Friday, November 20, 2009

Jemaah Muslim

Ramai mengaku jemaah mereka sbg yg paling syar'ie.
Ramai jugak yg mengaku mereka beraliran "Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Jamaah dan Jemaah.

Mengikut kitab yg aku rujuk, takde perkataan jamaah dalam quran, tp ade dalam hadis.
Jamaah lawannya al-Tafarruq (perpecahan).

Daripada Nukman Bin Bashir, Nabi saw bersabda:

الجماعة رحمة والفرقة عذاب

Maksud: "Jamaah merupakan rahmat dan perpecahan merupakan azab."

(Rujuk - Imam Ahmad, Musnad Imam Ahmad, jil. 4 hlm 278.)

Sape2 yg jadi ahli politik dijamin akan menipu.
Kalo tak pun, menipu tanpa sedar (taksub)...
Kalo tak pun, terpaksa berdiam-diri ttg kebaikan pihak lawan.
Realiti politik zaman sekarang.

Aku nak ajak sape yg bace ni,
sape yg mule nak kenal islam,
baru mule nak paham islam,

Belajar la betol2, kalo bleh pilihla guru yg baik2.
Elakkan drp terus belajar ttg mane2 jamaah islam.
Ikhlaskan niat belajar agama kerana Allah,
Bukan kerana nak sokong PAS,
Bukan kerana nak lawan Umno,
Bukan kerana nak hapuskan Isma,
Kerana Allah.


------------------------------------------------------------------

Cube bayangkan kalo arab tanye kte pasal Malaysia, kte nak cakap ape?


Ko nak cakap kerajaan Umno tak bawak dasar islam? Umno kafir?
PAS terus ditindas? Pakatan Rakyat bakal menang dan itu bermakna kemenangan kepada islam? ISMA & JIM buat pecah belah kpd umat islam?

Itu belum malaikat tanye bile da mati nanti...

Nak jawab ape??

Jadi jelas kte memerlukan ilmu.
Bukan ikut2 (taqlid) buta.
Pastu sombong.
Bajet pendirian teguh.

Bile ilmu yg dipelajari tu prejudis kpd sebelah pihak dan tidak kpd pihak yg laen,
maka perpecahan akan berlaku.
Maksudnye bile ilmu yg dorg pelajari tu bias, maka dorg akan dabik dada, dorg je benar,
manakala pihak yg laen adalah salah, lalu berlakula perpecahan.
Dan akan ade mereka2 yg mengaut untung dalam kekeruhan tu.

Bile ilmu itu dipolitikkan, maka mereka akan menghalalkan perbuatan2 mereka.
Politik tak boleh asing drp islam.
Ya, sume setuju.
Tp realiti politik skang ni mmg kotor,
hatta dr ahli PAS senirik.
Kalo tak caye, try r jadi politician,
ko akan menipu, seyes!


Paling ringan, contohnya YB PAS, diorg akan kate Umno buruk sekian2, rasuah bla3, zalim bla3... Sume yg diorg ckp psl Umno adalah buruk. Mungkin dakwaan tu adalah benar dan mungkin salah.

Tp dorg akan cakap tak ttg jasa Umno?
Ade?

Tade!...

Kalo cakap abesla undi.
Nanti kene cop pro-umno.
Gado plak org PAS.

(Tp kalo pegi parlimen, dorg rilek je pon, makan same2.
Org bawah jugak buang duit gado nak mati.)



Tak pun bile Pak Lah dah pencen, baru nk ckp ape yg baik ttg Pak Lah.
Nway bukan sume YB2 PAS camtu. Tuan Guru Presiden pandai pilih isu.
Beliau terus kekal dgn pendirian utk bekerjasama dgn mane2 pihak ttg agama islam.
Dalam maksudnye tu. Org2 beser mmg tak paham. Org2 taksub mmg tanak paham.

Jadi jelaslah, pentingnya ilmu.
Sebagai panduan.

Riwayat yang ditahkrijkan oleh Imam Ahmad dan al-Tirmizi:

عليكم بالجماعة وإيّاكم والفرقة

Maksud: "Hendaklah kamu bersama-sama jamaah dan janganlah kamu berpecah-belah."


(Rujuk - Ibid, jil 4 hlm 278; al-Tirmizi, jil 2 hlm 232)

Aku akan terus menulis pasal Jamaah Muslimin.
Sape nak paham cane yg aku paham, teruskan bace blog ni.

Akhir kata, aku seru kpd budaya ilmu, bukan ikut2 buta dan aku seru kpd perpaduan umat, bukan freemason.

Mohd Peng

3 comments:

  1. keep it up bro..al the best..wei bleh bg email ke kte bleh borak2 sket pasl isu2 plajar malaysia timur tengah ni

    ReplyDelete
  2. Din kata "try r jadi politician,
    ko akan menipu, seyes!" boleh xplain detail tak?

    Sbb Nabi SAW dan para sahabat RA adalah ahli politik....

    ReplyDelete