Sume org ade krisis atau dilema, samela aku.
Krisis aku bukanlah nak kawin or nak membujang sampai mati.
Aku rase aku boleh hidup jgknye kalo tak kawin pun,
juz sunyi & sedih la nanti. haha.
Krisis aku adalah berkenaan dgn muzik & dakwah.
Dilema hidup & mati ni, jangan main2. haha. Seryes2!
Kita sume jelas, tiadalah tujuan yg lain kita hidup ni iaitu hanya kerana Allah.
Kalau tade hari kiamat, tade hari pembalasan, tapela jgk.
Ini Allah dah terang2 sebutkan ttg hari pembalasan tersebut.
So ape2 hal kt dunia ni akan dihukum kelak.
Ade sorg sahabat dari tahun lepas mintak aku post ttg hukum-hakam muzik,
bukan aku tanak post, copy paste dr kitab Qaradawi.
Tapi aku ade prinsip aku dan prinsip aku tu membuatkan aku dalam dilema.
Ade masalah dalam hadis yg Dr Yusuf Qaradawi ulas dalam pendapatnya ttg alat muzik.
Aku plak tak mampu nak senang2 taqlid camtu je kt dia,
so bile tgk perbahasan ttg hadis tu, aku tatau la camane nak buat.
Dah berape minggu aku cuba dapatkan khidmat nasihat secara personal drp beberapa org ustaz ttg krisis aku ni. Hasilnya aku masih dilema lagi.
Krisis pertama aku adalah berkenaan dgn "Tatabu' al-Rukhas" (تتبع الرخص)
Maksudnya - amek pendapat yg paling mudah antara mazhab dgn tujuan nak mudah, mungkin kita talfiq mazhab, kita gabung mazhab yg tu dgn yg ni dan hasilnya adalah satu gaya hidup yg ringan @ liberal. Haramnya tatabu' al-rukhas ni bile kte berniat nak mempermainkan agama.
Imam Ibnu Qayyim kate:-
وبالجملة فلا يجوز العمل والإفتاء في دين الله بالتشهي والتخير وموافقة الغرض، فيطلب القول الذي يوافق غرضه وغرض من يحابيه فيعمل به، ويفتي به، ويحكم به، ويحكم على عدوه ويفتيه بضده، وهذا من أفسق الفسوق، وأكبر الكبائر
Maksudnya: “Dan kesimpulannya tidak boleh beramal dan berfatwa dalam agama Allah ini dengan perkara yang sesuai dengan hawa nafsu dan memilih pendapat yang serasi dengan tujuan peribadi seperti meminta fatwa yang sesuai dengan tujuan peribadinya dan mereka yang sekutu dengannya dan beramal dengan pendapat tersebut tetapi berhukum ke atas musuhnya dengan fatwa yang berlawanan, ini adalah sebesar-besar kefasikan dan dosa besar”. [Ibid].
So, ade sorg kawan forumer yg aku aktifla sket2, www.al-fikrah.net, die ade nulis psl hadis ttg alat muzik kt blog dia, dia amek dari Nasirudin al-Bani nye tulisan.
Dalam Shahih al-Bukhari disebutkan hadis Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari, dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
"...ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الحريروالخمروالمعازف"
Nak bace lagi panjang, klik kt link ni -> hadis tentang alat muzik
Secara ringkasnya, hanya Dr Yusuf Qaradawi yg guna hujah Ibnu Hazm. (aku tatau betul or tak imam Ghazali pun pakai hujah Ibn Hazm tu jgk...)
Ibnu Hazm kate hadis ni tak sahih sbb terputus sanadnya. Korg bacela blog fiqh sunnah tu utk lebey detail.
Tapi hujah2 Ibnu Hazm ni dah dirod, dihujah balek oleh Nasiruddin al-Bani dgn mengambil kira takhrij2 hadis tu oleh ulama2 hadis yg lain.
Kalau nk ikut pendapat mane yg kuat, mmg pendapat al-Bani bg tu kuat, mantap dan pendapat Qaradawi ni tataula aku camane, aku tak layak nak hukum. Tapi mmg banyakla aku ikut Qaradawi.
Maka berlakulah dilema dlm diri aku.
- Kalau nak ikutkan hati, mmg aku minat giler2 la muzik ni. Aku bleh main byk kot alat muzik, gitar,drum,piano & blowest skit2. Hari2 antara rutin wajib aku cari lagu baru utk kaji arrangement & lirik lagu. Korg pun tau aku keje duk buat lagu je kan. Skang ni aku tgh improve recording skills song by song. So boleh nilai sendirila tahap mane aku minat muzik ni. Kalo tak amek medic, muzik la kot carrier aku.
