni.

  • Aku tak sempurna, tp perilaku aku bukanlah nilaian utk kte kenal camane manhaj salafussoleh.
  • Walobagaimanepon, kte mesti mencuba, at least mati mencuba.
  • Bile aku sembang dgn ayah aku, contohnye sembang pasal sorg bekas menteri, Abdullah Mat Zain, ayah aku kate die tu pelik, camanela bleh masuk Umno.
  • Aku tapenah tanye pasal Ustaz Amran Kasimin, tp aku yakin, jawapannye mesti same.
  • Same jgk dgn ustaz Afandi yg lead biro agama Pemuda Umno skang. Ustaz Nakhai Ahmad ke. Same je, aku yaken.
  • Bile tanye pasal Dr Asri, mantan mufti Perlis, jawapan die, benda furu' tayah besar-besarkan, kenape nak perangkap diri dalam benda2 cabang? Banyak lagi benda yg lebih besar...
  • Amende yg lebih besar aku pun tak paham. Sibuk lawan umno, anak muda rosak pun tak sedar? Sibuk lawan Umno, sampai raya pun taleh melawat atuk sedara senirik yg kuat Umno?
  • Ni sume jenayah intelektual oleh agamawan yang mahukan pangkat dan kuasa.. Bukannye berjuang atas dasar prinsip sangat pon. Pastu kesannya kt ayah aku. Cibai tol.
p/s: ayah aku org kuat PAS. Aku harap cawangan2 takkan calonkan die lagi pasni utk bertanding dalam pilihanraya umum... Aku suke ayah aku yg berdakwah, aku tak suke ayah aku yg duk hentam orang Umno, sbb bagi aku, itu bukanlah sifat org mukmin, Umpatan yg dibuat bukan utk pengajaran atau mengajar pemimpin, tapi sebab nak kan kuasa.. Aulawiyat zaman ini jatuh kepada mendidik masyarakat tentang islam, bukannya gado2 nak buat negara islam.. Nak pakai tudung labuh pun susah, inikan nak paham ttg hukum hudud.

  • Kalo ade golongan agamawan duduk dlm Umno, ramai ustaz2 yg akan petik kate2 Ustaz Nik Aziz, "Kalo duduk dalam lubang taik, nanti kenela tempias die skali..."
  • Walopun ustaz Nik Aziz dikatakan satu aliran dgn aku, salafi, tp aku tak setuju dgn pendapat die tu. Bagi aku, hal2 politik ni, kebanyakkannya adalah ijtihad ulama sahaja, takde dalil yg qot'ie yg membolehkan kte berperang dgn Umno, ataupun kerajaan @ pemerintah kte, ulil amri kte tu. Malah ade dalil yg suruh kte taat kpd pemerintah...
  • Tambahan plak, mengharamkan mane2 gol. agamawan atau mereka yg bfikrah islam, yg berhasrat utk membawa fahaman&pengamalan islam ke dalam Umno dan Barisan Nasional adalah satu pandangan yg merugikan, tidak menguntungkan umat islam...
  • Kan bagus, kalo kte semangat giler utk bdakwah, tak campur politik sgt, sedar2 bleh buat usrah ngan Datuk Najib, terang kt die pasal islam, terang kt die kewajipan die sbg sorg pemimpin islam utk mjadikan malaysia sbg negara islam yg mengamalkan undang2 islam... Kalo dapat dakwah JKKK Umno pun kire ok da kan.
  • Tak pun macam walid bdak2 mara kt alex ni, Ustaz Ishak, die citer kt aku, die tak kesah name Islam Hadhari, tp die buat je program2 islamik, peruntukan pun dapat, program jalan, dakwah pun jalan. Tak pening2 sgt. Tak pening2, nak kene hasut org ramai yg islam hadhari tu tak betol, yg betol hadharah islamiyyah, pastu org pun benci Umno, pastu kte pun terlupe nak ajak die solat, die plak kekal minum arak, tapi pangkah PAS. Kan rugi tu...
  • Jadi aku nampak pentingnya kte faham ttg jamaah muslim ni.

Jadi, apekah makne jamaah?

Jamaah - Kategori Pertama Nas-Nas Syarak


Ade beberapa kategori. Post ni untuk kategori pertama. Panjang tau.

