Friday, November 20, 2009

Jemaah Muslim

Ramai mengaku jemaah mereka sbg yg paling syar'ie.
Ramai jugak yg mengaku mereka beraliran "Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Jamaah dan Jemaah.

Mengikut kitab yg aku rujuk, takde perkataan jamaah dalam quran, tp ade dalam hadis.
Jamaah lawannya al-Tafarruq (perpecahan).

Daripada Nukman Bin Bashir, Nabi saw bersabda:

الجماعة رحمة والفرقة عذاب

Maksud: "Jamaah merupakan rahmat dan perpecahan merupakan azab."

(Rujuk - Imam Ahmad, Musnad Imam Ahmad, jil. 4 hlm 278.)

Sape2 yg jadi ahli politik dijamin akan menipu.
Kalo tak pun, menipu tanpa sedar (taksub)...
Kalo tak pun, terpaksa berdiam-diri ttg kebaikan pihak lawan.
Realiti politik zaman sekarang.

Aku nak ajak sape yg bace ni,
sape yg mule nak kenal islam,
baru mule nak paham islam,

Belajar la betol2, kalo bleh pilihla guru yg baik2.
Elakkan drp terus belajar ttg mane2 jamaah islam.
Ikhlaskan niat belajar agama kerana Allah,
Bukan kerana nak sokong PAS,
Bukan kerana nak lawan Umno,
Bukan kerana nak hapuskan Isma,
Kerana Allah.


------------------------------------------------------------------

Cube bayangkan kalo arab tanye kte pasal Malaysia, kte nak cakap ape?


Ko nak cakap kerajaan Umno tak bawak dasar islam? Umno kafir?
PAS terus ditindas? Pakatan Rakyat bakal menang dan itu bermakna kemenangan kepada islam? ISMA & JIM buat pecah belah kpd umat islam?

Itu belum malaikat tanye bile da mati nanti...

Nak jawab ape??

Jadi jelas kte memerlukan ilmu.
Bukan ikut2 (taqlid) buta.
Pastu sombong.
Bajet pendirian teguh.

Bile ilmu yg dipelajari tu prejudis kpd sebelah pihak dan tidak kpd pihak yg laen,
maka perpecahan akan berlaku.
Maksudnye bile ilmu yg dorg pelajari tu bias, maka dorg akan dabik dada, dorg je benar,
manakala pihak yg laen adalah salah, lalu berlakula perpecahan.
Dan akan ade mereka2 yg mengaut untung dalam kekeruhan tu.

Bile ilmu itu dipolitikkan, maka mereka akan menghalalkan perbuatan2 mereka.
Politik tak boleh asing drp islam.
Ya, sume setuju.
Tp realiti politik skang ni mmg kotor,
hatta dr ahli PAS senirik.
Kalo tak caye, try r jadi politician,
ko akan menipu, seyes!


Paling ringan, contohnya YB PAS, diorg akan kate Umno buruk sekian2, rasuah bla3, zalim bla3... Sume yg diorg ckp psl Umno adalah buruk. Mungkin dakwaan tu adalah benar dan mungkin salah.

Tp dorg akan cakap tak ttg jasa Umno?
Ade?

Tade!...

Kalo cakap abesla undi.
Nanti kene cop pro-umno.
Gado plak org PAS.

(Tp kalo pegi parlimen, dorg rilek je pon, makan same2.
Org bawah jugak buang duit gado nak mati.)



Tak pun bile Pak Lah dah pencen, baru nk ckp ape yg baik ttg Pak Lah.
Nway bukan sume YB2 PAS camtu. Tuan Guru Presiden pandai pilih isu.
Beliau terus kekal dgn pendirian utk bekerjasama dgn mane2 pihak ttg agama islam.
Dalam maksudnye tu. Org2 beser mmg tak paham. Org2 taksub mmg tanak paham.

Jadi jelaslah, pentingnya ilmu.
Sebagai panduan.

Riwayat yang ditahkrijkan oleh Imam Ahmad dan al-Tirmizi:

عليكم بالجماعة وإيّاكم والفرقة

Maksud: "Hendaklah kamu bersama-sama jamaah dan janganlah kamu berpecah-belah."


