Saturday, April 3, 2010

Bile orang masih bersangka buruk

Mereka tak pernah nak perasan aku dah cuba ubah.
Mungkin nampak aku yg gila publisiti, dgn blog ini & lagu2 aku.
Tapi sape sebenarnya yg gila publisiti?
Sape yg turun padang buat kerja?

Aku boleh je mudahkan jalan cerita hidup aku ni.
Aku angguk aje ape yg ustaz2 tu cakap.
Aku pakai kopiah, malam2 skit pakai serban,
aku bergaul dgn budak2 baik,
aku tegur or kalo tak mampu aku jauhkan diri dgn budak2 yg tak baik,
at least imej aku nampak baik,
aku buat baik sampai org angkat aku jd ajkt,
aku buat program2 yg nampak baik,
hasilnya baik,
semua baik2.

Tapi bile mereka berdepan dgn masalah dalam berdakwah,
tegur2 org tak makan,
buat program org tak support,
maka mereka mengeluh.
Mesir ni bumi anbiya', bukan bumi maksiat.

Dalam dunia ni, semua org nak yg baik2 aje.
Nak pompuan yg baik2.
Nak rezeki yg baik2 nilainya.
Kerjaya yg baik2 dan sebagainya.

Jarang sgt pon wujud org yg nak buat kerja2 dakwah ni betul2.
Kalo ade pun, yg aku pernah jumpe kt alex ni, name die Yasir Mercury (bkn name sebenar)
Kalo dulu, kt Kaherah, kawan aku sendiri, ustaz saiful.
Ustaz Faisal Syria.. Pastu ade sorg ustaz tu, aku lupe name die.
Dorg ni mmg thabat di jalan dakwah.
Tade pegang&tak kisah pun dgn jawatan dan publisiti.

Yg lain2 tu, walaupun tampak baik di mata kamu semua,
tampak baik di mata perempuan,
tapi di mata aku, aku tak rasa pun nak hargai walapun dah bersangka baik.
Aku judgmental. Same mcm kamu.

Yela, kalo dah buat kerja utk nama sendiri, bukan setakat aku, org lain pun boleh nampak.
Ke hulu ke hilir jaja perkataan "dakwah"...
Ke hulu ke hilir jaja perkataan "dakwah bil hal"
Dakwah dgn akademik, dakwah dgn akhlak sendiri & ape lagi?
Bukannye org yg tak solat lansung ni tak pergi kuliah...
Siap score plak tu, lagi tinggi markah die dari kamu.

Mereka tahu wujudnya mereka2 yg "tak baik" pada nilaian mereka sendiri ni kt sini.
Tapi mereka tak turun padang pon.

Kenape tak turun padang?
Sebab tegur kawan2 sendiri tak dapat name kt pompuan?
Sebab lepak dgn kawan2 sendiri dgn tujuan dakwah buat rugi tambang?
Sebab tegur kawan2 sendiri tak bawak untung dalam masa depan politik?
Nanti geng2 jamaah kamu nampak kamu tak thiqoh, maka susahla depa nak calonkan kamu?
Sebab lepak & tegur kwn2 sendiri, nanti imej buruk?

Same je semua.
Semua nakkan nama, perempuan, jawatan dan apa2 lagi yang baik.
Baik atas nama individu, atas nama Jamaah Politik, atas nama Jamaah NGO,
semua nak kan keuntungan dunia yg sikit ni.
Tak perlu nafi, dah jelas, bertahun dah kita hidup kt sini.

Kenape mesti semua kerja2 dakwah kamu mesti nak yang ade publisiti SAHAJA?
Kenape mesti imej nak nampak baik sahaja?

Cukuplah tu. Marilah turun padang.
Jgn biarkan aku derita sorg2.
Dahla biarkan aku sorg2 buat keje,
pastu tuduh aku macam2.

Dorg tak tahu tuduhan2 tu bagi kesan kt mase depan aku,
mempengaruhi keputusan perempuan yg aku berniat nak jadikan isteri.
Dorg tak tahu tuduhan2 tu name lainnya fitnah & mengumpat.
Dorg tak tahu aku dah lama bersabar dan aku tahu sape mulut2 tu.
Mungkin dorg terlupa, aku pun manusia yg berfitrah.

Ape lagi yg kamu semua nak?

Marilah, cari redha Allah.
Marilah ikhlaskan diri, tajdid niat kita.
Cukuplah dgn kerja2 yg berpublisiti sahaja,
mari turun padang.
Kamu kan berapi nak negara islam, marilah buat kerja.
Jgn sekadar menulis & bercakap sahaja.

Sabda Nabi saw:-

"Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!" (dua kali), lalu kata Baginda SAW: "Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH SWT mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi ALLAH SWT, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya." (HR. Muttafaq `alaih)

Mohd Peng.

4 comments:

  1. Salam peng...
    thanks for the reminder...
    yang penting ikhlas, dan bergerak...

    ReplyDelete
  2. salam wbt.
    no problem anas.
    yup, ikhlas & buat keje. Kheir insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam,peng.

    terasa membacanya.

    nway-thanx a lot.

    moga kita sama2 akan berubah menjadi lebih baik.

    n moga Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  4. kita siapa nak nilai niat manusia
    allah je yang tahu

    ReplyDelete