Jamaah = Satu perhimpunan atau perpaduan di atas prinsip-prinsip utama yang telah disabitkan oleh quran, sunnah dan ijmak. Lawan kepada jamaah mengikut kategori ni adalah perpecahan dalam agama islam, Jadi golongan yang menyalahi jamaah ini merupakan golongan yg sesat dan mereka yg tunduk kepada hawa nafsu.

Dalam kategori ini, tidak disyaratkan bilangan yang banyak ataupun sedikit, yang penting bertepatan dengan kebenaran. Mintak maap cakap, kitab ni kate sebagaimana ikutan manhaj golongan salafussoleh yang sentiasa melazimi kebenaran, mengikuti sunnah dan menjauhi perkara bid'ah.

Mari lihat dalil-dalil tentang jamaah dalam kategori ini:-

1. Riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda:

الا إن من قبلكم من آهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملّة وإنّ هذه الملّة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النّر وواحدة في الجنّة وهي الجماعة

Maksudnya: "Sesungguhnya ahli kitab sebelum kalian berpecah-belah dalam agama mereka sehingga tujuh puluh dua kelompok dab sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok, semuanya di dalam nereka kecuali satu iaitu Jamaah"

2. Hadis yg ditakhrijkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:

لا يحلّ دم امرىءٍ مسلم يشهد أن لاإله إ ّلا ألله وأنّي رسول الله إ ّلا بإحدي ثلاث الّثّيب الزّاني والنّفس بالنّفس والتّارك لدينه المفارق للجماعة

Maksudnya: "Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan saya sebagai Rasulullah melainkan dengan salah satu daripada tiga sebab: jiwa dibalas dengan jiwa(qisas), janda yang berzina, orang yg murtad dari agamanya yang meninggalkan jamaah."

(Rujuk - Ibn Hajr, Fath Bari, jil. 12 hlm. 201; Nawawi, sahih muslim bi Sharh al-Nawawi jil. 11 hlm. 163)

3. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

الصّلاة المكتوبة إلى الصّلاة الّتي بعدها كفّارة لما بينهما قال والجمعة إلى المعة والشّهر إلى الشّر إلى الشّهر يعني رمضان إلى رمضان كفّارة لما بينهما قال ثمّ قال بعد ذلك إلّا من ثلث قال فعرفت أنّ ذلك الامر حدث إلّا من الإشراك بالله ونكث الصّفقة وترك السنّة قال أمّا نكث الصّفقة أن تبايع رجلّا ثمّ تخالف إليه تقاتله بسيفك وأمّا ترك السّنّة فالخروج من الجماعة

Maksudnya: "Solat fardhu hingga ke solat seterusnya adalah kifarat bagi apa (yg berlaku) di antara keduanya, katanya, "Dan Jumaat ke Jumaat, bulan ke bulan (Ramadhan) adalah kifarat antara keduanya." Baginda berkata selepas itu, "kecuali tiga perkara," katanya, "Saya tahu bahawa perkara tersebut akan berlaku kecuali menyekutukan Allah, Nakthu al-Safaqah(melanggar bai'ah) dan meninggalkan sunnah." Katanya lagi, "Adapun Nakthu al-Safaqah ialah kamu memberikan bai'ah kepada seorang lelaki kemudian kamu menentangnya dan membunuhnya dengan pedangmu. Adapun meninggalkan sunnah ialah keluar daripada jamaah." (Rujuk - Musnad Imam Ahmad, jil. 3, hlm. 229)

  • Jamaah mengikut kategori ini bermaksud melazimi kebenaran, tak kirelah walopun hanya kita sorg diri.
4. Sebab itu Abdullah Bin al-Mubarak apabila ditanya mengenai Jamaah yang mesti diikuti, beliau menjawab ia adalah Abu Bakar dan Umar. Beliau terus membilang nama-nama sehingga sampai kepada Muhammad bin Thabit dan al-Husain bin Waqid. Dikatakan kepadanya, "Mereka semua sudah mati, jadi siapakah di kalangan kita yang masih hidup?" Beliau menjawab, "Abu Hamzah al-Sukari!" (Rujuk - Imam al-Shatibi, al-i'tisom, jil. 2 hlm. 266)