(Rujuk - Ibid, jil 4 hlm 278; al-Tirmizi, jil 2 hlm 232)

Aku akan terus menulis pasal Jamaah Muslimin.
Sape nak paham cane yg aku paham, teruskan bace blog ni.

Akhir kata, aku seru kpd budaya ilmu, bukan ikut2 buta dan aku seru kpd perpaduan umat, bukan freemason.

Mohd Peng

Monday, November 16, 2009

jahatnye PMRAM.

Bagi maklumat palsu kt Malaysiakini.

Ade sorg dak pompuan tak kasik aku kutuk2 PMRAM buat sementara waktu.

So aku cube tahan sabar dulu.

Kesian kt Dr Jamil.

Allah bersama org2 yg benar.

Sunday, November 15, 2009

Hadis hari ni.

"Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. "


-- HR. Bukari dan Muslim

Saturday, November 14, 2009

  • Aku taleh tido lagi ni. Terpaksa makan ubat lagi.
  • Aku nak hidup bebas ubat. Aku makan citalopram & propranolol kadang2.
  • Sejak due menjak ni, aku perasan sesuatu berlaku kt aku, satu benda yg tak best bile pompuan takut kt kau.
  • Tp aku pun tak suke sbnanye pompuan gedik. So bagusla kot keadaan cani. Tp kdg2 aku terasela, bile tegur tak balas lansung. Mmg terase.
  • Dala aku paranoid. Bile sorg je pon tak balas, aku dah terase cam 1 group pompuan tu benci kt aku. Nila padah paranoia. Tp aku sedar aku paranoid. Juz aku tatau, bile mase aku betol, bile mase aku paranoid, setiap mase ke?
  • Dan akhir2 ni, sosial aku sesame laki2 makin btambah. Aku rase kurang sket sunyi, walopun sesame laki. Lagipun ade byk benda bleh share tanpa tapisan.
  • Aku usyar youtube, aku tgk ramai budak2 pompuan nak tiru Yuna & Ana raffali. Aku naik nyampah la tgk budak2 pompuan spesis ni.
  • Ade sorg junior aku, nak sgt pose "bakat" die. Dulu aku hampir terpercaya die leh maen drum double paddles. Skali double paddle pon die tatau pe maksudnya. Ntahla, biarla die.
  • Pastu ade budak2 pompuan batch aku kt sini, kt Malaysia tanak pakai tudung, kt sini pakai plak. Mebe dorg "tercabar" kot sbb junior ade yg relax je free hair.
  • Aku nyampah tgk org buat bnda kerana org lain ni. Nak ikut sgt trend.

Differences

  • We cant avoid from being different.
  • Ok, pompuan2 & laki2 cam kt atas tu mmg wujud. Dan ada dr kalangan mereka tu adalah kawan2 aku. So xkan aku keje nak nyampah ngan org?
  • Aah, ikut hati mmg keje aku nak nyampah ngan org je. Sbb aku kan bajet bagus. haha.
  • Tp tula, manusia ni berbeza. Mebe dr kaca mata aku, dorg tak matang lagi.
  • Alih2 dorg plak yg ckp aku tak matang. haha.
  • Aku pantang satu je, kalo org agamawan bajet die betol abes, die mnggunakan nama agama,tu mmg aku pantang, pantang ni kesan drp pengalaman buruk aku.
  • Tp perbezaan yg lain, aku masih boleh rai dan cube paham.
  • Contohnye dulu aku kuat sgt PAS, sampai ape yg Kerajaan Umno buat aku claim tak betol.
  • Tp bile aku try belajar ekonomi, istilah2 ekonomi, try nak paham keje sorg PM, aku rase cam 'izzah plak aku lahir kt Malaysia.
  • Nway ari ni, akhirnye ade jgk budak yg jumpe nape nick aku peng.
  • Peng tu maknye sexy. haha.
  • Jani aku hepi.

Mohd Peng

Wednesday, November 11, 2009

aku mmg hipokrit lagi.
setelah taubat masih belum mampu kekal berpanjangan.

Esok aku kene jugak pegi cairo.
Sbb minggu lepas da tak pegi.

Aku kene kasik jugak program forum salafi sufi berjalan.
Program tu bulan 12 ni.

