Tuesday, December 15, 2009

Jamaah Lagi II

Masih demokrasi, kalau ade sape2 yg boleh bagi walau 1 hujah pun, kenape aku harus keluar dari manhaj salafussoleh @ ahli sunnah waljamaah, aku akan keluar.. Akhir2 ni ramai ustaz2 yang mengaku ahli sunnah waljamaah, pendek kate, jangan mudah tertipu dengan ustaz2 yg camtu.

Kalo kte tak setuju dengan dorg, dorg akan kate kte takde adab dengan ulama, or even akan cop kte wahabi. Pastu dorg plak sedap2&senang2 je pegi mengaku ahli sunnah, dorg gune perkataan "Ijmak", "Jumhur", "Ulama"...dalam berhujah. Org mintak hadis tanak bagi, at least bagila hadis.. takkan sume benda nak ijtihad je keje...? Hadoi, tang mane rujukan dorg, tataula aku...
Semoga Allah bagi hidayah kt kte sume.

Aku nak sambung tulis pasal jamaah muslim dalam post ni.

  • Aku tak sempurna, tp perilaku aku bukanlah nilaian utk kte kenal camane manhaj salafussoleh.
  • Walobagaimanepon, kte mesti mencuba, at least mati mencuba.
  • Bile aku sembang dgn ayah aku, contohnye sembang pasal sorg bekas menteri, Abdullah Mat Zain, ayah aku kate die tu pelik, camanela bleh masuk Umno.
  • Aku tapenah tanye pasal Ustaz Amran Kasimin, tp aku yakin, jawapannye mesti same.
  • Same jgk dgn ustaz Afandi yg lead biro agama Pemuda Umno skang. Ustaz Nakhai Ahmad ke. Same je, aku yaken.
  • Bile tanye pasal Dr Asri, mantan mufti Perlis, jawapan die, benda furu' tayah besar-besarkan, kenape nak perangkap diri dalam benda2 cabang? Banyak lagi benda yg lebih besar...
  • Amende yg lebih besar aku pun tak paham. Sibuk lawan umno, anak muda rosak pun tak sedar? Sibuk lawan Umno, sampai raya pun taleh melawat atuk sedara senirik yg kuat Umno?
  • Ni sume jenayah intelektual oleh agamawan yang mahukan pangkat dan kuasa.. Bukannye berjuang atas dasar prinsip sangat pon. Pastu kesannya kt ayah aku. Cibai tol.
p/s: ayah aku org kuat PAS. Aku harap cawangan2 takkan calonkan die lagi pasni utk bertanding dalam pilihanraya umum... Aku suke ayah aku yg berdakwah, aku tak suke ayah aku yg duk hentam orang Umno, sbb bagi aku, itu bukanlah sifat org mukmin, Umpatan yg dibuat bukan utk pengajaran atau mengajar pemimpin, tapi sebab nak kan kuasa.. Aulawiyat zaman ini jatuh kepada mendidik masyarakat tentang islam, bukannya gado2 nak buat negara islam.. Nak pakai tudung labuh pun susah, inikan nak paham ttg hukum hudud.

  • Kalo ade golongan agamawan duduk dlm Umno, ramai ustaz2 yg akan petik kate2 Ustaz Nik Aziz, "Kalo duduk dalam lubang taik, nanti kenela tempias die skali..."
  • Walopun ustaz Nik Aziz dikatakan satu aliran dgn aku, salafi, tp aku tak setuju dgn pendapat die tu. Bagi aku, hal2 politik ni, kebanyakkannya adalah ijtihad ulama sahaja, takde dalil yg qot'ie yg membolehkan kte berperang dgn Umno, ataupun kerajaan @ pemerintah kte, ulil amri kte tu. Malah ade dalil yg suruh kte taat kpd pemerintah...
  • Tambahan plak, mengharamkan mane2 gol. agamawan atau mereka yg bfikrah islam, yg berhasrat utk membawa fahaman&pengamalan islam ke dalam Umno dan Barisan Nasional adalah satu pandangan yg merugikan, tidak menguntungkan umat islam...
  • Kan bagus, kalo kte semangat giler utk bdakwah, tak campur politik sgt, sedar2 bleh buat usrah ngan Datuk Najib, terang kt die pasal islam, terang kt die kewajipan die sbg sorg pemimpin islam utk mjadikan malaysia sbg negara islam yg mengamalkan undang2 islam... Kalo dapat dakwah JKKK Umno pun kire ok da kan.
  • Tak pun macam walid bdak2 mara kt alex ni, Ustaz Ishak, die citer kt aku, die tak kesah name Islam Hadhari, tp die buat je program2 islamik, peruntukan pun dapat, program jalan, dakwah pun jalan. Tak pening2 sgt. Tak pening2, nak kene hasut org ramai yg islam hadhari tu tak betol, yg betol hadharah islamiyyah, pastu org pun benci Umno, pastu kte pun terlupe nak ajak die solat, die plak kekal minum arak, tapi pangkah PAS. Kan rugi tu...
  • Jadi aku nampak pentingnya kte faham ttg jamaah muslim ni.