5. Ishak bin Rahawayh meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umat Muhammad di atas kesesatan. Apabila kamu melihat perselisihan berlaku, maka hendaklah kamu mengikut al-Sawad al-A'zam." Seorang lelaki bertanya, "Wahai Abu Ya'qub, siapakah al-Sawad al-A'zam tersebut?" Lalu beliau berkata, "Muhammad bin Aslam dan para sahabatnya serta siapa yang mengikuti mereka."* Jika kamu bertanya orang jahil tentang al-Sawad al-A'zam, pasti mereka akan menjawab, "Sekelompok di kalangan manusia." Mereka tidak tahu bahawa Jamaah adalah orang alim yang berpegang kepada Sunnah Nabi saw dan teladannya. Maka sesiapa yang bersama-samanya dan mengikutinya, merekalah jamaah." (Rujuk - al-Shatibi, al-I'tisom, jil. 2, hlm 267)

*Sahabat2 yg disebut name dlm hadis kt atas ni bukanlah mewakili jamaah masing2 berdasarkan diri masing2, tetapi berdasarkan manhaj dan aliran.

6. Na'im bin Hammad berkata:

"Apabila jamaah itu rosak maka hendaklah kamu mengikut perkara apa yang diamalkan oleh jamaah tersebut sebelum ia rosak sekalipun tinggal kamu seorang diri." (Rujuk - Ibn. Qayyim, Ighath al-Lahfan, jil. 1 hlm 70)

7. Amru bin Maimun al-Uwadi menceritakan beliau pernah mendengar Abdullah bin Mas'ud berkata:

"Hendaklah kamu bersama jamaah, sesungguhnya tangan Allah bersama jamaah." Pada satu hari saya terdengar beliau berkata, "Kamu akan dipimpin oleh para pemerintah yang akan melewatkan sembahyang daripada waktunya, maka hendaklah kamu tunaikan sembahyang pada waktunya kerana ia adalah kewajipan dan bersembahyanglah kamu dengan mereka. Sesungguhnya ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu." Beliau (Amru bin Maimun) berkata, "Saya berkata, Wahai para sahabat Muhammad! Saya tidak faham apa yang kalian ucapkan." Abdullah berkata, "Apadia?" Saya berkata, "Kamu menyuruh saya bersama jamaah dan menggesa saya kepadanya kemudian kamu berkata sembahyanglah kamu seorang diri kerana ia suatu kewajipan dan sembahyanglah dengan jamaah kerena ia suatu amalan sunat." Katanya, "Wahai Amru bin Maimun! Sesungguhnya saya menganggap kamu orang yang paling faqih di kalangan masyarakat desa ini, adakah kamu tahu apakah jamaah itu?" Saya berkata, "Tidak." Beliau menegaskan, "Sesungguhnya kebanyakan(ahli) jamaah telah meninggalkan jamaah. Jamaah itu adalah apa yang bertepatan dengan kebenaran sekalipun tinggal kamu seorang diri."

Dalam satu riwayat lain, beliau memukul pahaku lalu berkata, "Celaka engkau! Sesungguhnya kebanyakan manusia telah meninggalkan jamaah. Sesungguhnya jamaah itu ialah apa yang menepati ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla." (Rujuk - Ibid, jil. 1 hlm 69-70)

8. Sahl bin Abdullah al-Tustari rahimahullah ditanya:

"Bilakah seorang lelaki dapat mengetahu dia berada di atas sunnah dan jamaah?" Jawabnya, "Apabila mengetahui ada sepuluh ciri pada dirinya; tidak meninggalkan jamaah, tidak mencerca sahabat Nabi saw, tidak keluar memerangi umat ini dengan pedangnya, tidak mendustai qadar, tidak ragu kepada keimanannya, tidak bermain-main dalam agama, tidak meninggalkan solat(jenazah) ke atas sesiapa yang mati dari ahli kiblat sekalipun berdosa, tidak meninggalkan basuhan ke atas khuf dan tidak meninggalkan solat jemaah di belakang setiap pemimpin samada yang zalim ataupun adil." (Rujuk - al-Ika'iy, Sharh Usul I'tiqod Ahl Sunnah wa al-Jamaah, jil. 1 hlm 183)

Jadi jelas, jamaah dalam kategori ini bermaksud melazimi kebenaran, walopun seorang diri.

Atas pengertian inilah, aku akan terus cube memahami dan mengamalkan manhaj salafussoleh.