Kalo tade halangan pape, insyaAllah ustaz Syaari Mustafa akan dtg dr malaysia,
& mebe kalo ade rezeki, sorg profesor yg benti keje dr johor jgk akan dtg jugak.
Dorg ni dr belah salafi.

Ade ustaz suh aku cari panel lain utk belah sufi, kalo bleh jgnla amek yg maseh tak abes degree lagi. tak best die kate.

Papehal, aku kene jumpe ustaz Abdullah, org jakim kt egypt, utk mtk permisi dan bajet dr jakim.

Tade niat laen aku buat program ni selaen drp nak tgk masyarakat malaysia kt egypt berubah kpd masyarakat ilmu. Bagi aku, ni perbincangan ilmiah.

Tp ade mereka2 yg mendakwa diri sbg ahli sunnah wal jamaah "cuak" dgn program ni.
Kalo dah rase di jalan yg benar, tak patut cuak bagi aku. Mereka beralasankan nanti keadaan akan jadi makin teruk. Pecah belah gelabah melayu kt egypt nanti. haish.

Aku rase kalo biar puak ahbash buat kepala lagi teruk.
Alasan takut pecah belah ni alasan kaum tua.
Nak sgt label org yg manhaj cam aku wahabi,
aku label dorg kaum tua konservatif yg mengaku sunni.

Nway, aku harap objektif program tercapai.
Ke arah masyarakat yg ilmiah.

Tp dalam byk2 benda,
nak ubah diri snirikla paling susah.
Aku harap aku berjaya kali ni.

Keje2 recording lagu aku byk tertangguh.
Tape, target je bulan 12, mebe bulan 1 or 2 jgk siap.
nak exam final sem bulan 1 or 2 tu.
Study 1st.

Byk jgk research psl genre lagu yg aku kene buat.
Yela, org nak tgk kualiti.
Crowd kt egypt ni bagi aku tak dalam sgt knowledge music.
So dorg tatau pape melainkan lagu tu best, then layan.
Tak kesah lagu leleh tangkap lentok ke ape.
Janji layan.

Bagi aku, tu seni murah.
Seni nak cepat up.

Mcm budak2 pompuan nak tiru Yuna.
Belajar men gitar 1 2 chord, bajet cam da pandai,
reke lagu sket, then rakam.
Pastu upload kt youtube.
Pastu org puji, eee bestnye.

Tp kte ade demokrasi.
Nak buat, buatla.
Juz dr kaca mata org seni cam aku,
seni murah,
tak lbey drp nak ikut trend,
tade motif,
tade objektif,
so mebe dorg tatau kesannya.

So sbg sorg pejuang,
aku kene perjuangkan idea yg aku nak bawak.
Aku taleh lari dr objektif asal.
Iaitu, mhasilkan lagu2 yg bermotif.

Kalo bleh, lagu2 yg aku reka takkan merosakkan org yg layan.
Kalo org layanla.

ok, mase utk makan ubat.
Tata~

Mohd Peng

Monday, November 9, 2009








Meh bace artikel ni, semoga aku jadi cam die

--> Kontroversi Bermakna



Sepatutnye aku nak tulis tentang jemaah muslimin secara ilmiah.

Tapi, ade sorg hamba Allah, pompuan, yg concern kot psl aku,
die nasehat supaya aku pause jap tulis.

Die perasan kot aku tgh lost ni.
Aah. Aku mmg tgh lost.
Setelah kesekian kalinya aku taubat,
kali ni aku cube lagi taubat.
Aku harap sgt aku tak kantoi lagi kali ni.
Moga Tuhan bantu aku. amen.

Tp bile die yg tegur, aku rase lain.
Aku rase teguran die betol.

Jadi aku pause jap.
Nanti aku sambung.




Nak mati camni?



















or camni?





















Or camni?










Pastu hadis dalam post sablom ni ade silap sket.
Aku da betolkan.

Aku tade masalah utk berdepan dgn mane2 ustaz or mereka yg buat kacau.
Aku tade masalah dgn mereka yg buat kepala.
Sebab kalo nak lawan kepala, aku tade masalah.
Aku ego kan. Super ego.

Tp aku ade masalah dgn diri aku.
Ni konflik aku paling besar.

Susah kte nak buat sstu nak niatkan kerana Allah.
Ihsan.

