Thursday, April 1, 2010

Betulkan Diri Maka Islamlah Negara?

Tidaklah setiap masalah yang berlaku itu utk dirungutkan.
Tidaklah juga setiap masalah yang menjadi kekeruhan itu dimanipulasi utk keuntungan dunia yg sedikit ini.

Dalam hidup ni kite kene ingat, bile kite buat statement, jgn fikir takde org laen yg boleh fikir dan tahu niat yg tersirat. Ade.
Malah terdapat mereka yg boleh teka gerak-geri kita.

Teringat plak aku mase jadi anak usrah Abg Muhannad dulu, usrah under JIM.
Mase tu kt KMS. Aku diberi satu tugas utk bentangkan tafsir surah an-Nasr berpandukan tafsir al-Wadih, yg warna kelabu tu, if aku tak silapla.

سُوۡرَةُ النّصر
إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣)


Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah) (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai (2) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima
taubat (3)


Dah bace?
Bace sekali lagi, bagi faham betul2.

Kenape surah ni?
Mungkin kebetulan, Allah nak takdirkan Abg Muhannad taklifkan aku dgn tugas ini, seswai dgn keadaan aku time tu. Mase tu aku faham islam ni = PAS. Islam aje mesti PAS. PAS aje mesti islam. Yg laen tu bukan tak islam, tp tak cukup islam. PAS ni sempurna. Yela, family pun kuat PAS. hehe.

Inilah yg aku paham dulu.
Time kt KMS, bile terjumpe jamaah laen selain dari PAS & ABIM, aku mcm terkejut skit.
Kenape mesti ade yg laen. So aku buat research, tanye org belah PAS dan utk kenal sendiri aku pun decide utk joinla. Lagipun PAS Negeri Sembilan time tu, under Dr Rosli tak aktif sgt bab2 tarbiyyah ni, tak bape nak buat kerja2 tarbiyyah ni, maybe sibuk sgt berpolitik&fokus ekonomi sampai terlupa tanggungjawab. Allahu'alam.

Aku bukanlah sorg pakar tafsir utk bincang lebih2 ttg surah tu.
Tapi yg simboliknya, bile aku rujuk tafsir al-Wadih tu,
yang aku faham, dalam nak membina sebuah negara islam,
kita tak boleh nak tunggu semua orang dapat tarbiyyah or masuk islam dulu,
baru kita nak mulakan kerja-kerja nak mengislamkan Malaysia dalam aspek kenegaraan.

Maksudnya, nak tunggu semua org islam or perhaps bukan islam faham islam betol2, maka barulah kita buat Malaysia jadi negara Islam.

Aku jarang bagi analogi, sbb analogi or kiasan ni boleh diputar-belit utk pengaruh pemikiran org.
Tapi kali ni aku bagila skit.
Analoginya mcm Dr Mahathir cakap, nak tunggu semua rakyat Malaysia pakai mercedes baru nak buat KLCC, KLIA, litar Sepang sume tu?

So samela dalam kes ni.
Adekah kita nak tunggu semua org masuk islam.. or at least faham & amal islam, macam kita yg ikut program2 tarbiyyah dari mane2 jamaah, baru kita nak islamkan Malaysia, baik dari sudut perundangan, ekonomi, perlancongan, hiburan dan sebagainya... adakah kita nak macam tu?

Ni soalan dari perspektif kenegaraan.

Kenapa aku tanye mcm ni?
Sebab masih ade org yg tak faham lagi, or mungkin belum faham.

Memang masalah sosial kt Malaysia teruk, ya, aku pun tak nafi.
Tapi adakah ini alasan utk kita membutakan mata kita tentang syariat islam dalam politik, dalam ekonomi, dalam hiburan dan sebagainya?
Adakah ini alasan utk kita tangguh dulu kerja mengislamkan ekonomi, politik, hiburan dan sebagainya tu?
Adakah ini alasan utk kita merungut?


Atau lebih tepat, adakah ini alasan utk kita merungut dan menangguk di air yg keruh?


Tidaklah masalah itu utk dirungut!

Justeru, marilah bersama-sama, disamping mengislah atau membaiki diri kita,
same2 la up kan sikit level berfikir tu,
up kan sikit level "matang" tu...dan TAJDID NIAT TU!

Jgnlah kita bendulkan diri.
Atas alasan jamaah kita mengikut prinsip yg sama dengan ikhwan muslimun,
maka kita pun LEKA dengan mengislah diri, kita buta dengan aspek2 kenegaraan yg lain.

Last2 bile org lantik jadi wakil rakyat, tetibe dtg APCO offer kempen publisiti kita pun angguk aje, datang "NED" laen lantik kita jd ketua parti, kita pun angguk saje, sbbnye yg kita pegang adalah islah diri.

Maka jangan diimpikan sebuah negara islam dari umat yg baik akhlaknya tapi buta kayu.
Keras, tapi realiti. Silalah fahami.
Mutualisme kita untung,
saling melengkapi kita untung,
saling tolong-menolong dari mana2 jamaah pun, dengan specialities masing2,
kita, orang islam, kita yang untung.
Bukan anda, sorang2 yang untung.
Allahu'alam.

Anyway aku ade buat lagu baru lagi - Mengharap Syurga.
Semoga lagu ini dpt bagi semangat kt sape2 yg kehilangan orang tersayang, atau tak dapat ape yg kita nak kt dunia ni. Janganlah lemah, syurga masih ada, insyaAllah.



Mohd Peng.

5 comments:

  1. Salam ziarah..

    menarik entry ni..
    tanda masih ada sayangnya kita
    pada Islam...