Sbb da panjang sangat, aku sambung lenkali, tentang cane ciri2 yg dikire keluar drp jamaah mengikut pengeritan dalam kategori pertama ni.

Allahu'alam. Time kasih bace.

Mohd Peng.


Monday, December 14, 2009

Repent or Repenkt or Repeng?

Ade macam2 benda yg bleh buat kte sume sedey kt dunia ni.
Mebe kalo family aku mati, aku tak sedey sgt kot...sbb motivasi aku, kte sume akan mati.
So stp org mebe same or mebe laen sbb sdeynye.
Yg pasti, selagi maseh hidup, kte kene move on, get over it.
Setiap masalah mesti ade jalan keluar, insyaAllah.
Semangat! Yeah!

Nak ingat tuhan dlm stp perkara yg kte buat mmg susah.
Tp kte kene cube..cubela, at least skit demi skit, last2 masuk syurga. amen.

Aku orang laki.
Aku kene pandai control.
Cane nak jd pimpin anak dara org kalo diri snirik pun tak lepas?
--------------------

Aritu aku ade dua soalan.

Untuk soalan yg kedua, aku nampak ade perbezaan pendapat, tp aku tanak campur.
Ade kawan2 yg bagi jawapan, siap ade yg forward video. Jzkk.

Soalan 1st ari tu, kenapa Allah buat sume ni, kenapa Allah buat kiamat?
Ade yg jumpe aku bagitau analogi die, benda kalo dah lame mesti akan rosak.
Camtu gak alam ni...selaras dgn teori ape ntah yg cakap matahari akan membesar bla3...

Org kafir bleh putar lagi jawapan ni bagi aku.
Maybe dorg akan cakap, "Hampehla Allah camtu, buat benda yg taleh kekal.."
So soalan tu maseh tak terjawab bagi aku.

Nway aku bukannye nak jawapan pon. haha.
Tp sebenarnye aku nak bagitau, soalan tu adalah jawapan.

Soalan tu lah jawapan kenape aku tertarik dengan dakwah salafiyyah.
Mase tu aku tgh menulis kt al-Munzir or avicenna, aku tak ingat.
Menulis pasal akidah.

Ramai yg tahu ttg sifat 20 @ sifat wajib bagi Allah ; wujud sume tu la...
Aku tak menolak sifat 20.
Tp aku berpendapat bahawa sifat 20 ni adalah inisiatif ulama ahlul kalam,
Imam Abu Hassan Asy'ari & Abu Mansor Mathuridi mase zaman die,
apabile mereka berdepan dgn polemik penggunaan logik akal dlm sifat2 Allah,
kesan drp perkembangan pengaruh falsafah greek.

Dorg bimbang umat islam murtad, jadi dorg reka sifat 20 tu.
Sesuai kot dgn zaman die, dgn tahap pemikiran org2 zaman die? Allahu'alam.

Cumanya, sifat 20 ni, kalo kite bincang dengan adil, dengan menggunakan logik akal manusia,
masih bahaya sebenarnye, bagi aku, bahaya dalam konteks boleh menggugat akidah... selaen daripada pening utk paham.

Sebab utama bahayanya, nilaian ttg sifat2 Allah ni bdasarkan logik akal manusia, jadi akan ade kekurangan.

Tak caye, try debat dgn non-muslim & atheis, kt yahoo room ke, myspace nye group ke...
Nape Allah buat kiamat?
Kte pun jawab, sbb logiknye, sume benda sampai mase akan rosak, bumi ni akan meletup.
Dorg pun tanye lagi, kenape mesti rosak? Allah tak power ke? taleh buat bumi yg kekal tak rosak? Kate Allah maha mengetahui...

Hah, camane?
Nak bagi hujah quran, dorg tak terima, Allah pun dorg x caye lagi, inikan quran.
Kte mebe akan putar soklan dorg & main analogi demi analogi.
Tp analogi pun kte yg reka.....dan org kapir pun bleh reka analogi...

So ada baiknya kite berserah kepada Allah ttg sifat2 Allah ni.
Dan inilah manhaj salafussoleh dalam bab sifat2 Allah yg aku paham.
Kte dgn agama kte, dorg dgn kepercayaan dorg.
Semoga kte sume mendapat hidayah, amen.