Bape bulan lepas masuk KMS,
aku da start develop paranoia,
agak seryes sebenanye level die bagi aku,
Makin lame symptoms makin byk,
hallucination pun makin mjadi2 gak.
Delusion mmg ade.

Aku pun start consult psychiatrist,
dr 2nd year lagi,
tapi tak bape nak berkesan,
duet pun byk abes.

Terus terang cakap,
aku ade masalah sbenanye bile duduk kt tempat yg ramai orang,
bukan social handicap,
aku paranoid giler2,
tatau cane nak gtau korg,
susah nak kawal otak snirik, gtau benda2 tu tak berlaku,
sbb kadang2 mimik & gaye orang menyokong paranoia aku.
Tu antara sbb aku tak suke dtg lecture or hang out ramai2,
Aku penah cube byk kali hang out ramai2,
Mebe muke aku normal je, sbb aku tak tunjuk,
tp dalam otak2 mcm2 aku fikir.

Bile teruk sgt, ubat mental tak tolong,
besernye aku akan end up ngan benda2 yg tak patut,
Juz utk elak aku drp bfikir.

Sbb tu aku suke tulis lirik,
compose lagu, record lagu,
aku suke duk sorg2.

Tp still hilang punca.
Macam2 da cube.
Mebe aku sunyi, kosong,
aku try penuhkan.
Tak bleh jgk, aku kompem akan end up dgn benda2 yg tak patut.
Aku tatau r benda ni normal ke tak.

Aku taleh pendam byk sgt,
aku risau aku jd time bomb,
so aku luahkan aje pape yg aku nak luahkan,
tp still cube jage hati orang.
walopun aku rase best bile org laen sakit hati.

Akhirnya, malam ni aku rase lain.
Org yg paham masalah kte ni tau ape yg kte alami,

So mulai skang aku akan ikut nasehat2 die,
Sbb aku da give up care2 laen,
Semoga kali ni berhasil.

Semoga aku jadi lebih yakin.

Mohd Peng tak sehat.

Jemaah Muslimin dan Aku Kafir?

Keyboard laptop aku taleh tulis arab.
Pakai keyboard arab online mmg lecey.
Tapi penat lagi melayan ustaz2 yg taksub, keje kapirkan orang.
Bleh je tanak layan, biar dorg dgn labu2nye,
tp nanti tade perubahanla dunia kita ni.

  • Nak cerita bab jemaah ni mmg panjang dan agak susah utk paham. Sebab suasana di Malaysia dan dunia ari ni sudah bercampur dengan politik. Ni sume hasil kerja Zionis.
  • Aku nak kongsi pasal bab jemaah. Sape yg nak paham camane yg aku paham, kenela ikut post2 psl jemaah pasni, insyaAllah.
  • Fahaman aku berpandukan ulama. Bukan seperti yg difitnah budak2 pro PMRAM, "Peng tak hormat ulama.."
  • Aku menyahut seruan Dr Asri supaya tidak taqlid buta(ikut buta).
  • Ustaz2 PMRAM kata kapir, kamu pun kata kapir. Bile ditanya dalil, "Ustaz PMRAM yg kate la, tayah lawan2, kite kene hormat ulama, kalo lawan ustaz2 PMRAM = hina ulama."
  • Jadi di mana seruan kamu yang duk cakap ilmiah, ilmiah, ilmiah?

Sampai ade yang nak kafirkan aku.
Die cakap aku hina ulama, hina sunnah nabi iaitu serban dan apentah lagi. Nak kafirkan aku, silekan, tayah tunggu2, kafirkan aje.
  • Aku tak hina serban, aku cakap tu sunnah jibliyyah, ulama khilaf bab ni. Secara umumnya ade yg kate serban tu budaya arab dan ade yg kate serban tu mmg sunnah nabi. Nak muliakan nabi tu bagus.
  • Tp kalo pakai serban tebal2 sampai dah nak sama dengan singh or qodiani or syiah, baek tayahla. Elok pakai macam ulama Saudi, macam tudung tu.
  • Tuduh aku hina ulama ni tuduhan berat, bertaubatla.
  • Tp beserla, mereka pantang ditegur kritik, kutuk skit, kapir.

