Kali ni aku tulis pasal Dr Yusuf Qaradawi skit dan penyalahgunaan kata-kata Ibnu Taimiyyah dalam nak menghalalkan Perayaan Maulid Nabi. Dan aku nak nyatakan, aku dari kalangan yg sederhana, wasatiyyah, aku banyak ikut pendapat Dr Yusuf Qaradawi berbanding Syeikh Soleh Fauzan.
Sebelum tu aku nak share satu artikel ttg dari mana asalnya sambutan maulid nabi ni. Secara ringkas, orang Syiah Fatimiyyah yg reka benda alah ni. Sila rujuk ke link --> Syiah Fatimiyyah Reka Perayaan Maulid.
Cintakan Nabi? Ikutlah sunnah.
Tinggalkan bid'ah. Bid'ah ni semua buruk, tade yg baik.
Tade bid'ah hasanah.
Dr Yusuf Qaradawi adalah antara ulama yg menolak pembahagian bid'ah dan menolak kewujudan bid'ah hasanah(baik). Tetapi dalam perkara Sambutan Maulid, beliau ringan skit, mungkin atas alasan maslahah(keuntungan) umat. Kalau majlis maulid yg dibuat tu diisi dengan pemahaman tentang sejarah Baginda Nabi saw dan lain-lain majlis ilmu, mungkin itu tak menjadi masalah sangat walaupun majlis tu boleh dibuat pada hari yg lain. Ini selaras dgn kaedah fiqh mengutamakan mudharat yg lebih ringan bila wujudnya banyak mudharat.
Tetapi jika majlis sambutan maulid itu dipenuhi dgn aktiviti yg banyak mendatangkan keburukan seperti berarak sambil berselawat di tengah jalanan dan sebagainya, aku rasa aktiviti2 macam ni tak termasuk dalam sambutan maulid yg dibenarkan Dr Yusuf Qaradawi, malah ini jelas bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat dan yg sesat di neraka. Seolah-olah Nabi saw ajar berarak hari bday dia. Sedangkan ulama berbeza pendapat tentang tarikh lahir nabi dan majoriti berpegang bawaha Baginda saw lahir pada 9 rabiul awal, bukan 12 rabi'ul awwal.
Tapi kalo fitnah orang, ini jelas salah. Hari tu ada sahabat aku dari Kaherah menabur fitnah terhadap Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam bab akidah. Beliau menghukum pembahagian tauhid kepada tiga(Rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wassifat) oleh Ibnu Taimiyyah sebagai sesat. Tapi tak tahula kalau beliau nak guna hujah Ibnu Taimiyyah bab maulid Nabi ni. Aku tanak citer pasal kawan aku ni, sama-sama kita doakan agar kawan aku ni dilembutkan hati utk berkata benar, termasuklah berhati-hati dalam menaqal hadis sbb kawan aku ckp ade hadis palsu dalam blog beliau. Tapi amat malang lagi, ade sebilangan golongan sufi yg putar belit kata-kata Ibnu Taimiyyah kononnya Ibnu Taimiyyah membenarkan Perayaan Maulid Nabi.
Aku tgh cari hard copy kitab "Iqtido Sirotul Mustaqim" karangan ibnu taimiyyah versi yg ditahqiq Prof. Dr. Nasir bin ‘Abdil-Karim Al-‘Aql hafidhahullah. Tapi malang sekali aku ade masalah peribadi skit dgn pustaka Darul Salam caw. alex, insyaAllah lepas exam settle dan lepas seminggu merayu, akhirnya pihak universiti membenarkan aku utk amek paper surgery yg aku tak amek dulu sabtu ni. Aku tak cukup masa ni.
So buat sementara waktu, aku just tanye kawan2 kt forum www.al-fikrah.net & ade soft copy sahaje.
Sape2 yg nak soft copy boleh download kt link ni --> Iqtido Sirotul Mustaqim
--------------------------------------------------------------
Balik kepada tajuk, ada sebilangan golongan sufi yg bersifat ghulu' telah mempergunakan kata-kata Ibnu Taimiyyah, kononnya Ibnu Taimiyyah membenarkan Majlis Perayaan Maulid Nabi. Aku tak generalize ya, ada gol. sufi yg bagus dan terbuka, sebagai contoh Ustaz Zamzaini dari unit mutazawwijin Alex. Walaupun aku berbeza banyak hal dgn dia, tapi dia terbuka dan tanak gado2 sesama islam dan aku mendoakan agar dia bersama dgn manhaj salafussoleh. amen.
p/s: Ni aku copy skit2 dari blog kawan sealiran.