Contohnya kalo Allah kate dalam quran, "Tangan Allah"..
Kte tahu tangan tu ape, tangan tu bukanla kepala, bukanla kaki.
Tp kte tak tahu tangan Allah macam mane.
Kte tak samekan tangan Allah dengan makhluk.
Kte tak fikir panjang camane tangan Allah tu dan kte berserah kpd Allah.
Mudah kan?

Dan lagi selamat... insyaAllah. Amen.
Lagi bagus kte fahamkan 99 name or sifat Allah tu.

Aku lagi selesa belajar akidah dgn kaedah tauhid yg 3 tu,
Tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wassifat.

Papehal, limit ttg sifat2 Allah ni, antara menolak sifat Allah atau menyamakan dengan makhluk,
ta'til atau tasybih.
Jangan kerana terlampau nak ikutkan nafsu logik akal kite, maka kite tertolak sifat Allah tu yg ade dalam quran tu, rase tak logik je Allah tu bertangan. Dan semestinya Allah tak same dengan makhluk.


Ya Allah, tuhan yg bersemayam di atas 'arash, kuatkanlah iman aku,
berilah aku kekuatan,
kekuatan untuk terus melaksanakan suruhanMu,
kekuatan untuk betol2 beriman, utk beramal,
kekuatan utk tak terkantoi lagi,
utk tak jadi munafik, hipokrit,
Tempatkanlah aku bersama para syuhada' yg ikhlas mati di jalan-Mu. Amen.

Mohd Peng.

Wednesday, December 9, 2009

soalan hidup

We got democracy here.
So if u wanna mess things out, juz dont do it in my page.

Kalo sape penah rase nikmat berkawan, die akan paham cane yg aku rase.
Kte akan rase nikmat berkawan bile kte ilang kawan tu.

Kau kaki pukul. So ape aku kesah?

Aku bagitau leklok ni, aku dari abes sekolah sampai skang tgh kawal baran je keje.
Mmg best kalo kte layan baran tu. Rase puas hati. Sedap pukul org ni.
Tp takkan aku nak pukul member snirik?
Aku dah rase ilang member.. tak mesra dah ngan member... ade gap.
Tu lagi tak best.

Drama tak drama.
Aku ade masalah, bile sampai tahap aku tak sedar, aku automatik laju je pukul orang.
Then bile sedar aku akan nyesal.
Ni yg aku perasan, ulang2 je cani.
Aku bagitau leklok ni..
Jgnla bikin sampai camtu..
Tanakla ilang kawan lg.
Aku jage hati kau, kau jage hati aku, senang kan?

Dah, abes citer....

---------------------------------------------------------------------------------

Ok, aku faham akidah islam, aku faham a lil bit ttg fiqh & so on.

Nak jadi muslim, kte kene percaya perkara2 asas ttg islam.
Percaya hari akhirat dan laen2. Then jdla muslim.
Pastu kene laksana syariat die. Kalo tak buat fasiq..
Unless kalo menduakan tuhan, tu dikire terkeluar.
Ketuhanan ni mmg perkara sensetip dlm islam.
So aku yakin aku paham asasnye.

Tp aku ade soalan la.

Kenape tuhan buat camtu?
Kenape mesti ade loh mahfuz?
Kenape mesti ade dunia ni then dinilai pastu dihukum akhirat nanti?

Ok some would say akal kte terbatas, taleh lawan tuhan,
then adela jawapan dlm bentuk analogi sume tu,

Tp kenape tuhan buat camtu?

2nd - Camane dgn non-moslem yg tatau pape ttg islam, malah dapat gambaran yg salah ttg islam..?
Dorg baik. Tak buat dajal kt org.
Tp akhirat masuk neraka.
camane?

Ramai org suke takut-takut2kan dgn surah baqarah tu, ayat psl org yahudi yg banyak songeh.
Pade aku, org nak bertanye ttg islam, jawab je la yg kte mampu.
Jgnla label2. hampas.


Ok, tu je soklan aku, sekian.

