Macam ramai je nak kawen cuti summer nih. Jadi post kali ini citer pasal cane nak melamar wanita mengikut sunnah, adakah salah wanita tawarkan diri kt laki2 yg baik utk dikahwini & artikel tentang penggunaan hadis palsu dalam merendahkan peranan kaum wanita.
Kadang2 kite terbayang puak taliban salu pinggirkan peranan wanita, kononnya mengikut islam.
Tapi sedar tak sedar, perbuatan mengongkong wanita dgn perasaan lebih alim@wara' itu hanyalah bersandarkan kpd hadis-hadis palsu. Namun tidaklah islam membuka kpd wanita sehingga "terbuka" semuanya. Untuk lebih lanjut, sile klik link -> Guna Hadis Palsu Pinggir Peranan Wanita
Kita ke persoalan yang lain pula, bagaimana mahu melamar si dia mengikut sunnah dan adakah perbuatan wanita menawarkan diri kepada lelaki yg soleh adalah salah?
Di sini ingin penulis tekankan tentang label "SOLEH"...
Tidaklah soleh itu terletak pada kopiah si pemakai, mahupun ketebalan lilitan serban.
Tidaklah juga soleh itu terletak pada mereka-mereka yang hanyut berzikir sehingga terbuat bid'ah yang disangka bid'ah hasanah. (p/s - semua bid'ah sesat, tade yg baik..)
Tidak pula soleh itu terletak pada ayat-ayat bunga, kiasan, lembut bermadah dalam ucapan dan percakapan. (p/s - profesional, direct to the point & diam bile perlu lagi bagus)
Tidaklah jugak soleh itu terletak hanya pada ahli-ahli gerakan islam sahaja...
Ulama berbeza pendapat dengan banyaknya dalam memahami hadis2 tentang jamaatun muslimun, jadi usahlah mendabik dada.
Tetapi soleh atau tidak seseorang itu, nilaiannya adalah mengikut sunnah & meninggalkan bid'ah. Inilah nilaian kita.
Ni copy dari al-ahkam.net.
Bagaimana Mahu Melamar si Dia
Disember 16, 2007 — mohd masri
askm, mcmne cara2 utk memikat si dia yg kita minati menurt sunnah?
jawapan:
Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:
1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda
2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.
4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman.
ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si dia menurut asSunnah. selamat mencuba. Sekian WA
Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan" (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
(Artikel ni kawan laki aku bagi, dan dicopy dari http://munajahcinta.wordpress.com/2009/11/09/hukum-nikah-suami-jangan-ikut-sedap-mulut/...)Mohd Peng.
salam.. hehe.. i'm coming.. huhu..
ReplyDeletei like you peng.. boleh tak huraikan sikit mgenai bahasa sindiran kpada gadis idaman
huhu satu g. leh tak cite kan sikit tentang
Ulama berbeza pendapat dengan banyaknya dalam memahami hadis2 tentang jamaatun muslimun,
salam wbt. setia plak kau. haha.
ReplyDeletebahasa sindiran tu aku tataula camane exactly.
Tu sixth sense la kot.
Tentang hadis2 jamaatun muslimun tu kau tgk post aku yg dulu2.ade aku huraikan skit.
http://itspeng.blogspot.com/2009/12/jamaah-lagi-ii.html
tq bace bro.