Pakatan Rakyat: Rakyat terseksa, harga barang naik.
Mahfuz Pandir: Kerajaan kedekut.
Kerajaan: Kita nak rasionalkan subsidi, kurangkan belanja kerajaan kt subsidi, kurangkan defisit fiskal & nak menuju target ekonomi berpendapatan tinggi.
Sape yang main politik dan sapa yang cakap benar? Main politik di sini bermaksud isu yang berlaku tu dibesar-besarkan or maybe diputar belit supaya dorg dpt undi, sokongan & keuntungan politik.
Ok, lets be more academic than politic on economic issues.
Aku pilih 8 negara utk perbandingan; Malaysia, Singapura, Indonesia, Egypt, Thailand, Venezuela, UK & US. Aku bandingkan untuk tahun 2008, 2009 & 2010
Inflasi
Inflasi ni bermaksud kenaikan harga barang tanpa kenaikan gaji. Bg aku, inflasi ni boleh bg gambaran secara total status ekonomi rakyat sesuatu negara tu, sengsara or tak.
Malaysia - -2.0% (2008), 5.4% (2009),0.4% (2010)
Egypt -9.5% (2008), 18.3% (2009),10.1%(2010)
Singapura - 2.1% (2008), 6.5% (2009),0.6% (2010)
Indonesia - 6.30% , 9.9% , 5.0%
Thailand - 2.20%, 5.50%, 0.9%
UK - 2.30%, 3.60%, 2.10%
US - 2.90%, 3.80%, 0.70%
Venezuela - 18.70%, 30.40%, 27.30%
Untuk tahun 2010, Malaysia merupakan negara paling rendah kadar inflasi antara 8 negara ni. Venezuela, sebuah negara pengeluar minyak jgk tapi kadar inflasi dorg sgt tinggi. Ini bermaksud rakyat Malaysia paling kurang sengsara antara 8 negara ni.
Ok. Kita tak nilai currency exchange rate utk nilai kuasa beli rakyat di sesuatu negara. Tp kita guna Pariti Kuasa Beli.
Pariti Kuasa Beli (bahagi nilai tukaran mata wang; USD)
Pariti kuasa beli adalah satu measure utk nilai barang yang dibeli dalam satu negara & dibanding dgn negara lain. Nilai ni bukanlah utk menilai currency exchange rate. Nilai ni digunakan untuk menunjukkan taraf hidup sesuatu negara. Senang citer, nilaian ni menilai utk beli sebakul barang yang sama dalam suatu negara dgn bandingan yg tetap antara 2 negara. Biasanya nilai ni dibandingkan dgn nilai dolar amerika. Contohnya dengan 1 dolar Amerika, kt Egypt kite dah dapat makan spaghetti sepinggan, tp kt Amerika tak cukup. Ini bermaksud, harga spaghetti kt Amerika lebih mahal dan kuasa beli rakyat Amerika lebih tinggi. Ini bukanlah bermaksud rakyat Amerika kene spend duit lebih, tapi taraf hidup kt Amerika lagi tinggi jika dibandingkan dgn Egypt.
Dengan 1 dolar Amerika, pariti kuasa beli bagi (tahun 2007):-
- Malaysia - 2.105
- Singapura - 1.425
- Egypt - 2.242
- Indonesia - 4753.084
- Thailand - 17.598
- Venezuela - 1.59
- UK - 0.651
Ok, kuasa beli rakyat Malaysia agak rendah kalo dibandingkan dengan US (1.0), singapura, UK & Venezuela. Dgn satu US dolar, org US dah dapat beli pape barang yg berharga 2.105 USD kt Malaysia, maybe sepinggan nasi goreng kampung. Nilai ni akan improve kalau gomen naikkan household income dan naikkan nilai ringgit berbanding USD. Sbb tu kena support kerajaan kalau kerajaan kata nak tukar ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
Tp aku berpendapat bahawa kalau naikkan nilai tukaran ringgit berbanding USD secara mendadak, ini tak bagus, maybe akan kurangkan export rate kite tambah2 pengimport2 dari negara2 Islam. Pengimport2 dr negara2 Islam terpaksa tambah lagi duit utk unit eksport yg sama & dorg akan rugi. So kalau gomen nak naikkan nilai tukaran matawang, kalau dorg tanak negara2 islam lain susah, negara2 islam yang terlibat kene same2 naikkan nilai mata wang dorg. Cara lain yg boleh dibuat adalah dengan memperkenalkan currency baru antara negara2 islam, maybe dinar emas. So pertukaran antara negara2 Islam dibuat dalam dinar emas dan pertukaran antara negara2 lain dibuat dalam ringgit&USD. Kita untung, negara2 Islam pun untung & negara2 lain terpaksa bayar lebih utk nilai import dr negara kita.
Pastu orang kata plak penduduk kt bandar2 di Malaysia mmgla gaji besar secara umumnya berbanding dgn penduduk kampung. Ni dah masuk topik wealth distribution. So utk pembahagian kekayaan, ade satu indeks yg menjadi nilaian, Gini Index.