Mohd Peng

Monday, December 7, 2009

Tudung Labuh


  • Masih belum menulis bab jamaah secara ilmiah lagi. Tak sempat mase. Pas exam ok.
  • Krisis org timur adalah nak jadi kebaratan dan itulah krisis org islam jgk. Kebaratan hidupnya liberal, bebas, rase mcm dah syurga.
  • Tp still duit tak free, eksiden pun luka, so tak pure syurga lagila.
  • Tak boleh nafi ni kerja zionis dan targetnya golongan muda muslim.
  • Kalau kita yg muslim tak sedar, tak perlu bercita-cita nak bina negara islam.
  • Ramai yg dah sedar. Tp masih ramai yg masih konservatif, ortodok dan kekal dgn care lame yg bagi mereka lebih islam.
  • Kt Malaysia, golongan konservatif ni majoritinya dalam PAS. Selama pengalaman aku dalam PAS sampaila ke hari ni, aku mengakui hal ini.
  • Apabila terlampau nak memerangi Umno, sampai rujukan mereka "Kitab Menentang Umno" or mungkin lebih jelas, "Agama Islam Anti-Umno", bukan quran or hadis, maka imej atau gambaran Islam versi mereka amatlah sempit.
  • So tak heranla org2 muda susah rase nak ikut islam betol2 malah murtad.
  • Muslim plak ditakut2kan dgn hukuman murtad, hudud, qisas, takzir.
  • Seolah-olah islam ni sempit. Sempit sgt. Hidup ini bagaikan penjara, akhirat nantila syurga.
  • Jadi perlulah kita kembali kepada asas, quran dan hadis supaya kita faham tuntutan syariat Allah dengan lebih jelas dan sekaligus dapat mengamalnya.
  • Aku senirik maseh terumbang kambeng. Bile aku tgk semangat Dr Asri, mantan mufti Perlis, aku rase nak turut same tolong sebarkan agama Allah ini.
  • Tapi bile aku tgk perangai majoriti ustaz2 kt Mesir yg mengaku ahli PMRAM, aku rase sedih. Trend islam kepartian (kepuakan) masih kuat di kalangan mereka.
    Aku snirik pun susah nak tolong dakwah ustaz2 PMRAM.
  • Yela, bile salah kte kene kate salah. Jadi sebilangan dari mereka dah menipu, sampai ke parlimen, memburuk-burukkan Jabatan Pelajar Malaysia Kaherah.
  • Sekalipun nak berpolitik, syariat Allah sepatutnya didahulukan. Tp mustahil dorg tak faham hal ni. Aku tak percaya ustaz yg bertaraf master tak paham.
  • Jadi aku membuat kesimpulan, ustaz2 PMRAM tersebut bersifat Yahudi, memecah-belahkan mahasiswa di Mesir ni.
  • Cube bayangkan, bukannya susah pon kalo dorg berdaftar bawah kedutaan, then mintak peruntukan daripada kedutaan, buat aktiviti-aktiviti dakwah islamiah, nak mintak dana bangunan dorg pun boleh, aku jamin.
  • Tapi itula, taksub kepartian. Dorg kate JPMK & Kedutaan = Umno.
  • Aku kate dorg = PAS. Majoriti ahli PAS plak taksub kepartian. Bukan wala' (patuh). Dah Ustaz Nik Aziz tanak rujuk hadis balek, maka wala' dorg hanya pada Nik Aziz, bukan quran dan hadis, bukan kepada syariat Allah yg sebenar.
  • So susahla islam nak berkembang.
  • Dalam mase yg same, org2 muda maken ramai yg tak solat, pompuan baju pun ketat... Sume nak kebaratan.
  • Tak kurang jgk diri aku, yg maseh banyak krisis diri.
  • Aku disahkan mengidap penyakit mental (tak bleh gtau name saintifik).. Mungkin kesan daripada terlampau banyak berfikir ttg hal2 camni dan banyak tekanan. So kalo ade tindakan-tindakan aku yg tak rasional, aku mtk maaf.
  • Aku cube giler2 kawal. giler2 tu, bukan maen2.
Nway aku ade buat lagu baru semalam.


Better quality - Tudung Labuh
Or leh dengar kt youtube - Tudung Labuh

Tudung Labuh.

Lirik: Peng
Lagu: Peng
Artist: Peng

Benar aku dalam pilu dan dirimu,
Membuatkan aku tercengang kaku,

Lirik mata anggun wajahmu kasihku,
Indah dunia bersamamu,

Tudung labuh litup menutup dirimu,
Harga dirimu tak termampu aku (harga diri),

Namun aku yg gelora,
Celaru fikiranku,
Mengelamun selalu (selalu),

Terasa jauhnya kita,
Katamu inginkanmu,
Carilah Tuhanmu,

Aku cinta padamu,
Aku rindu hatimu,
Benarlah cintamu inspirasiku,

Terimalah diriku,
Aku mahu dirimu,
Bersama kita mencari Tuhanmu.

