Tuesday, April 13, 2010

Khawarij Moden: Itu haram ini haram kami halal

الخءف يعيش ذليلاً أبد الدّهر
إصلح نيّتك أوّلاً قبل عمله
يحتاج العالم الحالى إلى تجديدٍ
وقد يكون عدوّا صحيحًا

Jadi ape salahnya kamu betulkan balik nilaian kamu?
Mereka yang belajar di azhar tu, bukan semuanya benar dan betul2 berhajatkan kebenaran.

Ada yang berhajatkan kepentingan politik semata-mata atas nama islam, kadar mempergunakan nama islam lebih tinggi daripada kadar memperjuangkan islam.

Ada yang kerana bencikan sesetengah aliran yang lain, seperti bencikan salafi, maka method wasatiyyah mereka kadang2 pun bias jugak, pendapat ulama2 saudi tak dimasukkan malah didiamkan.

Ada yang masih dilihat manipulatif atas segala kekeruhan ini, bergema dakwahnya utk membina negara islam bermula dengan pembinaan individu, lantas dihinanya pula yang lain.

Dan realitinya, masih ramai yang belum faham.
Kamu pula menjadi duri dalam nak memahamkan orang.
Kamu menyempitkan apa yang telah dilapangkan oleh Allah.
Dan kamu melapangkan apa yg telah disempitkan oleh Allah.

Tidak ada istilah orang ini "huha-huha" dan kamu plak heavenly made. Kamu wujudkan barrier, tetapi kamu nak ianya jadi macam yang kamu nak. Lebih malang lagi, kamu menghukum pula dgn nama hisbah dan jaksi tu sume.

Ya, mungkin ada usaha nak bagi faham tu.
Tapi tula, usaha sekadar nama kt program.
Kamu tak turun padang. Tak turun.
Ha, cakap banyak, kata aku keje kt blog & buat lagu je.
Aku tau kamu turun padang or tak.

Sedar atau tidak, dalam kesibukan kamu melabel-label org lain wahabi, isma dan sebagainya, kamu2 inilah yang termaktub dalam bab fiqah daulah karangan Qaradawi sebagai golongan khawarij moden.

Itu ini haram, kamu halal.
Rujukan sape? Ustaz azhar.

Bila ditanya, "Inilah kerja barat...bla3 barat... bla3 kite kene lawan barat... bla3.. blahla barat...bla3 ngumpat halal... bla3 org lain leka... bla3, kita aje yg sedar... bla3..."

Senang kerja, salahkan barat.
Abes citerkan. Papehal rosak umat islam, salahkan barat.
Kamu duk taqlid kt ustaz yg pakai hadis palsu tu tak salah.
Kamu duk taqlid kt ustaz yg takwil hadis sahih ikut faham sendiri tu tak salah.
Yela, tak salahla, sebab tu kamu bawak masuk semuanya dengan kuasa kamu ke dalam persatuan kamu.
Ini "jemaah" kamu. Jemaah khawarij moden.
Duri dalam dakwah.

Sudahlah tu, cukupla. Belajarla betul2.
Cukuplah taqlid buta tu.

Nak ubah orang lain, ubahlah diri kamu dulu.
Islam bukan pada kopiah & serban yang tebal.

Yang nak kamu berubah,
Mohd Peng.

4 comments:

  1. Bismillahirrahman nirrahim,

    Pertama, ingin saya memohon maaf andai apa yang saya katakan adalah salah, saya masih dan baru mengenali Islam...

    Sebagai seorg yang baru, apa yang saudara katakan adalah sesuatu yang menakutkan. Saya agak takut andai ilmu diambil daripada orang yang salah. Saya takut sesuatu yang saya kata akan dilaknat ALLAH. Saya takut suatu hari saya akan mengkafirkan para ulama'.Tapi saya takut juga sekiranya, sy melaksanakan sesuatu yang salah dari sisi agama.

    Naqibah saya selalu mengatakan, seharusnya kita berhusnulzon dengan mereka yang berlainan pendapat dengan kita. Agree to disagree. Pahala ijtihad ader 2, andai betul apa yg diijtihadkan kita dapat 2 tapi kalau salah kita dapat satu (sy x ingat sgt kata2 itu).

    Jadi disini ingin sy tanya saudara 2 soalan yakni:

    1. Jika benarlah orang salah, knpe tidak ditegur?

    2. Sebagai seorg daie, adakah kata-kata anda melambangkan kecantikan Islam itu?

    wallahu'alam..
    Qurratul Aini Mohamad Idris

    ReplyDelete
  2. kenapa bila dengan pendakwah, saudara keras menegur. Tapi bila dengan ahli maksiat, bukan main lembut gigi, kenapa?

    ReplyDelete
  3. betul peng..smngt dakwah ade tp ilmu kurng keinginan utk dikuasai ..ke mn nk bergerak..

    bkn method mengajak org dgn slhkn org ini slhkn org itu..pastu lantang berckp..ak perjuangkn islam..

    perghh.. tak pnh dibuat nabi .

    ak stju dgn ko peng..
    tp lmbut skit lwa lg kot..

    tp ak stju gak klo berkasar skit.
    sbb org yg dikatekn pndakwah ni ptutnye lbye phm..jd keras tu bg dirinye..

    bg ahlo maksiat..ada pendekatan yg lain sesuai dgn dirinya..

    Tan sri Peng the lagend !!

    ReplyDelete
  4. max_bean89: 1st - Sudah ditegur. Bayangkan, Dr Asri yg ade PhD tu tegur pun tak makan, inikan saya yg tade sijil agama pape. Yusuf Qaradawi dah tulis macam2 kitab pun tak makan, inikan saya yang belum siap lagi menulis buku.

    2nd - Maafla andai sy bawak fitnah kpd du'at. Semoga Allah mengampuni saya & memandu saya. amen.

    anon: kenape aku berkeras tu kene tanye diri sendirila. Kalo anda ni terlibat dalam amar makruf nahi mungkar anda akan faham, at least sbg reflection utk anda kalau anda tergolong dalam gol. khawarij moden tu.

    Aiman: Ni aku copy dr artikel Dr Asri yg ni http://drmaza.com/home/?p=1087

    Kata al-Sa’di (meninggal 1376H):

    “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

    Hikmah tu terlampau subjektif utk diobjektifkan. Orang2 macam infokini tu kdg2 kenela bagi die ingat sikit, setiap mase nak kene keras ke? Tak kesahla kalau infokini tu rase die sorg je yg sedar & buat amar makruf nahi mungkar ni. Dan mengaibkan org ni, macam infokini buat tu tak termasuk dalam uslub dakwah & bukan salah satu jenis berhikmah dalam berdakwah. Bayangkanlah kalau Nabi saw pun boleh berhadapan dgn masyarakat arab yg jauh lebih jahiliyyah dgn hikmah, takkanla kita tak boleh nak ngadap & dakwah budak2 zaman sekarang dgn hikmah. Akhirnya, kita usaha je, result die serahla kt Allah. Allahu'alam.

    ReplyDelete