Thursday, December 17, 2009

Tahap-Tahap Meninggalkan Jamaah

Aku cube tido, tapi gagal lagi. So aku sambung tulis pasal jamaah; tahap2 meninggalkan jamaah. Sablom tu cam beserla, ngarut2 dlu skit.
  • Aku faham dilema ustaz2 yg beraliran asya'iroh. Ramai ustaz2 Azhar melayu drp aliran ni walaupun berbeza dengan majoriti aliran guru-guru mereka di Azhar. Sedangkan mahasiswa-mahasiswa jurusan agama di Jordan & Madinah lebih bersifat terbuka berbanding dengan mereka. Aliran ni mmg berlainan dgn aliran yg aku ikut iaitu aliran hadis atau sunnah atau ansarusunnah atau salafussoleh atau kaum muda... atau ape2 sajela label dan cop.
  • Takde masalah pun bg aku kalo dorg nak kekal dgn aliran tu selagi mana dorg beriman dgn Allah & Muhammad sbg pesuruh Allah serta perkara2 usul yg lain.
  • Tp bile buat fitnah, itu dah keluar dari ruang lingkup ilmiah. Sbb tu aku seru je dorg ni, baik bunuh aku daripada buat fitnah. Macam Dr Asri kate, da abis hujah, gune senjata fitnah. Semoga Allah bukak hati mereka, paling kurang pun untuk menilai due2 belah pihak.
  • Aku harap dorg bersetuju dengan aku bahawa perkara yg lebih utama skang ni adalah utk mengajak org ramai kepada islam, faham islam. Untuk tujuan itu, tak perlu kot kte menyusahkan mad'u tersebut dengan perkara2 yg berat...dan semestinya tak buat fitnah, pegi tuduh org2 yg pakai seluar singkat, ade tande sujud kt dahi, janggut panjang sume ni menyamakan Allah dengan makhluk dan bukan dari kalangan ASWJ. Takutla kt Allah.
  • Sebenarnye, aku bimbang dgn mereka2 yg terlampau yakin dengan kesempurnaan sifat 20 tu. Aku lebih selesa dgn tauhid yg tiga tu.
  • Contohnye jika aku berjumpa dgn sorg kafir, lepas da taaruf pe jadah sume tu, die kate die percaya adenye pencipta alam ni, mebe sbb die dah tak mampu nak create teori, camanela alam ni tercipta. Aku pun kate bagus, die dah ade tauhid rububiyyah.
  • Pastu kami berbincang dan berdebat dgn baik, aku pun ajak die percaya yg pencipta tu satu. Kt sini mungkin akan pakai logik akal or ilmu kalam tu.
  • Camane2 pon, org kafir tu ttp akan kalah debat tu, sbb tak mungkin pencipta ni ade lebih dari satu. Simple je logik die. Kalo die percaya, secara tak lansung, die dah mengesakan pencipta, mengesakan tuhan. Tak ke die dah ade tauhid uluhiyyah?
  • Then kami sambung bincang, bagaimana plak sifat pencipta ni. Kt sinilah aku berpegang dgn manhaj salafussoleh, utk tak mendahului akal daripada nas, sbb manhaj ni lebih selamat bagi aku. Kalo Allah kate die bertangan, aku beriman Allah bertangan, tangan die tak same ngan makhluk dan aku tak fikir panjang dah camane tangan die, tu bukan keje aku sbg hamba Allah. Yangg penting aku dah percaya tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah.
  • Aku bimbang dgn mereka yg terlampau yakin dgn kesempurnaan ilmu kalam. Contohnya, kalau Allah kate sifat die pengasih dan penyayang, ade tak org akan fikir, Allah ni ade seketul hati ke? Camane Allah bleh bersifat pengasih dan penyayang ni?
  • Kalau aku, aku jawab balik, perlu ke tuhan memiliki seketul hati utk bersifat pengasih dan penyayang? Manusia perlula (hati or jantung or otak...pape jela)...
  • Soalan ni sepatutnye tak timbul kalo org tu bukan dari kalangan mujassimah or menjisimkan Allah, samekan Allah dgn makhluk. Kalo camtu, aku bleh cakap, bile org kate "Allah berkata", adakah itu maksudnya Allah ade mulut? Perluke Allah memiliki mulut utk berkata-kata?
  • See? Nampak tak bahana ilmu kalam ni? Memerangkap diri senirik.
  • Contoh lain, surah toha ayat 5, Allah bersemayam di atas 'arash. Maka adela dari kalangan umat islam yg bimbang takut org murtad or perlekeh akidah islam pegi takwil(tukar) ayat tu kepada "Allah yg mentadbir alam ini."
  • Satu persoalan mudah, kenape tukar ayat tu? Jangan ta'til(tolak) ayat tu... bahaya tu.
  • Kenapa takwil? Sbb tak kene dengan logik akal kte? Bimbang kalo org persoal, "kalau Allah duduk atas 'arash, maknanye 'arash lebih besar dari Allah dan ini dah berlawanan dgn sifat Allah yg paling or maha besar itu..cane tu?"...
  • Bimbang org persoal macam tu? Tak bimbang ke kalau tetibe kte dah tertolak sifat Allah tu? Ape? Nak menyusahkan bahasa arab? "'ala" tu ade 14 maksud?
  • Pening nak paham aliran asya'iroh ni. Tapela, nak takwil, takwilla, asal jgn melampau sudahla. Dan janganlah pulak pegi hukum orang yg tanak amek risiko menakwil(menukar) ayat2 tu sbg mujassimah, INI JELAS FITNAH!!
  • Budaya fitnah2 ni la nyebabkan umat islam susah nak bersatu.
  • Jadi marilah kte kembali kepada manhaj salafussoleh... Kalo tanak sekalipun, tayahla pegi buat fitnah.
Tapela, biarlah bazir mase aku melayan isu yg tak abes-abes ni, kte pendakwah, kene banyak bersabar.

