Saturday, May 1, 2010

Akhlak Salafussoleh

Bape hari lepas, syeikh ngajar tentang akhlak. Inilah bab yg aku paling lemah.
Tambah-tambah dalam mengawal baran.
Tapi aku tau, aku dah banyak meningkat.
At least aku bising kt blog je, aku tak sentuh2 orang da.
Mungkin kalau ada, dilema peribadi, antara mudarah & mudahanah dalam dakwah.
Tapi kalau aku tinggal, sape lagi yg nak tegur? satu komuniti berdosa.

Tapi malangnya usaha aku ni salu disalah anggap. Aku dianggap bersekongkol, malah dituduh kepala, aku dituduh tahi maksiat. Takpela, selagi boleh bersabar, aku bersabar.

Kadang2 aku rase hangin jugak ngan budak2 ni. Dalam hati mmg tade pemimpin kt Mesir ni yg aku respect. Ni nilaian dari segi kepimpinan la. Even same2 budak2 nakal pon, aku rase ni bukan liga aku, sembang banyak, ungkit kisah2 lame. Dalam liga aku dulu, sembang tak banyak, jumpe pon jarang. Tapi asal jumpe je teros stick dgn plan, set tempat kt mane, pakai kayu ke sound2 je or lebey, then malam tu jugak jalan, unless kalo nak gado besar & nak back up polis. Pastu dgn budak2 yg kaki perempuan, ni pun satu hal, menyampah jugak aku. Bagi aku terlebih bersosial ngan pompuan ni tak bagus utk laki2, jadi lemah.

Tapi ni benda2 ni sume bukan dari akal yang ingat Allah.
Aku kene ingat, Allah dah bagi aku sedar, islam ni bukan warisan, aku kene alami.
Jadi aku tak boleh sia-siakan.
Tanggungjawab aku utk berdakwah, wajib.
So aku tak boleh ade mindset yg camtu.
Bile berdakwah aku kene banyak sabar.
Yg nak diutamakan bukan aku, tp mereka.
Aku nak mereka rase indahnya islam macam aku rase.
Aku nak mereka bfikrah macam aku.
Jadi aku kene utamakan mereka.
Sbb tu dalam dakwah, aku kene tolak tepi perbezaan fahaman politik dan sebagainya.

Balik kpd kelas tadi, Syeikh mengingatkan aku kpd 1 hadis. Aku tak bape nak paham syeikh ngajar, sebab laju sangat die cakap. So balik2 umah aku try cari hadis tu.

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka." [Hadits diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnadnya juz II, hal.50, dan Abu Dawud dengan sanad jayyid hadits no.4031, dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami' al-Soghir no.6025]

Hadis ni biasanya masuk bawah bab tasyabbuh. Ade sahabat aku kt www.al-fikrah.net ade tulis artikel pasal tasyabbuh minggu lepas, so boleh search kt sane utk lebih detail. Secara peribadi aku tak bape setuju dgn artikel dia, sbb yg aku faham, maksud hadis ni terlampau umum.

Kalo kita nak kata rock star ni tiru kafir di barat, adakah pakai coat, vest, tie sume tu tak tiru barat? Kalo kita nak kata rock star ni imej buruk, coat-vest-neck-tie ni imej baik. Adakah golongan yg rasuah tu tak pernah pakai coat-vest-neck-tie?

Ya, benda ni agak umum. Jadi ape basis or asas dalam nilaian kata, antara baik dan buruk, antara yg haq or batil? Kita balikla kpd quran & sunnah.

Tapi aku ngaku, selame aku hidup, mmg kdg2 aku hanyut.
Kadang2 ade jgkla rase nak ikut rock star barat tu.
Niat nak buat revolusi dalam muzik kadang2 goyah dgn rase nak tiru puak kuffar.
Antara gelombang islamisasi & syaitan tu kadang2 samar bagi org2 yg amik risiko macam aku.
Alhamdulillah Allah buat aku terfikir. Tape, insyaAllah pelan2 kayuh lepas ni.

Sabda Nabi saw:-

إِنَّ اللهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada penampilan-penampilan dan harta benda kalian. Akan tetapi melihat kepada hati dan amal kalian.” (Sahih, HR. Muslim dan Ibnu Majah dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Cube cari hadis pasal rapat saf solat. Then amalkan.
Kt Mesir ni, hasil perkembangan dakwah salafiyyah dlm menghidupkan sunnah,
mmg kita boleh nampak, org2 mesir mesti nak rapatkan saf giler2 punye time solat.

Kadang2 sablom solat tu, setan duk kacau, tengok muka arab ni rase cam cibai je.
Tapi bile die solat seblah kita, saf rapat, sampai sempit2, rasa pesimis cam tu hilang.
Tetibe rasa arab tu baik plak.

Jadi aku terus mulakan sambung dgn sunnah yg ini. Tak dapat yg lain, cuba yg ni dulu.

Mohd Peng

No comments:

Post a Comment