    Islah diri ni penting dan Kerajaan juga penting...
    Islam dari sudut akhlak, sudut ekonomi dan semuanya adalah penting...
    Kerana apa ? Islam tu kan Syumul ...xbegitu?

    Melihat dari Prespektif sirah..
    mengapa rasulullah s.a.w. x terima tawaran utk jadi "Ketua Mekah" pada masa awal2 da3wah?
    -Sebab Rasulullah tahu, kalau terus betulkan manusia umumnya dari atas, apabila baginda wafat..sudah tentu tiada Islam lg didunia ini..

    kerana apa ?
    -Sebab tiadanya support sistem yg kuat..
    -Tiada penggantinya
    -Juga , walaupun kalau Rasulullah s.a.w ambil tugas itu pada masa itu pastinya "Penduduk Mekah" suka disebabkan amanah,jujur dan adilnya Rasulullah...tapi akhirnya pabila sokongan sahaja tanpa fikrah yg benar mengenai Islam..apakah mampu Islam disebarkan keseluruh pelusuk alam...

    Sampai di Madinah pula kenapa memilih negara ?
    -Sebab pentingnya politik
    -sebab sudah sampai masanya
    -Dan orang2 madinah itu bersedia mengikuti segala apa yg diperintahkan Rasulullah s.a.w. selepas itu..tanpa ada rasa malas dan mengamalkan separuh dan meninggalkan separuh yg lain...(Islam secara syumul)

    Neway..
    nice entry ni =)
    dan nice lagu tu...

    semoga kita menjadi orang yg berjuang diatas jalannya...
    dan kene ingat juga,
    Islam tidak akan berkembang dengan kita hanya menulis sahaja...

    Jazakallahu khair..
    - Semoga ruh Islam terus mengalir dalam darah-darah kita =)

    ReplyDelete
  2. dah tu peng.. skrg nak wat ape?

    there shud be a solution . kepada yg berfikrah A..camna solutionnnya.. kepada yg berfikrah B..camna solutionnya.. yang C dan lain2..~

    kita tak leh berkeras suruh orang ubah fikrah dia... jadi..ape cadangan ko

    ReplyDelete
  3. salam wbt.

    Islah mujahidin: Ya, semua yg anda katakan tu betul. hehe. Cumanyar post ini secara terus terang just nak balancekan or mengingatkan mereka2 yg mungkin terlupa. Jadi sy terpaksa bias kpd group yg lagi satu, yg lebih kenegaraan, supaya yg lebih kpd islah individu ini faham dan tak ulang silap2 yg lama, silap2 yg merugikan umat islam tu sendiri, spt perpecahan antara pendakwah. Maaflah, penulisan sy "cepat satu tapak", semoga kita semua berfikir dan decide apa yg terbaik.

    Thaqib: kita kene lepakla skali. haha. aku terharu ngan ko, supporter tegar. Tq.

    Yes there should be at least a solution, but there're bunch of solutions. Maybe kita tak tertengok je kot.

    Ya, kita tak boleh berkeras suruh org ubah fikrah dia.

    Tp nak bagi cadangan, aku pun rase tak layak mane. haha.

    Kalo tgk masalah salafi sufi ni, Qaradawi dah lame bergiat dalam masalah ni, last skali yg aku tahu die mintak ustaz nasharudin mat isa supaya rapatkan jurang puak zohiriyyah moden & muktazilah moden.

    Tp dlm masalah2 perselisihan jamaah2 haraki ni, aku rase kita patut bersama dlm perkara kebaikan. Kalo ade org bawak citer jemaah tu nak tawan Malaysia sorg2, pentingkan diri, utk kita sendiri, kita kene siasatla berita tu, pastikan sahih or tak. Kalo betul, or even kalo tak betul, sepatutnye kite kene buat pape yg boleh rapatkan balik. Contohnya buat konvensyen antara jamaah2 muslim kt malaysia ke. Kalo dgn parti2 cina & demokrasi pun kita boleh buat konvensyen tahunan, kenapa tak sesama muslim kita buat konvensyen, bincang mana baik mana buruk.

    Dalam mane2 group, ade org yg ekstrim. Org yg ekstrim tu la yg kene dinasihat. Kdg2 org ekstrim ni maybe pegang jawatan besar2, maybe sorg engineer yg ade ijazah syariah ke, intelektual, yg tak terime sstu perkara bulat2, tapi masih ekstrim dalam bg pendapat. Org2 ni la yg bawak kesan kurang baik kt jemaah2 islam ni, perpecahan. Berbincangla.

    Haha, cadangan je ni. Allahu'alam.

    ReplyDelete
  4. salam.. nice entry.. i like this post..bg saya kalo nak menunggu semua orang faham Islam kat Malaysia, alamatnya lambat lah Islam nak naik kat Malaysia tuh, tapi for me tarbiah dan siasah kena seiring, kena ada balance antara dua itu.. jgn just tumpukan baik2 diri lepas tuh siasah tak nak sentuh..

    Bila dah ada kuasa (pemerintahan), senang lah nak kawal org2 bawah.. cth:kalo kat kelantan under PAS, PAS nak buat program aper pun senang, nak buat perubahan apa2 pun lagih senang...sy tgk orang bukan Islam kat kelantan pun dah faham Islam, mereka pun sokong pemerintahan Islam..

    x yah pikir bnyak.. tarbiah dan siasah kena seiring..tu jer..

    ReplyDelete
  5. awk tertinggal satu lagi, tarbiah, siasah & tajdid. haha. Jgn lupekan kami, puak2 arus tajdid ni, kaum muda ni, salafi ni. hehe

    ReplyDelete