Anyway aku nak sambung skit pasal jamaah hari tu.

Tahap2 Meninggalkan Jamaah (Mengikut pengertian post hari tu)

Aku merujuk kepada tulisan Dr Salah al-Sawi, sorg aktivis Ikhwan Muslimin.

1. Riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda:

الا إن من قبلكم من آهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملّة وإنّ هذه الملّة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النّر وواحدة في الجنّة وهي الجماعة

Maksudnya: "Sesungguhnya ahli kitab sebelum kalian berpecah-belah dalam agama mereka sehingga tujuh puluh dua kelompok dab sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok, semuanya di dalam nereka kecuali satu iaitu Jamaah"

Aku ringkaskan - Sesiapa yg membuat takwilan yg salah, tetapi masih beriman dgn nas-nas tersebut pada zahir dan batinnya, pada dalam dan luar, maka tak dikira terkeluar dari jamaah. Tapi jika sesiapa yg pada batinnya, dalamnya (dalam hati la) tak beriman, maka org ini dianggap kafir pada hakikat yg sebenarnya.

Contohnya macam golonga Khawarij yg senang2 kafirkan umat islam, melakukan bid'ah dan memerangi umat islam. Tidak ada di kalangan para sahabat termasuk Ali bin Abu Talib yg mengkafirkan mereka bahkan mereka (para sahabat) menghukum golongan Khawarij seperti orang islam yg zalim dan melakukan kerosakan.


(Rujuk - al-Iman, Ibn Taimiyyah, hlm 205,206. Ade khilaf ttg kekafiran khawarij ni..)

2. Hadis yg ditakhrijkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:

لا يحلّ دم امرىءٍ مسلم يشهد أن لاإله إ ّلا ألله وأنّي رسول الله إ ّلا بإحدي ثلاث الّثّيب الزّاني والنّفس بالنّفس والتّارك لدينه المفارق للجماعة

Maksudnya: "Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan saya sebagai Rasulullah melainkan dengan salah satu daripada tiga sebab: jiwa dibalas dengan jiwa(qisas), janda yang berzina, orang yg murtad dari agamanya yang meninggalkan jamaah."

(Rujuk - Ibn Hajr, Fath Bari, jil. 12 hlm. 201; Nawawi, sahih muslim bi Sharh al-Nawawi jil. 11 hlm. 163)

Aku ringkaskan - sape2 yg keluar kerana menolak nas-nas syarak tanpa sebarang takwil or takwil melampau2 sampai dah macam ingkar or mengharuskan perkara yg telah ijmak keharamannya or mengharamkan perkara yg telah ijmak keharusannya, maka die dikire terkeluar dan murtad, contohnya puak Qaramitah.

Pastu, Dr Salah ade sebut pasal bahaya sekularisme. Mmg kalo kt Malaysia, sape2 yg kuat PAS sedia maklum tentang hal ni. Sekularisme ni mengasingkan agama dgn dunia, samada beranggapan bahawa agama ni hanya upacara ritual or ibadat semata-mata or merasakan sebahagian drp syariat agama ni tak seswai dgn zaman sekarang.
Tp aku nak tambahla, bagi aku, kalo org tu sekular dalam keadaan yg jahil, itu bukan totally salah die, salah kte jugak yg tahu tanak bagitau kt die, salah kte jugak gune pendekatan yg tak betol dgn die sampai die siap melawan dakwah kite.. contohnya memulakan dakwah dgn duk citer pasal hukum hudud dan negara islam. Tak kene tu, fahamilah sunnah tadarruj, sunnah berperingkat-peringkat. Bukannya duk 4-10 tahun kt Mesir, ade ijazah & sarjana, balik2 Malaysia terus nak buat negara islam...
Aku nampak peningkatan pd Dr Mahathir dlm aspek kefahaman islam.
Mmg tak nafi dulu die agak lantang hina sunnah.
Tp bab palestin & yahudi, diela antara pemimpin islam yg paling berani mase zaman die jd PM.
Dan bile timbul isu sebat Kartika, peningkatan terhadap fahaman die cukupla utk melegakan aku, at least, mungkin dah ade org nasehat die yg perbuatan die dulu tak betol dan mungkin die dah bertaubat. Semalam aku bace berita, die persoal tentang peranan OIC dalam nak satukan umat islam. Alhamdulillah, aku doakan semoga Allah bagi hidayah kt kte sume.

Ade beza ahli politik islam, ahli politik kafir dan ahli politik islam yg mmg nak berdakwah (tanpa mengharapkan keuntungan dunia...)


Qadi Abu Ya'la berkata:

"Tidak menyeru kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran melainkan orang yang faqih tentang suruhan dan tegahan yang dilakukannya, orang yang lemah lembut dalam melakukan seruan dan pencegahan dan penyayang dalam melakukan kedua-duanya"

(Rujuk - Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jil. 28, 137)


فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩


Maksudnya: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (ali-Imran:159)

Sambung lenkali, kte tengok camane tafsiran jamaah dalam nas-nas syara' kategori kedua.

Time kaseh bace. Allahu'alam

Mohd Peng.

No comments:

Post a Comment