Jadi, apekah makne jamaah?

Jamaah - Kategori Pertama Nas-Nas Syarak


Ade beberapa kategori. Post ni untuk kategori pertama. Panjang tau.

Jamaah = Satu perhimpunan atau perpaduan di atas prinsip-prinsip utama yang telah disabitkan oleh quran, sunnah dan ijmak. Lawan kepada jamaah mengikut kategori ni adalah perpecahan dalam agama islam, Jadi golongan yang menyalahi jamaah ini merupakan golongan yg sesat dan mereka yg tunduk kepada hawa nafsu.

Dalam kategori ini, tidak disyaratkan bilangan yang banyak ataupun sedikit, yang penting bertepatan dengan kebenaran. Mintak maap cakap, kitab ni kate sebagaimana ikutan manhaj golongan salafussoleh yang sentiasa melazimi kebenaran, mengikuti sunnah dan menjauhi perkara bid'ah.

Mari lihat dalil-dalil tentang jamaah dalam kategori ini:-

1. Riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda:

الا إن من قبلكم من آهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملّة وإنّ هذه الملّة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النّر وواحدة في الجنّة وهي الجماعة

Maksudnya: "Sesungguhnya ahli kitab sebelum kalian berpecah-belah dalam agama mereka sehingga tujuh puluh dua kelompok dab sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok, semuanya di dalam nereka kecuali satu iaitu Jamaah"

2. Hadis yg ditakhrijkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:

لا يحلّ دم امرىءٍ مسلم يشهد أن لاإله إ ّلا ألله وأنّي رسول الله إ ّلا بإحدي ثلاث الّثّيب الزّاني والنّفس بالنّفس والتّارك لدينه المفارق للجماعة

Maksudnya: "Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan saya sebagai Rasulullah melainkan dengan salah satu daripada tiga sebab: jiwa dibalas dengan jiwa(qisas), janda yang berzina, orang yg murtad dari agamanya yang meninggalkan jamaah."

(Rujuk - Ibn Hajr, Fath Bari, jil. 12 hlm. 201; Nawawi, sahih muslim bi Sharh al-Nawawi jil. 11 hlm. 163)

3. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

الصّلاة المكتوبة إلى الصّلاة الّتي بعدها كفّارة لما بينهما قال والجمعة إلى المعة والشّهر إلى الشّر إلى الشّهر يعني رمضان إلى رمضان كفّارة لما بينهما قال ثمّ قال بعد ذلك إلّا من ثلث قال فعرفت أنّ ذلك الامر حدث إلّا من الإشراك بالله ونكث الصّفقة وترك السنّة قال أمّا نكث الصّفقة أن تبايع رجلّا ثمّ تخالف إليه تقاتله بسيفك وأمّا ترك السّنّة فالخروج من الجماعة

Maksudnya: "Solat fardhu hingga ke solat seterusnya adalah kifarat bagi apa (yg berlaku) di antara keduanya, katanya, "Dan Jumaat ke Jumaat, bulan ke bulan (Ramadhan) adalah kifarat antara keduanya." Baginda berkata selepas itu, "kecuali tiga perkara," katanya, "Saya tahu bahawa perkara tersebut akan berlaku kecuali menyekutukan Allah, Nakthu al-Safaqah(melanggar bai'ah) dan meninggalkan sunnah." Katanya lagi, "Adapun Nakthu al-Safaqah ialah kamu memberikan bai'ah kepada seorang lelaki kemudian kamu menentangnya dan membunuhnya dengan pedangmu. Adapun meninggalkan sunnah ialah keluar daripada jamaah." (Rujuk - Musnad Imam Ahmad, jil. 3, hlm. 229)

  • Jamaah mengikut kategori ini bermaksud melazimi kebenaran, tak kirelah walopun hanya kita sorg diri.
4. Sebab itu Abdullah Bin al-Mubarak apabila ditanya mengenai Jamaah yang mesti diikuti, beliau menjawab ia adalah Abu Bakar dan Umar. Beliau terus membilang nama-nama sehingga sampai kepada Muhammad bin Thabit dan al-Husain bin Waqid. Dikatakan kepadanya, "Mereka semua sudah mati, jadi siapakah di kalangan kita yang masih hidup?" Beliau menjawab, "Abu Hamzah al-Sukari!" (Rujuk - Imam al-Shatibi, al-i'tisom, jil. 2 hlm. 266)