Copyright la ye.

Mohd Peng.

Saturday, December 5, 2009

Akhir Ini

Aku tade mood nak nulis pls jemaah.
Mood skang rase nak bunuh diri je. Dan mencari Tuhan.
Of course sbb aku nyampah dengan ustaz2 PMRAM..dan krisis peribadi.

Kerana terlampau nak bermusuh dengan Umno(yg juga Ahli Sunnah Wal Jamaah)
sampai dgn pegawai kerajaan pun nak bermusuh,
fitnah plak tu. Kalo buat citer betol takpe gak.
Siap sampai parlimen.

Sbb dorg aku tak boleh nak buat program under JPMK.
Aku call Dr. Jamil, respon awal die sgt ok, samela ngan ustaz Abdullah Jakim,
But then, die makin sibuk, aku call pun tak angkat, canela nak kasik kertas keje ni,
aku siap tercari-cari rumah die kt Cairo berjam-jam,
Sampaila aku tau die balek Malaysia rupenye..
Ustaz Zainuddin yg incharge utk aktiviti2 under JMPK plak pegi haji.
So PMRAM ni mmg cari pasal.

Drama tak drama, aku kalo jumpe "Ustaz2 itu" esply Adnan Wazir,
aku berharap die tak penakot,
aku harap die berani mcm die chat ngan aku kt ym.
Ustaz2 PMRAM yg laen same je, juz tak sampai nak body contact,
Mmg dorg punca pecah belah umat,
Balek Malaysia majoritinye nak jadi hero dalam PAS,
matlamat same je dunia akhirat, BERPERANG DENGAN UMNO(SUNNI)..
Kesimpulannya, PMRAM Yahudi, Najis.

Tp aku tersadai kt sini...
So tunggula kejap ye.

Nway aku ade remix lagu Unchained Melody version U2,

Lebey berkualiti kt imeem --> Unchained Melody Cover
Kurang kualiti kt youtube(admin kurangkan kot) --> Unchained Melody Cover
(R.I.P. tu... tak lame lagi aku mati, ade la jgk kenangan utk korg..)

Skang aku tgh record lagu Bon Jovi -These days.
Tapi versi bahasa.
Susah giler nak translate & kasik matching dgn melodi asal.
So lirik die dlm bahasa mmg hampeh dan jd bahan je.
Korg bleh nilai senirikla "identiti bahasa melayu"...
Bahasa kite ni susah nak "cool"...

Ape gune mati sebab bahasa melayu? or even bahasa quran, arab?
Or PPSMI?
So go get a life!


Lagu: Akhir Ini.
Muzik: Bon Jovi
Lirik: Richie Sambora


aku berjalan, sendirian
berlindung dari hujan,
ada pengemis mencari makan,
akukah kan same jalan,

Ada lelaki di simpang,
menyanyi lagu perubahan,
sume org derita akhir ini,

gadis itu datang mencari,
tempat beradu banyak mimpi,
di hotel murah pun jadi,
gaya nak macam series kami,
dah hapal gaye sebijik,
dan semua skrip,

tak mahu jd diri akhir ini,
masih tiada pegangan hanya copy,

Akhir ni, bintang menjauh,
akhir ni, tade tangge di jalan no no,
akhir ni cepat, cinta x gune,
dalam era ini,
tiada yg tinggal hanya kita,

Ahmad Tarmizi patah kaki,
belajar nak terbang,
dari tingkat dua kt tingkap,
die lompat & tutup mate,
mak die kate die giler,
die kata mama miji nak cube,

Tahu tak sume heroku mati,
dan ku rela mati dari menghilang,

Akhir ni, bintang menjauh,
akhir ni, tade tangge di jalan no no,
akhir ni cepat, cinta x gune,
dalam era ini,
malah mat skema pun dah overnite,
(tade yg suke dikeji)
dan tiada yg tinggal hanya kita,

Ku tau isu Palestin,
walopun mase berubah,
dunia ni berubah ubah ubah, akhir ni.

Copyright ye.

Mohd Peng