Golongan sufi yg ghulu'@ekstrim tadi petik kata-kata Ibnu Taimiyyah kt bawah ni utk menghalalkan Majlis Perayaan Maulid Nabi dgn pelbagai amalan2 yg tidak warid dari Nabi saw:-
فتعظيم المولد ، واتخاذه موسمًا ، قد يفعله بعض الناس ، ويكون له فيه أجر عظيم لحسن قصده ، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم
“Adapun mengagungkan maulid dan menjadikannya acara rutin, segolongan orang terkadang melakukannya. Dan mereka mendapatkan pahala yang besar karena tujuan baik dan pengagungannya kepada Rasulullah SAW..”
(Dorg kata kata2 ni ada dalam Kitab Iqtidha sirathal Mustaqim cet. Darul Fikr Lebanon th.1421 H hal 269)
Dulu ada asatizah azhar yg ikut aliran sufi mendakwa Dr Asri, mantan mufti amik separuh-separuh. Sekarang kita tengok, sapa yang amik separuh-separuh. Semoga hati2 mereka menjadi lembut untuk berkata benar secara tak lansung mengurangkan perpecahan umat.
Kita tgk kata-kata Ibnu Taimiyyah tadi dgn lebih lengkap:-
فتعظيم المولد، واتخاذه موسمًا، قد يفعله بعض الناس، ويكون له فيه أجر عظيم لحسن قصده، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم، كما قدمته لك أنه يحسن من بعض الناس، ما يستقبح من المؤمن المسدد . ولهذا قيل للإمام أحمد عن بعض الأمراء : إنه أنفق على مصحف ألف دينار ، أو نحو ذلك فقال : دعهم ، فهذا أفضل ما أنفقوا فيه الذهب ، أو كما قال . مع أن مذهبه أن زخرفة المصاحف مكروهة . … إنما قصده أن هذا العمل فيه مصلحة ، وفيه أيضًا مفسدة كره لأجلها . فهؤلاء إن لم يفعلوا هذا ، وإلا اعتاضوا بفساد لا صلاح فيه ، مثل أن ينفقها في كتاب من كتب الفجور
See? Dorg tinggalkan ayat, "bahawasanya itu baik untuk sebahagian orang tapi tidak baik untuk Mukmin yang lurus…."
“Adapun mengagungkan maulid dan menjadikannya acara rutin, segolongan orang terkadang melakukannya. Dan mereka mendapatkan pahala yang besar kerana tujuan baik dan pengagungannya kepada Rasulullah SAW, sebagaimana yang aku telah jelaskan sebelumnya bahawasanya itu baik untuk sebahagian orang tapi tidak baik untuk Mukmin yang lurus….
Oleh karena itu, dikatakan kepada imam Ahmad tentang beberapa Umara: Sesungguhnya umara tersebut telah menginfaqkan 1000 dinar untuk sebuah Mushaf. Maka beliau berkata:”biarkan mereka melakukan itu, itulah infaq terbaik yang dapat mereka lakukan dengan emas”, Padahal mazhabnya memakruhkan menghias Mushaf-Mushaf…. Sesungguhnya Qasadnya pada amal ini adalah maslahah, dan sekalipun padanya ada mafsadah yang dibenci.
Jika mereka tidak melakukan itu, maka mereka akan melakukan keburukan lain yang tidak ada kebaikan padanya, seperti menginfakkannya untuk kitab-kitab tak bermoral".
Dan disambung dgn riwayat dari Imam Ahmad tentang kisan infaq 1000 dinar tu.
Dalam kitab yang sama halaman 732 ibnu Taimiyah Juga Mengatakan :
من كانت له نية صالحة أثيب على نيته وإن كان الفعل الذي فعله ليس بمشروع إذا لم يتعمد مخالفة الشرع
“Barangsiapa memiliki niat yang soleh, maka ia akan diberi pahala, sekalipun perbuatan yang dilakukannya tidak syar’i, jika ia tidak sengaja menyalahi Syariat".
