Friday, December 25, 2009

Aku yang celaru

Aku tahu, ramai budak2 duk kutuk2 aku.
Tp yg tergerak hati nak cakap depan2, takde sorg pun.
Melainkan kawan2 satu geng.

Yg lain2 sume tu, yg berkopiah ke, kepala musyrif ke,
sume sedap ngumpat belakang2.
Buat cerita kt budak2 perempuan.
Macam2..

Kononnya aku belajar tanpa guru.

Selama ni aku terlampau ikutkan hati.
Bile ade org buat fitnah kpd aliran yg aku ikut,
aku akan konfran.
Buruk skit, aku akan maki hamun kalau die degil jgk.

Tp kesannya buruk, dorg pun tanak faham ape yg aku cakap,
walaupun baik, malah dorg kutuk2 aku plak.
Kalau kutuk aku saje takpe,
tapi kalau kutuk kalam2 ulama yg aku petik,
hadis2 yg aku petik,
aku risau dorg tertolak kebenaran tu.

Ini semua disebabkan sebilangan mahasiswa azhar.
Aku tak salahkan dorg sepenuhnya.
Dorg pun tak sedar dorg tengah taksub.

Tp sebab aku yg tegur ni budak medic,
akhlak aku plak camni,
so nampak macam aku menentang ulama plak.

Budak2 medic lain pun ingat aku ni menentang ulama.
Aku pun panas, aku pun konfran lagi.

Api lawan api, mmg takde kesan.

Kalau ikutkan hati, mmg aku rase nak hentak je sume org.
Rase macam aku ni penuh dgn machine gun, tp tatau nak tembak sape.

Aku tatau sape yg suke sangat kutuk2 aku, ngumpat2 aku.
Sbb dorg tak berdepan dgn aku.

Dahla aku paranoid.

Org lain rase senang kot kawal baran.
Tp aku rase susah.

Takkanla aku masuk lecture hall,
aku rase ade org pandang aku cam sial,
pastu aku nak terus pukul kt situ?

Takkanla aku nak buat macam tu.
Sbb tu aku suke avoid benda2 yg buat aku naik,
benda2 yg buat aku rase nak meletup.

Termasuklah datang lecture.
Kawan2 1 geng paham kot aku camane.
Susah tau nak kawal baran.
Susah tau nak tau sape yg betol2 kawan ngan aku.

Tapela, aku yg celaru.
Aku tak boleh give up.

Skang ni, aku kene fokus kt diri aku.
Aku nak jugak rasa bahagia hidup.

Aku nak kurangkan makan ubat2 sume,
esply propranolol.

Aku kene ubah diri aku.
Kalo aku terus konfran je, dorg takkan faham.
Walopun Allah faham.

Mungkin saat ni, hidayah Allah datang,
utk aku berfikir ttg hikmah, bijaksana.

Yang penting, aku tahu aku dijalan yg benar.
Terima kasih kpd guru2 agama aku.

Salah sorg guru agama aku duk cairo.
Aku salu belajar secara online dgn dia, blajar kt YM je.

Aku bace2 kitab, bile aku tak paham, aku tanye die.
Kadang2 aku tanye kt forum al-fikrah.net
Kadang2 aku tanye kawan2 yg sealiran, yasir, muaz, nik hilmi, nik abduh, ustaz firdaus.
Kadang2 kalau rajin aku pergi kelas Syeikh Muhammad Ismail, aku tapenah terserempak dgn budak2 Malaysia kt kelas die, kt Masjid Fath Islam, Rusydi.

Aku tak tahulah kalau aku dah berubah nanti, dorg still nak cakap aku ni blajar tanpa guru,
or tak hormat ulama.

Benarlah kata nabi pasal ghuraba, pelik, bohemian.
Pejuang2 sunnah akhir zaman ni mmg pelik.

Bile ditegur kesilapan2 pemimpin2 PAS,
kene cop tak hormat ulama.
Walaupun kata2 aku merujuk kpd hadis & perbahasan2 ulama.

Bile ditegur kesilapan2 pemimpin2 PMRAM,
kene cop tak hormat ulama.
Walaupun kata2 aku merujuk kpd hadis & perbahasan2 ulama.

Maybe sebab bercampur dgn maki hamun kot.

Takpela, aku kene amek masa, utk fikir ttg diri aku jugak.
Pada aku, kalau nak berjaya hapuskan zionis,
kene satukan umat islam dulu.
Nak satukan umat islam, aku kene berdepan dgn masalah2 umat.
seperti taksub mazhab, taksub jamaah, penyelewengan ilmu hadis dan sebagainya.

Jadi tujuan aku, satu je, nak hapuskan zionis.
Sumenya kerana Allah.
Tp bile nak buat tu, bukan senang.
Tambah2 aku snirik celaru.
Bkn celaru fahaman, tp celaru tindakan2 aku.
Itulah pentingnya hikmah, bijaksana.

Ade 1 hadis:

Orang mu’min bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang pengkeji dan bukan juga seorang yang berkata kotor. (HR. at-Tirmizi)

Papehal, aku berserah kpd Allah.
Semoga Allah memandu aku dan kita semua ke jalanNya.

Mohd Peng.

1 comment:

  1. Orang mu’min bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang pengkeji dan bukan juga seorang yang berkata kotor. (HR. at-Tirmizi)


    so bertitik tolak diri sini kena la jangan memaki hamun..sbb kadang2 kita di nilai oleh manusia lain melalui kata2 yg kita lontarkan..

    ReplyDelete