Gini Index
Indeks Gini ni utk nilai wealth distribution dalam satu negara tu, sama-rata ke tak. Kadang2 dalam 1 negara, esply negara kapitalis, ade ramai sangat gol. yg kaya-raya & ada ramai sgt jgk gol. miskin, jurang kaya miskin tinggi. Tapi pendapatan perkapita negara2 kapitalis ni tinggi sbb orang2 kaya ni dah cover utk org2 miskin. Pendapatan perkapita ni kita amek purata pendpatan dalam satu negara tu. So sbb tu la org2 kaya boleh cover org2 miskin & ini menyebabkan pendapatan perkapitan yg tak betul serta tidak memberi gambaran sebenar ttg KDNK dlm sesuatu negara.
Kite ikut ranking; Malaysia 33rd, Singapura 27th, Egypt 73rd, Thailand 50th , UK 74th, US 39th, Venezuela 26th. *Gini Index ni jarang di update aku rase, so byk negara yg tak update.
Ape yg Dr Mahathir cakap psl UK & US punye pendapatan perkapita tu betul. Dorg negara kapitalis, tycoon2 bisnes ni dah cover perkapita dorg, so mmgla tinggi nilainya. Tp bile berlaku recession, tycoon2 ni la yg plg affected. Bile dorg drop, kadar penurunan perkapita yg berlaku lagi tinggi berbanding dgn negara2 yg lain. So ekonomi dorg lg nampak jelas terjejas. Tp beserla, kalau dorg terjejas, satu dunia akan terjejas. Semoga kuasa ekonomi baru akan muncul nanti & kita takkan bergantung kt dorg sgt dah.
Malaysia rank 33rd antara sume negara. Egypt plak rank 73rd. Ni bermaksud wealth distribution kt Malaysia tadela zalim sgt, orang miskin tu masih ada, tapi jurang kaya dan miskin tak jauh sangat. Singapore plak rank 27th. Dorg negara kecik, mmgla senang nak avoid income disparity, mcm Brunei.
Malaysia
- Nilai2 bawah ni mungkin tak berape tepat & salah sebab nilai2 hanya di amek dari estimated value je.
- Publict Debt@ hutang kerajaan kita rank 49th dgn peningkatan sebanyak 16.02%
- Industrial production growth rate kita bergerak dalam kadar -8.0 %
- GDP - real growth rate kita bergerak dalam kadar -2.80%
- GDP - official exchange rate kita bergerak dalam kadar -6.66%
Kerajaan ade bgtau ada peningkatan dalam GDP kita, jadi ini bercanggah dgn estimated value kt atas, maybe sbb dorg estimate ekonomi dunia akan pulih lambat lagi. Tapi dalam masa yg sama, hutang kita memang meningkat, industrial production growth rate kita berkurang & GDP official exchange rate kita pun berkurang.
Jadi ape yg kerajaan kene buat adalah kurangkan hutang or at least kurangkan kadar peningkatan hutang kita, tambahkan peruntukan untuk industri & R&D dalam negara kita, esply yg Najib highlight dlm NKRA, dalam 6 bidang keberhasilan utama tu & kurangkan belanja.
Logiknya nak kurangkan hutang kene kurangkan belanja. Kerajaan decide utk kurangkan subsidi dalam nak kurangkan belanja. Pakatan Rakyat plak bangkang kerajaan kurangkan subsidi kt 5 barang tu, dorg suggest kerajaan kurangkan subsidi kt Independent Power Producer (IPP) & Konsesi Tol yg dimiliki oleh tycoon2 bisnes. Dorg jgk cadangkan kerajaan stop projek2 yg tak untungkan rakyat macam istana 800juta sume tu.
Aku tak berminat nak compare subsidi mane yg patut ditarik, antara 5 barang tu or IPP. Tp aku setuju kerajaan kurangkan subsidi kt 5 barang tu.
Berdasarkan kpd laporan Kementerian Kewangan, ade pertumbuhan sebanyak 4.5% utk GDP/KDNK kita utk suku ke 4 tahun 2009, pastu berdasarkan peratusan inflasi kita yg lebih rendah berbanding negara lain (0.4%) dan yang paling penting, hutang kita yang meningkat dgn tinggi. Atas sebab ini, aku setuju kerajaan kurangkan subsidi kt 5 barang tu, gula, minyak, LPG & etc.
Hutang Negara
Hutang ni jgn buat main2. Aku tgk kadar hutang negara kita, peratusan peningkatan hutang negara kita agak membimbangkan bagi aku & ranking kita rendah. Ini bermaksud ade pengurusan wang yg tak betul berlaku atau faktor luar yg kacau. So aku kaji2 skit, punca kpd peningkatan hutang ni maybe berpunca daripada belanja subsidi kerajaan, terlebih belanja utk pembangunan & penurunan ekonomi dunia (2008,2009). Maybe ni silap zaman Pak Lah dulu, koridor sane koridor sini, stop projek jambatan bengkok & lain2, maka naiklah belanja kerajaan & recession. Jadi yg kene tanggung kesannya Najib.
