Wednesday, August 18, 2010

Sepatutnya aku tak patut tulis dah pasal kau.
"pesanan aku ko xpyh da post or tulis blog pasal hal ni...ble ko tlis hal
ni ko wat nana lg serbt n benci kt ko...bler ko tls hal ni seolah2 ko tagih
simpati dr org,..ko just ikt angin n mase je...mase akn tentukan
segalanye...ko hbskan blaja n stdy 2 hard...ko ada masa dpn yg sgt
cerah..hal ni terlalu remeh nk compare ngan harapan negara kt bahu ko"

Ehsan nasihat aku camtu.

Aku tgh cube elak drp kritik kau, drp tulis ape yg aku rase pasal kau. Aku tak cakap ko bipolar. Aah, mmg aku bipolar, aku still under treatment, tp aku dah give up makan ubat, aku nak cuba cara conservative.

Aku cakap ko paranoid. Paranoid ni maksudnye ko fikir apa yg tak wujud, ko buat andaian. Nana salu nasihat aku jgn buat andaian. Aku mmg tahu penyakit aku yg suka buat andaian. Tapi manela aku nak tahu bile aku betul & bila aku buat andaian. So bile aku undur balik, tgk ape yg aku dah buat, oh, aku sedar yg aku buat adalah andaian. Samala macam kau, bile kau tuduh aku nak pecah-belahkan kau & Nana, kau buat andaian. 2 3 hari ni aku dan kau macam tanak mengalah. Start Ehsan nasihat tu, aku rasa aku patut mengalah dgn kau. Biarlah kau nak cakap ape pun. Aku akan cuba jgk buktikan aku memang tanak bermusuh dgn kau, even aku nak berkawan dgn kau, aku nak sgt kau terima, redha & happy kalau Nana end up dgn aku.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang aku belajar psl psychology. Aku share sikit pasal psychology, aku nak share part yang kau boleh apply dalam hidup kau, untuk kebaikan kau jugak ni. Ade 1 topik tu pasal "Defense Mechanism."

Kita akan guna defense mechanism ni bile2 kite berdepan dgn ape2 masalah, contohnya kalau org jatuhkan kita. Bila org jatuhkan kita, kita akan react subconsciously or separuh sedar. Tapi reaction ni bergantung kepada org tu la. Ade org die deny (denial) - tak terima kenyataan. Ade org die delusion - dia tak terima kenyataan dan dia create kenyataan yg lain drp realiti. Ade org mungkin lahir2 dia dah bijak or dia belajar drp pengalaman, tanpa sedar cara die react adalah cara org matang react. Dia ubah tuduhan org lain kt dia tu kpd benda yg positif, amek benda tu jd cabaran contohnya.

Generally we have 4 levels of defense mechanism:-

  • Level I - pathological(sakit) defences (i.e. psychotic denial, delusional projection)
  • Level II - immature defences (i.e. fantasy, projection, passive aggression, acting out)
  • Level III - neurotic defences (i.e. intellectualization, reaction formation, dissociation, displacement, repression)
  • Level IV - mature defences (i.e. humour, sublimation, suppression, altruism, anticipation)

Kalau ko berminat ko boleh la google psl ni dgn detail. Serius! Amat berguna! =) Tapi jgn terlampau nak ikut buku sgt, biar kita hidup smooth. Ada masa kita boleh ikut hati kita & ada masa kita kene duduk kejap, fikir dulu dalam-dalam.

So aku analyse tindakan2 aku dalam kes ni. Memang aku mengaku aku bertindak dgn tak matang. Mule2 skali aku start paranoid. Aku claim camni camtu sume. Then kau react, kau start accuse aku psycho & raih simpati. Ape yg kau buat tu sebenarnye character assassination, kau attack sume respon aku, sampai ape aje yg aku respon tade pun yg positive bg ko. Character assassination ni mmg useful weapon.

Aku plak terikut rentak kau.. Yela, sape tak emo bile masuk bab orang yg kita sayang, aku pun manusia jgk. So aku lawan kau. Tu pun aku cube jgk ckp yg aku mmg tanak bermusuh dgn kau. Sebenarnya aku boleh jgk buat character assassination kt kau. Tapi aku tak buat. Sbb aku tak sampai hati dan aku mmg tanak bermusuh dgn kau, percayalah, demi Allah aku tanak bermusuh dgn kau!

Cukupla sampai sini. Aku rase eloklah aku ikut nasihat Ehsan. Aku nak try defense mech. level 4 - sublimation, suppression, altruism, anticipation. Tp aku tahu, aku takkan mampu buat sume sebijik mcm theory. Ko pun tau kan theory dan practical ni beza. So the least yg aku boleh dan kene buat, aku diam je la pasal hal ni. Aku dah mengalah, aku dah mintak maaf. Aku harap hati kau terbuka la satu hari nanti, aku harap ko sedarla satu hari nanti yang aku ikhlas mengalah dan mintak maaf.

Ya, memang aku ade message Nana tadi & dia tak balas.. Aku tak mampu nak tinggalkan dia.. Sbb aku pernah janji dgn dia, aku takkan tinggalkan dia.. dan kalau aku bawak diri pun, tu selepas dia dah ade laki lain. Nana pun pernah janji dgn aku dia takkan tinggalkan aku as friend, die mintak aku bagitau dia kalau aku dah tak nak tegur dia lagi. Aku tak pernah lagi bgtau Nana aku tanak tegur die dah. Aku rase eloklah aku bagi space kt Nana, kt kau..

Yg aku ckp kt kau, aku akan tinggalkan dia, kalau tu yg boleh buat kau happy, aku nak bagitahu kau, kalau aku kawan dgn kau, maksudnya aku kawan dgn kau, aku ikhlas, bukan sbb aku nak kt Nana semata-mata... Plus mase tu aku tgh down sgt. Tapela, aku telan ludah aku.

Aku tak pernah rasa benci pun kau baik dgn Nana. Even Nana pun pesan, kalau nak kt dia, aku kene accept kawan baik dia. Tapelah, aku bahagia kalau kau & Nana bahagia.

Aku harap lepas ni kau tak tuduh aku berlakon, raih simpati lagi la. Aku pun macam kau jugak, aku pun ada hati & perasaan. Kalau ada ape2 yg aku boleh buat utk settlekan masalah ni, bgtaula, aku akan cuba buat ape yg aku mampu.

Last skali aku serahkan kt Allah semua ni. Aku harap kau tak tuduh aku hipokrit. Aku nak bersangka baik dgn kau. Aku harap kau pun boleh bersangka baik dgn aku. Terima kasih sudi baca.

Mohd Peng

2 comments:

  1. peng..masa aku cuti ritu..aku salu jumpa saikatris dan saiko analisis.~

    erm..mmg lah kan..kalau kita paranoid..mmg kita tak tau pun kita paranoid.

    peng ..sabar! jgn macam-macam. sikit lg mahu wawasan2020

    ReplyDelete