-----------------------------------------------------------------------

Memandangkan kritikan-kritikan & fitnah2 yg dilemparkan oleh ahli-ahli PMRAM dan BKAN terhadap ISMA agak melampau akhir-akhir ni, tambah plak ade pemimpin2 PAS yg setuju bai'ah utk cerai talak 3 dgn bini mereka jika lompat dari parti PAS (aku rujuk blog Uzar, die kate macam ade dakwaan ni) aku berpendapat bahawa kefahaman yg kukuh ttg jemaah haruslah diambil perhatian. Kalo bleh pahamkan la, barula tak senang2 ditipu oleh mereka2 yg menggunakan nama Islam malah yg bertitle ustaz.

Aku tanak bagitau nama, tapi ade sorg ustaz, bekas AJKT PMRAM, bagitau kt aku snirik, "ISMA SESAT!!!" Apo nok dikato. Kte kate die taksub, full stop!


Sebagai permulaan, bacela dulu hadis ni.
Kalo ade salah tlg gtau.



Huzaifah al-Yamani berkata:
ٍٍَََََََ



كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ
قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا
فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ



Maksudnya: "Orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw ttg kebaikan lalu saya bertanyakan Baginda mengenai kejahatan takut-takut ia menimpa saya. Maka saya berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah berada di dalam jahiliyyah dan kejahatan lalu Allah datangkan kepada kami dengan kebaikan ini. Adakah selepas semua kebaikan ini akan ada keburukan?" Kata Baginda, "Ya!" Saya berkata, "Adakah selepas kejahatan itu ada kebaikan?" Baginda menjawab, "Ya! Dan akan ada padanya itu Dakhan." Saya bertanya Dakhan tu ape. Kata Baginda, "Suatu kaum yang mengikut hidayah bukan hidayahku kamu kenal mereka dan kamu akan mencegah mereka." Saya berkata, "Adakah selepas kebaikan ini akan ada keburukan?" Jawabnya, "Ya! Akan ada para pendakwah di pintu-pintu neraka, sesiapa yang menjawab (seruan) mereka akan dicampak ke dalamnya." Saya berkata, "Wahai Rasulullah! Sifatkanlah mereka kepada kami." Katanya, "Mereka daripada kulit seperti kita dan bercakap dengan lidah seperti kita." Saya bertanya, "Maka apakah yang akan tuan suruh saya buat jika saya menemuinya?" Katanya, "Beriltizamlah dengan jamaah muslimin dan pemimpin mereka. Saya bertanya, "Jika tidak ada jemaah dan imam?" Katanya, "Maka tinggalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa berpaut dengan akar pokok sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu."


(Riwayat Bukhari dan Muslim. Rujuk - Fath al-Bari, jil 13 hlm 35; Sahih Muslim, jil. 3 hlm 1475)

Kte bersambung lenkali.

Allah lebih tau, bukan aku, bukan ustaz2 PMRAM.

Mohd Peng

Sunday, November 8, 2009

Diat Jari Wanita Yang Di Potong dan PMRAM

Salah ke gune zahir hadis?

Aku nak bawak satu renungan kepada ustaz2 Azhar terutamanya ahli-ahli & jawatankuasa2 PMRAM dan mereka yang terlampau berkeras dengan aliran salaf @ sunnah.

Juga kepada budak2 medic Mesir yg rase sudah cukup belajar agama dengan ustaz-ustaz PMRAM sahaja.

Dengan hanya belajar agama drp ustaz2 PMRAM or ustaz2 yg kuat PAS, maka kite sudah kenal Islam, lalu bertebaran fitnah yg berlaku seperti mengganggap hanya dengan mengikut PAS make kite akan dikire syari'e, syurga dah. ISMA, JPMK dan persatuan2 lain tak syari'e?


Cukup lengkap ke fahaman anda dengan hanya laungan Takbir (Allahuakbar) time ceramah untuk menggambarkan anda pejuang islam? Berani jamin tak masuk neraka?

Semoga mereka dan kite mampu berbincang secara ilmiah seperti yg diwar-warkan mereka mase tepon aku semalam. Time kasih tepon. Ade mase aku belanja makan, bayar ganti kredit dorg.

Diat Jari Wanita Yang Di Potong.