- Mungkin beza(or perhaps kekurangan) aku dgn pemuzik lain, aku mementingkan mesej dalam lagu tu. Sbb pada aku, artist or penulis lirik or composer bertanggungjawab dgn karya2 dorg. Kalo sbb karya tu org buat maksiat, maka tanggunglah dan sebaliknya, kita percaya hari kiamat kan, so sendiri boleh fikir. At least dari pihak artist, sepatutnye kene ade usaha utk ajak org kpd kebaikan & cegah keburukan.
- Aku concern sgt dgn nasib agama islam & umat islam. Salah satu medium utama zionis & barat dalam menyerang umat islam ni adalah dengan muzik. Ini realiti.
- The best way utk lawan balik mmgla kita senang ckp, kembali kpd quran & hadis. Org PAS pun ckp camni. Aku tataula ape jalan yg terbaik utk sedarkan balik umat islam. Tapi aku rase melalui muzik adalah salah satu caranya la, ini direct counter.
- Ade contoh2 pemuzik2 islam yg bagus mcm Maher Zain, Yusuf Islam, Sami Yusuf dan lain2. Itu tapelah, itu jalan dorg, hidup dorg, prinsip dorg. Kalo ade yg bleh aku tlg, aku akan tlg, same2 islam kan. Aku dgn pegangan aku, sbb cintakan Nabi, aku perangi bid'ah & cuba hidupkan sunnah.
- Tapi boleh ke aku amek pendapat yg ringan dalam hal ni utk mengharuskan alat2 muzik tu & guna muzik ni sebagai salah satu medium utk kembalikan umat kpd quran & sunnah?
- Dalam erti kata yang lain, boleh ke aku melakukan "Tatabu' al-Rukhas" yg haram tu utk maslahat umat?
- Aku tak berniat nak mempermainkan agama. Mungkin Astora Jabat terlampau liberal bile die amek pendapat yg menghalalkan pompuan tak pakai tudung. Aku tadela sampai tahap tu, yg mane yg dah jelas, kita ikutla.
- Adakah perbuatan aku mengambil yg ringan dalam masalah alat muzik ini dikira sbg "Tatabu' al-Rukhas" yg haram tu?
- Atau boleh masuk dalam satu kaedah fiqh يتحمّل الضّرر الخاص لدفع الضّرر العامّ - "Ditanggung kemudharatan berbentuk khas untuk menolak kemudharatan berbentuk am"?
- Camane? aku blank nih. haha.
Dilema ttg dakwah tu panjang kalau nak citer, lenkalila yer.
Semoga beroleh rahmah Allah. Amen.
Mohd Peng.
cap cap wahabi. tsstt tsssttt.
ReplyDeletewahabi selamanya. haha.
jangan marah eng.
klu dpt kesimpulan jgn lupa post k...^_^
ReplyDeleteni baru nice senang aku nak komen..kalo tak nak kene buat ID ntah kebenda tu
ReplyDeletebagi aku..sebagai seorang pejuang manhaj salafussoleh muzik adalah haram qoti'.. pendapat aku.. hehehe :)
jangan tanya ustaz-ustaz je tanya masyaikh2 kat mesir ni banyak je peng. tanya mereka pendapat tentang alat muzik. tanya segala apa yang melalai kan apakah hukumnya.. kita sedang mengerakkan islam, bukan islam yang mengerakkan kita. pikir2kanlah..
syehh.. albani ada tahrij kan hadith kitab halal dan haram..
ReplyDeletealbani memuji krgnan DYQ
salam...
ReplyDeleteak ad tanya ustaz ak pasal masalh nie..
die ckp kite bole wat tatabbu al rukhsa nie tok alat muzik... tp kite kene make sure yg ianya tidak membawa kepada gejala yg tidak sihat.
selain itu, kite bole bermain alat muzik dgn alasan utk menenang kan fikiran..
cth seperti maher zain, die bermain guna alat muzik, tp menyampai kan massage yg sngat menyentuh hati... kite bole lihat di sini, dgn menyanyi dan mengguna kan alatan muzik, kite dpt membuka pintu hati seseorg utk mendgr nya..( tp muzik itu perlu la soft dan message itu perlu la yg baik)...
maaf sekiranya penerangan saya ini x bole diterima..
sekadar berkongsi...
kalau aku,aku bagi nasihat tinggalkannye sebab kita tak boleh nak nafikan yg alat2 muzik haram melainkan keadaan tertentu sebab ada banyak hadith melarangnye.Tinggalkanlah untuk agama.dulu aku pun dalam dilema tapi aku mampu meninggalkannya.Hidup bukan untuk muzik.muzik akan menyebabkan anda tinggalkan quran.(dah ada pengalaman)
ReplyDelete