Friday, April 23, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa 2

(sambungan dari kisah sebelumnya.)

Berketak lapan, berkaki dua dan pelbagai lagi ketul-ketul yg lain di badan, kumpulan lelaki tersebut memberi salam lantas ketua mereka, Datuk Makarona Bin Kibdah berkata, "Kami dari JAIM (Jabatan Agama Islam Metropolis) Kami datang sini nak tangkap Ustaz Drmaza.com. Kami telah membaca blog beliau. Beliau cuba menyebarkan ajaran sesat dan ini membahayakan periuk nasi kami di JAIM."

Terbeliak mata Imam Sabu & jemaah-jemaahnya. Sebahagian daripada mereka sehinggakan mengalami exophthalmos (anak mata terkeluar skit.)

"Mintak maaf Datuk Makarona & tuan-tuan sekalian, ana rasa hangpa da salah tempat ni, hangpa sure ka kt sini?" kata Haji Zai-He-man, seorang pengikut tegar Imam Sabu.

Datuk Makarona, "Aiyo. Saya baca kt blog dia, Ustaz Drmaza.com ajar pengikut dia telan ludah dia, bukan kt sini ke tempat telan-telan ludah ni?"

Tiba-tiba Imam Sabu dengan penuh tenang bangkit dan menapak ke arah Datuk Makarona & the gang. Sambil berjabat tangan dan memegang bahu Datuk Makarona, Imam Makarona berkata, "Tuan Makarona, alhamdulillah segala puji bagi Allah. Allah la yg menurunkan segala syariat di alam ini. Allah la yg memberi berkat dan Allah bagi skit2 kt kami orang-orang soleh. Atas dasar pemurah, maka kami menghidupkan syariat memberi berkat ini, antaranya dengan mengambil berkat dari ana dengan menelan ludah ana, sedap. Drmaza.com tu pencacai, penentang syariat ini."

"Isk, biar betol?" berkerut dahi Datuk Makarona bertanya seakan-akan tidak percaya.

"Betul!!" jawab jemaah masjid tersebut.

Datuk Makarona pun bincang-bincang jap ngan gang dia.
5 minit kemudian, Datuk Makarona bertanya, "Imam Sabu ada tauliah?"

"Ada, ana mai amik kt hang la dulu. Hang mintak ana ajar pasai zikir tak sengaja lompat," jawab Imam Sabu.

"Oooh, enta yg ajar ana zikir lompat-lompat dulu, aiyo, lama tak jumpa, tak kenal da plak. Perut enta nampak lain, banyak sangat lompat kot, tu pasal ana tak bapa cam tadi," jawab Datuk Makarona . Maka riuhlah masjid dengan hilai-tawa mereka semua.

Setelah mendapati mereka tersilap tempat, Datuk Makarona & the gang meluangkan masa dan lepak sekali dengan Imam Sabu. Mereka juga sama-sama menelan ludah Imam Sabu sebagai mengambil berkat. Datuk Makarona bersetuju untuk membangunkan binaan di atas kubur di dalam masjid tersebut dan membangunkan masjid al-Kuburi itu sendiri.

"Dulu ana & kawan-kawan kt Mesir bukan setakat ziarah kubur, kami siap buat website utk kubur-kubur ni, www.islam4me.net. Setiap minggu ada saja kubur baru nak kene ziarah. Kami buat rakaman setiap kubur-kubur tu. Ana pulak jadi host program. Ana kene hafal kitab-kitab sejarah pasal imam-imam tu sebelum rakaman, bile rakaman ana control macho, turun van pun control. Hasilnya umat islam di Mesir mula hidupkan balek amalan ziarah, cium, teriak, zikir burdah kat kubur ni, alhamdulillah, " kata Imam Sabu.

Tiba-tiba kedengaran azan maghrib bergema. Mereka yang rancak berbual terlupa untuk solat zohor dan asar. Lalu Imam Sabu memberi jaminan, "hangpa jangan duk risaula, tadi masa sembang-sembang ana dah solat hormat waktu, ana tanggung solat hangpa, jangan risau, mai2 gi umah ana dulu, best sikit zikir lompat2, ade absorbent."

Dalam perjalanan pulang, Datuk Makarona telah mendapat satu panggilan tepon.
"Bola satu pada bola dua, salam 1malaysia. Weh, Ustaz Drmaza.com nak lancar buku dia esok, "Armada Perubahan". Kita pi tangkap dia kt sanala, amacam cun?" tanya Adnan Weezer, seorang kaki tangkap-belasah JAIM.

Datuk Makarona bersetuju giler-giler dengan idea tersebut lalu menyuruh Adnan Weezer untuk datang ke rumah Imam Sabu bagi membincang dengan lebih lanjut.

Ikuti sambungannya...

No comments:

Post a Comment