Imam Malik meriwayatkan dalam kitab al-Muwatta' bahawa Rabi'ah bin 'Abdul Rahman berkata:

"Aku telah bertanya kepada Sa'id bin Musayyib, berapa yg perlu dibayar jika satu jari wanita dipotong? Dia menjawab, "sepuluh ekor unta." Aku berkata lagi, "kalau tiga jari?" Dia menjawab, "20 ekor unta." Aku berkata lagi, "kalau 3 jari?" Dia menjawab, "30 ekor unta." Aku berkata lagi, "Kalau 4 jari?" Dia menjawab, "20 ekor unta." Aku berkata dengan kehairanan, "Kenapa pula bila jari yang dipotong bertambah, diatnya berkurang pula?" Sa'id berkata, "Adakah kamu dari Iraq (ulama aliran al-Ra'y yg menggunakan logik akal melebihi hadis pemes dari sini dulu2) Rabiah(yg suka menggunakan logik akal) menjawab, "Tidak! Aku adalah orang alim yang ingin memastikan kebenaran atau orang jahil yang mahu belajar." Sa'id berkata, "beginilah (ape yg die ckp tadi) sunnahnya." (Malik 1985: 860)


Bersandarkan kepada sebuah hadis:

عقل المرة مثل عقل الرجل حتي تبلغ الثلث من ديتها
Maksudnya: "Diat wanita sama seperti diat lelaki sehinggalah sampai satu pertiga dari diatnya."
(Hadis ini diriwayatkan oleh 'Amru bin Shu'aib drp ayahnya drp datuknya dalam Sunan al-Darqutni no.38 -Kitab al-Hudud Wa al-Diyyat Wa Ghayrihi. )

Huraian aku dengan rujukan:-
  • Sa'id bin Musayyib berpegang dgn zahir hadis ni walopun tak tercapai maksudnya oleh akal kerana apabila datangnya nas, maka akal tidak boleh dipakai ketika itu.
  • Sebab itu Sa'id Musayyib mengkritik Rabi'ah sama seperti beliau mengkritik fuqaha-fuqaha Iraq (aliran al-Ra'y) yg mencampur adukkan akal dengan nas. (Rujuk Sha'ban 1985: 284 & al-Qattan 1995: 229)
  • Diat satu jari wanita terpotong ialah 10 ekor unta dan begitulah seterusnya.
  • Tetapi jika jari yg terpotong adalah 4 jari, maka diatnya hanya 20 ekor unta sahaja, bukan 40 ekor. Ini adalah pendapat mazhab fuqaha al-Hadits (aliran hadis berpusat di Madinah) bersandarkan kpd hadis yg disebutkan di atas.
  • Senang citer hadis ni gtau diat wanita sama dengan lelaki sehinggalah satu pertiga diat. Bile lebih, maka diat wanita hanya separuh dari diat lelaki. (Rujuk Sha'ban 1985 : 284)
  • So bagi laki yg terpotong 4 jarinya, diat die adalah 40 ekor unta.
  • Rabi'ah (semoga Allah mengampuni beliau) tak setuju, kalo da 4 jari yg kene potong, mestila 40 ekor unta, die menggunakan logik akal die.
  • Sa'id Musayyib membidas sikap Rabi'ah yang menggunakan logik akal. Sa'id patuh kepada hadis kerana itulah sunnah Nabi saw. Dia tak melebih akal dia bile adenya nas.
  • Ulama aliran hadits (salafi) secara umumnya tidak akan menggunakan akal bile terdapatnya nas, Allah kate camtu, ikut je la, kate bertaqwa.
  • Namun terdapat juga ijtihad2 yg dilakukan atas dasar maslahah ummah (keuntungan umat).
  • Manakala ulama aliran al-Ra'y, kalo berijtihad lebih kepada menggunakan kaedah qias dan logik akal.
  • Persoalannya, adakah kita nak tolak hadis tu? Kate tanak sekular dan nak jd fundamentalist betol2.
Kesimpulan:-

