Saturday, February 27, 2010

Biarlah Aku Dipanggil Wahabi

Bile bace blog Ustaz Din Tantawi (Ketua Pemuda PAS) tentang diskriminasi terhadap Dr Asri (ex mufti perlis), aku rase sedih pulak. Hari tu Dr Asri kene tangkap kt Selangor. Baru ni plak kene dakwa utk saman malu RM 1.5 juta. Hari ni kene kacau time tgh bagi ucapan sbg ahli panel dalam sebuah forum kt Pahang. Lepas ni ape lagi?

Yg sedihnya, arahan utk kacau Dr Asri kt forum tu Mufti Pahang, yg gajinya dibayar dan pelbagai lagi kemudahan serta elaun hidup...kalau aku tak silap la.

Dekat Mesir ni pun same aje. Hari tu aku nak betulkan artikel2 yg lepas masuk yahoo group perubatan mesir, ade maklumat yg tak betul ttg salafussoleh kurun ke 4 & 5 sambut maulid Nabi saw, aku dah habis sopan dah, laras bahasa dah jaga, tapi tak lepas jugak. Aku cadang lame da jemput ustaz2 yg lebih sederhana dan terbuka utk mengajar budak2 medic macam ustaz Md Saiful ke(dah balik Malaysia dah), ustaz Faisal umah kL pun ok, ustaz hanafi Dumiyat ke. Tapi tade respon pun. Yg dijemput panel yg tak teliti pun dalam bagi hadis, yang tak teliti bagi hadis tu seorang ustazah, bukan budak medic, astaghfirullah. Dahla tak teliti, bagi hadis palsu plak tu. Dah bagi hadis palsu, tuduh org lain wahabi pulak lagi. Aku tatau nabi mane yg dorg ikut ni.

Ikutkan hati, buat ape nak sibuk kan hal2 camni, janji aku tahu sudah. Tapi takkan nak biarkan aje org lain senang2 bagi hadis nabi, berdusta atas nama Nabi. Kenapela golongan ni yg tak dibetulkan dahulu oleh para azhari&geng2 PMRAM? Kenape puak "wahabi" jugak yg nak diperangi? Belajar kitab2 Yusuf Qaradawi, tapi bile Qaradawi kate bid'ah ni semua sesat tanak ikut. Yang dorg ikut ulama nusantara jugak (sufi).. Yg dorg ikut ulama kerajaan Mesir jgk, walhal kt negara sendiri menentang kerajaan.

Tapela, benarlah pejuang sunnah akhir zaman ni ghuroba, pelik, bohemian. Ni baru ujian yg sikit. Kene usaha lagi.

Biarlah Aku Dipanggil Wahabi
Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi...
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari Nabi...
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi...

إن كان تابع أحمد متوهبا فأنا المقر بأنني وهابي
Jika orang yang mengikuti Nabi Muhammad disebut Wahhabi
Maka saya mengikrarkan bahwa diri saya adalah seorang Wahhabi

Mohd Peng


6 comments:

  1. haha,, manakan bisa menolak ulama khalaf sedangkan ulama khalaf itu yg mewarisi ilmu dr ulama salaf, maka jika ditolaknya satu, maka pincang lah ilmu itu.

    ReplyDelete
  2. aku ada seorang kawan, dia bgtahu aritu dia ada cakap dgn seorang sahabat international
    dia kata kat negara dia soal wahabi ini dibincangkan antara oleh kalangan ahli sahaja, iaitu alim ulama, cuma kat malaysia je pelik, semua nkn turun padang, yg baru berjinak-jinak dgn idealogi salfi pun dah berani nak turun padang juga

    ReplyDelete
  3. sape ni?

    manakan bisa menolak ulama salaf sedangkan ulama salaf itu yg mewarisi ilmu dari nabi, dengan sanad yg betul. Bukan sanad palsu, mcm puak syiah & sufi.

    Aku kt mesir ni, kawan2 arab sunnah aku rilek je bincang hal ni. Kat pakistan & india, ustaz aku yg belajar kt sane pun kate benda same berlaku, sampaila ulama2 dorg memilih jalan tengah. Sampai bile nak eksklusifkan islam? Nak jadi macam kristian?

    Kesimpulan yg kau nak cakap ape? Sufi benar, asya'iroh benar? salafi sesat?

    ReplyDelete
  4. macam nak tahu berasal dari ulama salaf jika pnghubungnya sudah ditolak.
    kegagalan teori evolusi ialah kerana para ahli evolusionis gagal menunjukkan bukti2 haiwan perantaraan dari seekor reptilia kepada mamalia

    ReplyDelete
  5. kalau penghubungnya tak reka hadis palsu tapelah jugak. Ni dah belajar kt uni azhar pun nak reka hadis palsu lagi.

    Anyway zaman dari generasi salafussoleh lagi kegiatan merekod & menulis naskhah quran & hadis da start.

    Pastu aliran al-ra'y di kuffah (iraq), ade yg tak dapat hadis dan dapat hadis palsu. Benda2 macam ni la yg nyebabkan mereka melebihkan ijtihad akal daripada hadis.

    Saudara kalau tak tahu belajar. Jangan main kata-kata sahaje. Nampak sgt jahilnya tu.

    ReplyDelete
  6. patutla ko kena wahabi..sbb ko yg sbukkan bnda remeh temeh ni,
    yg ni nabi xbuat,yg itu nabi xbuat,
    xpayah sbukkan bnda2 ni,buat dulu amar makruf nahi mungkar yg bsar2,
    pas2 ko tuduh org nk perang wahabi..
    sdangkan korg dok sbukkan bnda2 yg xperlu...
    ak dok arab2 kuliah pon sma,itu bidah,ini bidah nabi xbuat,
    yg ko pkai jam tgn 2,naik kete 2 nabi buat ker??
    sdah la,sma2 kite bendung msalah soail yg smkin mruncing ni!!!

    ReplyDelete