Mulut Orang Politik
Mahfuz kata kerajaan kedekut, 5 sen dari rakyat pun nak amek. Ok, cube kite ikut cara Mahfuz. Subsidi dikekalkan & maybe ditambah lagi, so harga barang jd murah. Maybe Mahfuz Pandir ni suruh kurangkan projek2 yg ade, maybe die suruh batalkan projek istana baru, batalkan projek itu ini.. & maybe die kurangkan subsidi kt IPP.
Ok, kesannya:
- Belanja kerajaan berkurang, so jumlah hutang maybe berkurangan, rakyat plak hidup senang... Nampak cam bagus je kan? Ok, katakan tetibe berlaku lagi kenaikan harga minyak dunia... Mahfuz nak buat camane? Amek untung Petronas nak cover subsidi supaya harga minyak dlm negara tak naik? Tak boleh, dia senirik yg bangkang kerajaan amek duit petronas banyak2, plus petronas pun nak jage margin pelaburan dorg untuk mase depan dorg. Harga minyak dunia mmg tak akan stabil, ini fakta.
- KDNK/GDP negara maybe turun or statik dan tak akan naik. Permintaan domestik maybe naik sbb barang runcit murah. Tapi Mahfuz dah kurangkan peruntukan utk pembangunan, kurang total investment, so ni bleh affect KDNK & kurangkan KDNK negara. KDNK ni main measure yg org tgk. Bile KDNK turun, banyak kesan buruk die.
- Bile kurang pembangunan & investment, negara takkan maju. Peningkatan pengaliran wang & permintaan domestik drp harga barang yg rendah kesan drp subsidi yg Mahfuz kasik tu tak berape sgt pun kalau nak bandingkan dengan cara Najib. Kalo Najib berjaya dgn plan die, percayalah kuasa beli rakyat akan naik, permintaan domestik akan naik, peningkatan pengaliran wang pun akan naik dgn lebih tinggi.
- Dengan menambah subsidi, harga barang akan murah. Tp parity purchasing power or pariti kuasa beli rakyat tak akan bertambah. Maksudnya rakyat kita senang kt dalam negara sendiri je. Tp bile travel or duk kt negara lain (bukan bekerja kt negara lain), kita susah. So maybe migrasi akan berlaku, ramai rakyat negara kite esply yg profesional akan pindah migrate ke negara yg lebih maju so that dorg dpt lagi banyak gaji. Contohnya ape yg berlaku kt Indon, Egypt & Malaysia sendiri. Kan kecoh isu doctor & profesional lain kerja kt luar negara sbb gaji lagi mahal.
- Pasal Independent Power Producer ni aku tak tahu sgt. Yg aku google2 Mahathir dah sign kontrak dgn tycoon2 lebih dari 1 dekad yg lepas utk isu power supply. Tp Idris Jala kata, cadangan utk kurangkan subsidi utk IPP ni cadangan yg bagus & dorg akan reconsider nanti.
Ringkasannya, model ekonomi yg Mahfuz mimpi2kan tu memangla bagus utk jangka masa pendek & untuk rakyat2 termiskin. Tapi model ekonomi Mahfuz ni takkan boleh tukar status negara kita daripada negara membangun kpd negara maju. Kerajaan belanja banyak untuk bagi harga barang dan kos hidup rendah. So rakyat hidup senang. Tapi household income tak akan bertambah, kalau bertambah slow sgt.
Cara Najib plak, kerajaan kurangkan subsidi utk certain barang dan aku harap betullah dakwaan kerajaan utk pakai subsidi tu utk pembangunan & kurangkan defisit fiskal. Memangla untuk jangka masa pendek kita & esply gol. termiskin susah, tapi ada banyak cara utk selesaikan masalah ni. Satu lagi kekurangannya, pembangkang dpt manipulate la isu ni.
Logiknya, kalau kita ada RM 10 & kita belanja semua akhirnya duit tu akan abes. Tp kalau kita belanja RM 2 je then spend yg lebih tu utk melabur, duit tu akan berkembang, jangka masa pendek kita seksa skit kene berjimat, tp utk long term kte untung, duit bertambah.
Aku tak kesah orang nak bangkang kerajaan, tp aku mmg hangin jgk la dgn org cam Mahfuz, bajet pandai ekonomi, tapi belajar ekonomi malas. Orang2 cam Mahfuz ni la yg dapat sambutan kt kampung2 dan orang2 yg senang dimanipulasi, yela petah bercakap. Keje nak apikan keadaan & tak akademik. Anwar Ibrahim pun tak tolak bulat2 cara Najib dalam isu rasionalisasi subsidi nih.
Last sekali, kerajaan Barisan Nasional dah hilang byk kerusi & undi. Dalam keadaan camni, Najib buat decision utk kurangkan subsidi & harga barang pun naik, adakah Najib suke2 buat camtu? Die tau die akan hilang undi kalo buat camtu. Tp die buat jgk, die amek risiko. Sama ada die bodoh nak kalahkan BN OR die memang nak jaga ekonomi negara. Allahu'alam.
Mohd Peng
Rujukan - http://www.indexmundi.com/