  • Bile nak hujah salafi main amek zahir hadis, silekan. Tade masalah.
  • Tapi jangan sampai ta'til (tolak) hadis tu. Takwil la kok mane pon, tp jgn sampai menolak maksud hadis.
  • Hal yg same dgn ayat2 mutasyabihat.
  • Allah dah kate Allah bertangan, Allah di langit.. cukup dengan faham yg macam tu. Tak perlu fikir panjang camane tangan dan kt mane langit tu.
  • Sekalipun takwil, itu hanyalah time darurat, sepertimana yg dilakukan oleh Imam Abu Hasan al-Asy'ari & Abu Mansor al-Mathuridi. Time zaman dorg, org awam da pakai logik akal sgt, kesan pengaruh falsafah greek, so terpaksalah pakai logik. Lalu wujudla sifat 20.
  • Tp bile tade darurat, masalan utk pegangan diri senirik, tak payahla susah2 sgt fikir zat Allah tu camane, berimanlah dgn ayat2 Allah tu, bserah je kt Allah, tak payah fikir da camane dan inilah akidah salafussoleh.
  • Kalo fitnah akidah salafi ni mujassimah - menyamakan Allah dengan makhluk ie; "Wahabi kate Allah ade tangan macam manusia.." dan lain2. Ini satu jenayah ilmu. Bertaubatla.

Allah lebih tahu.

Ya Allah, tuhan yang bertangan, tuhan yg di langit,
Kau bukakanlah pintu2 hati kami untuk hidayahMu,
Ya Allah, Tuhan yang bersemayam di atas Arash.

Mohd Peng

Aku Tidak Ilmiah

Aku delete post2 sablom ni sebab banyak sangat ayah orang yg aku kutuk dan itu sensetif.

Ade ustaz2 call aku semalam suruh sopan.
Ade yg suruh buat tajuk macam tu sebab aku tak hafal hadis man ahdasa.
Mereka menilai tahap keilmuan tu dengan jumlah hafazan barangkali.
Mungkin mereka boleh ubah cara nilai tu.
Mereka meminta supaya aku berhujah dengan ilmiah.
Itu satu permintaan yang bagus.

Aku boleh je tanak mencarut.

Aku harap mereka pun akan berhujah dengan ilmiah.
Tanpa mengira sape yg tulis, budak medic atau agamawan.
Tak kire sape, hatta org liberal macam Astora.
Contohnya macam Astora, die kate tak pakai tudung takpe.
Die amek pendapat ulama mane ntah, mmg ade pendapat tu, tp zhon.
Lalu Dr Asri berhujah dgn beliau secara ilmiah.
Selaras dgn uslub dakwah yg diseru dalam quran, supaya berjidal dengan lebih baik.

Jadi kawan-kawan yang ade pendapat tentang agama, sile tulis sahaja.
Tapi dengan ilmiah.
Kalo mencarut cam aku, mmg best.
Tp itu tidak ilmiah.
Dan tambah dosa.

Akhir sekali, kepada ustaz-ustaz PMRAM yg bace post ni,
aku merayu ni,
silelah kembali kepada asas-asas agama.
Perbuatan-perbuatan seperti membuka aib orang lain,
menyebar berita yang tak tahu kebenarannya,
seperti memburuk-burukkan ISMA dan JMPK,
hanya mengundang perpecahan umat islam.


Mereka mintak aku siasat due2 belah pihak.
Aku pun mintak mereka pun siasat due2 belah pihak sebelum tertabur fitnah lalu berdosa.
Rangkaian dosa itu bersambung apabila budak2 lain termasuk budak medic turut same menyebarkan fitnah2 tersebut. Maka beratlah dosa anda.

Bagi aku, perbuatan-perbuatan tu tak termasuk dalam mengumpat yg dihalalkan.
Dan tentu sekali perbuatan-perbuatan tu tidak ilmiah.

Jadi, kalau nak orang lain hormat PMRAM,
nak orang lain bantu PMRAM,
bantu dana imarah PMRAM dan lain2,
Silelah kembali kepada asas-asas agama.

Tuan Presiden PMRAM seharusnya bertanggungjawab dengan ahli-ahlinya.
Sepertimana yang telah dibuktikan oleh Ustaz Hairul Nizam,
mantan Presiden PMRAM, yang berjaya mengurangkan perpecahan semase memimpin PMRAM.

Akhir kata, Allah lebih tau, bukan aku, bukan ustaz2 PMRAM.

Mohd Peng.