Dalam halaman 619 disebutkan:
قد يثيبهم على هذه المحبة والاجتهاد لا على البدع
“Terkadang mereka diberi pahala karena kecintaan dan ijtihadnya bukan atas bid’ahnya”
Dalam halaman yang sama Ibnu Taimiyah kembali menegaskan
وأكثر هؤلاء الذين تجدهم حرَّاصاً على أمثال هذه البدع-مع ما لهم فيها من حُسن القصد والاجتهاد الذي يرجى لهم بهما المثوبة - تجدهم فاترين في أمر الرسول صلى الله عليه وسلم عما أُمروا بالنشاط فيه ، وإنما هم بمنزلة من يزخرف المسجد ولا يصلي فيه ،أو يصلي فيه قليلاً ،وبمنزلة من يتخذ المسابيح والسجادات المزخرفة، وأمثال هذه الزخارف الظاهرة التي لم تُشرع ،ويصحبها من الرياء والكِبْر ،والاشتغال عن المشروع ما يفسد حال صاحبها
"Adapun kebanyakan orang yang gigih dalam melakukan kegiatan bid’ah peringatan Maulid Nabi itu – yang mungkin mereka mempunyai tujuan dan ijtihad yang baik untuk mendapatkan pahala – bukanlah orang-orang yang mematuhi perintah Rasulullah saw dengan semangat. Mereka adalah seperti kedudukan orang-orang yang memperindah masjid, tetapi tidak solat di dalamnya, atau hanya melaksanakan solat malam di dalamnya dengan sedikit, atau menjadikan tasbih dan sajadah hanya sebagai hiasan yang tidak disyari’atkan. Tujuannya adalah untuk riya’ dan kesombongan serta sibuk dengan syari’at-syari’at yang dapat merusak keadaan pelakunya”.
Ideanya kt sini, islam ni agama yg praktikal dan sempoi. Kau nak buat ape masjid besar2, tapi dalamnya kosong. Kau nak buat ape sejadah ada batu kt tempat sujud & cantik, tapi solatnya tak ikut Nabi saw. Kau nak buat ape tasbih besar-besar, tapi zikir pagi dan petang yg sunnah tu kau tak amalkan. Kau nak buat ape berarak hari maulid, puji Nabi saw itu ini, tapi sunnahnya kau tak ikut. Kau nak buat ape majlis Maulid nabi gah2 giler, tapi pejuang sunnah kau fitnah, kau label dorg sbg wahabi. Ape kau nak jadi?
Malulah kt Allah.
Anyway aku tersentuh dgn nasihat Qaradawi kt Ustaz Nasharuddin Mat Isa baru-baru ni tentang merapatkan jurang puak Muktazilah Moden dan puak Zahiriyyah Moden.
Muktazilah ni yg guna logik akal sahaje dalam berhukum dan zahiriyyah yg tak pakai akal lansung. Muktazilah moden tu maksudnye golongan ahli kalam, ahli falsafah, yg banyak bincang bab akidah dgn guna ilmu falsafah sahaja, last2 nama2/sifat2 Allah yg jelas dalam quran satu hapak pun tak sentuh, golongan ini biasanya bermazhab akidah asy'iroh. Nak belajar akidah mesti kene pakai sifat 20, kalo tak pakai sesat. Yg ekstrim lagi pegi hukum golongan sunnah samakan Allah dgn makhluk dan hukum Tauhid tiga sesat. Zahiriyyah moden ni mungkin golongan salafi yg syadid sangat, mungkin macam Ustaz Rasul Dahari.
Klik link ni -> Nasihat Dr Yusuf Qaradawi
Kalau korang nak betul2 pertengahan, aku cadangkan korg ikut Maulana Asri Yusof dari Darul Kautsar Kelantan, Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Fathul Bari, Dr Azwira, Ustaz Md Saiful. Kalo ulama antarabangsa, korang ikut Dr Yusuf Qaradawi, Syeikh Ramadhan al-Bouty, Dr Wahbah Zuhaily... Ulama saudi pun ok. Jangan senang2 percaya dgn fitnah2 terhadap ulama saudi, siasatlah, baru tau. Allahu'alam.
Mohd Peng.
No comments:
Post a Comment