5. Ishak bin Rahawayh meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umat Muhammad di atas kesesatan. Apabila kamu melihat perselisihan berlaku, maka hendaklah kamu mengikut al-Sawad al-A'zam." Seorang lelaki bertanya, "Wahai Abu Ya'qub, siapakah al-Sawad al-A'zam tersebut?" Lalu beliau berkata, "Muhammad bin Aslam dan para sahabatnya serta siapa yang mengikuti mereka."* Jika kamu bertanya orang jahil tentang al-Sawad al-A'zam, pasti mereka akan menjawab, "Sekelompok di kalangan manusia." Mereka tidak tahu bahawa Jamaah adalah orang alim yang berpegang kepada Sunnah Nabi saw dan teladannya. Maka sesiapa yang bersama-samanya dan mengikutinya, merekalah jamaah." (Rujuk - al-Shatibi, al-I'tisom, jil. 2, hlm 267)

*Sahabat2 yg disebut name dlm hadis kt atas ni bukanlah mewakili jamaah masing2 berdasarkan diri masing2, tetapi berdasarkan manhaj dan aliran.

6. Na'im bin Hammad berkata:

"Apabila jamaah itu rosak maka hendaklah kamu mengikut perkara apa yang diamalkan oleh jamaah tersebut sebelum ia rosak sekalipun tinggal kamu seorang diri." (Rujuk - Ibn. Qayyim, Ighath al-Lahfan, jil. 1 hlm 70)

7. Amru bin Maimun al-Uwadi menceritakan beliau pernah mendengar Abdullah bin Mas'ud berkata:

"Hendaklah kamu bersama jamaah, sesungguhnya tangan Allah bersama jamaah." Pada satu hari saya terdengar beliau berkata, "Kamu akan dipimpin oleh para pemerintah yang akan melewatkan sembahyang daripada waktunya, maka hendaklah kamu tunaikan sembahyang pada waktunya kerana ia adalah kewajipan dan bersembahyanglah kamu dengan mereka. Sesungguhnya ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu." Beliau (Amru bin Maimun) berkata, "Saya berkata, Wahai para sahabat Muhammad! Saya tidak faham apa yang kalian ucapkan." Abdullah berkata, "Apadia?" Saya berkata, "Kamu menyuruh saya bersama jamaah dan menggesa saya kepadanya kemudian kamu berkata sembahyanglah kamu seorang diri kerana ia suatu kewajipan dan sembahyanglah dengan jamaah kerena ia suatu amalan sunat." Katanya, "Wahai Amru bin Maimun! Sesungguhnya saya menganggap kamu orang yang paling faqih di kalangan masyarakat desa ini, adakah kamu tahu apakah jamaah itu?" Saya berkata, "Tidak." Beliau menegaskan, "Sesungguhnya kebanyakan(ahli) jamaah telah meninggalkan jamaah. Jamaah itu adalah apa yang bertepatan dengan kebenaran sekalipun tinggal kamu seorang diri."

Dalam satu riwayat lain, beliau memukul pahaku lalu berkata, "Celaka engkau! Sesungguhnya kebanyakan manusia telah meninggalkan jamaah. Sesungguhnya jamaah itu ialah apa yang menepati ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla." (Rujuk - Ibid, jil. 1 hlm 69-70)

8. Sahl bin Abdullah al-Tustari rahimahullah ditanya:

"Bilakah seorang lelaki dapat mengetahu dia berada di atas sunnah dan jamaah?" Jawabnya, "Apabila mengetahui ada sepuluh ciri pada dirinya; tidak meninggalkan jamaah, tidak mencerca sahabat Nabi saw, tidak keluar memerangi umat ini dengan pedangnya, tidak mendustai qadar, tidak ragu kepada keimanannya, tidak bermain-main dalam agama, tidak meninggalkan solat(jenazah) ke atas sesiapa yang mati dari ahli kiblat sekalipun berdosa, tidak meninggalkan basuhan ke atas khuf dan tidak meninggalkan solat jemaah di belakang setiap pemimpin samada yang zalim ataupun adil." (Rujuk - al-Ika'iy, Sharh Usul I'tiqod Ahl Sunnah wa al-Jamaah, jil. 1 hlm 183)

Jadi jelas, jamaah dalam kategori ini bermaksud melazimi kebenaran, walopun seorang diri.

Atas pengertian inilah, aku akan terus cube memahami dan mengamalkan manhaj salafussoleh.

Sbb da panjang sangat, aku sambung lenkali, tentang cane ciri2 yg dikire keluar drp jamaah mengikut pengeritan dalam kategori pertama ni.

Allahu'alam. Time kasih bace.

Mohd Peng.


2 comments:

  1. untuk mohd peng

    kalau ko cari hidayah
    kalau ko sebarkan hidayah

    aku yakin yang Allah
    akan kasik mudah

    teruskan berdakwah!!

    nota : tapi, kasik tune sikit lagi personaliti. kasik mantap pakej.

    ReplyDelete