Wednesday, June 30, 2010

Malaysia Gaji Mahal & Azhari Takut Wahabi

Lame tak update blog. Bykla isu yg berlaku.

Polemik Takut Wahabi di Kalangan Azhari

Kalau aku layankan ustaz2 yg suke buat fitnah ni, org takkan nampak aku or aliran salafi yg jd mangsa, tp org akan nampak aku kurang ajar dgn ustaz2 tu. So persetankanlah ustaz2 tu. Utk pengetahuan sape2 yg bace blog aku ni, kalau masih ade lagi ustaz2 yg mengkafirkan wahabi, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Muhammad Abdul Wahab dan lain-lain lagi fitnah, ketahuilah bahawa hujah-hujah mereka itu, kalau tak amek kalam ulama separuh-separuh, mungkin hadis yg dipakai palsu, direka sanad hadisnya dgn perawi yg dobid & thiqoh, mungkin hujah2nya diambil dr riwayat israiliyat, syiah yang sesat, kalau tak palsu dan tak amek separuh-separuh, mungkin tafsiran mereka salah dan pening kesan daripada pengaruh ilmu kalam dan pelbagai lagi kesilapan-kesilapan dalam berhujah. Pointnya, aku tak nampak pun sebab ape ustaz-ustaz ni perlu jd ekstrim sangat sampai nak berperang dgn ahli hadis & athar@ansorusunnah@salafi@wahabi ini, sampaikan kalau dibandingkan pengetahuan mereka tentang pengaruh zionis & freemason di sekeliling mereka dengan hujah-hujah fitnah mereka ke atas aliran salaf ini, amatlah rendah. Inilah ustaz-ustaz yg mungkin kita akan sanjungi satu hari nanti. Tutup cerita ustaz-ustaz ni, yang penting aku tambah knowledge aku dan abaikan kaki-kaki fitnah tu.

Aku teringat kat sorg Cikgu English aku kt Sas dulu. Kt Sas aku bukanlah best student & ketua pelajar, malah aku ada banyak masalah disiplin dulu. Tapi bila aku perlu sedar, alhamdulillah aku sedar & mula berubah. So adela sorg cikgu english aku ni, teacher Noraini, aku tak tahu, kenapa dia bangga sangat dengan aku, sampaikan aku kadang-kadang terasa, kalau dia ni baya aku lagi, mesti dia ni jatuh hati kt aku dah, hehe. 

Dia penah cakap kt aku, "there will be no other syihabuddin, no syihabuddin the 2nd." Die expect aku akan jd seseorang yg ternama kt Malaysia nanti, most probably politician la. Aku rase cam tinggi sgt expectation die kt aku. Kt sas dulu aku rase aku la paling banyak kurang ajar ngan cikgu. Nasib baik cikgu orchestra aku, Teacher Nik Anita banyak turun naik bilik disiplin back up aku (sbb tu aku sayang orchestra sekolah aku, hehe.) Even kawan2 pun ada yg baca aku akan jadi someone yg ternama, terkenal nanti dan semuanya ramal aku akan jd ahli politik yg bagus rather than rock star, haha. 

Tp aku mmg sedarla, aku mmg banyak amek tahu psl politik. Tp aku tak taula nak masuk politik or tak. Yang pasti aku kene gain banyak lg knowledge camane nak bersosial dengan baik sbb aku tahu aku akan jd sorg yg terkenal tak lame lagi, bukan dengan kontroversi, tp prestasi, insyaAllah. Aku orang yang ada visi, bukan utk diri aku, tp visi utk semua orang. Kalau nak tahu lebih lanjut, aku dah ada plan jangka panjang, fast forward 10 tahun paling kurang dan ini bukanlah versi pak pandir. Sumer plan tu simple je, aku bace, aku kaji, aku baik2 dgn pegawai2 kerajaan & org2 ekonomi, aku compare dgn negara lain, mostly Europe & middle east then aku plan... Mainly fokus kepada ekonomi.

So bile berhadapan dgn kritikan2, cacian dan yg sewaktu dengannya, aku tak boleh lagi dah melatah tak tentu pasal, aku kene cool, kene belajar handle sume tu dgn baik. Aku bukan nak cari musuh.

Ekonomi  

Aku menulis bab ekonomi bukannya sebab nak menunjuk pandai. Tapi aku yakin ramai yang minat politik, tapi malas membaca tentang ekonomi, semuanya nak jadi bidang terjun. Keadaan macam ni tak bagus, kita perlukan ahli politik yg berkualiti, bukan sampah, cakap je pandai, buat demonstrasi je pandai, yang lain2 sepak tin kosong.

Bape minggu lepas aku ade buat research lagi pasal MEB ni, model ekonomi baru. Jd yg aku faham, antara target utama kerajaan utk RMK yg baru ni adalah nak jdkan Malaysia ni mcm Europe pe sume tu, status berpendapatan tinggi, gaji mahal.

Ok, kita amek satu contoh. Logiknya, bila nak gaji mahal, maka sektor awam & swasta terpaksa keluarkan duit lebih utk bayar tambahan gaji tu. Tambahan gaji tu tak boleh datang drp suntikan mane2, we dont give people the fish, we teach them how to catch the fish. Die kene datang drp perkembangan sektor2 tu sendiri, demand kene naik, maka supply akan naik & margin keuntungan pun akan naik. So sektor awam & swasta kene improve. Sektor swasta ni terkesan drp sektor awam sbb kerajaan yg tentukan polisi kewangan semasa dalam sesuatu negara kan. Ok, ni simpe je nak faham.

Jadi polisi kerajaan sekarang adalah utk capai target, negara berpendapatan tinggi. Dari segi aspek kewangan negara itu sendiri, setakat yg aku tahu, biasanya main index utk income sesuatu negara tu adalah KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar. Alhamdulillah kita ade minyak, gas, minyak sawit & electronic manufacturing yg bagus utk kadar eksport. Aku tak berminat utk citer lebih psl minyak ni sbb banyak sgt politicking & Anwar Ibrahim hanya pentingkan diri-sendiri dengan teori dia.. (Bagi aku Anwar Ibrahim bukannya sorang Menteri Kewangan yg bagus sgt, kalau bagus pun, itu hasil kerja penasihat dia. Dia ni orang sastera yg pandai bercakap. Allahu'alam.) 

Tp masalahnya, KDNK kita banyak terbuang kt subsidi dan subsudi inilah yg kerajaan kene tanggung. Kalo subsidi boleh dikurangkan, kesan baiknya, duit subsidi tu boleh disalurkan utk pembangunan, wujud lagi banyak peluang perniagaan & peluang pekerjaan, maka syarikat-syarikat yg sedia ada akan improve & wujud lagi banyak syarikat-syarikat yang baru. Kesannya banyak; kadar pengangguran menurun, isu tangga gaji akan selesai & gaji mungkin naik di banyak sektor, pengaliran wang dalam negara meningkat, R&D negara yg slow akan laju so lagi banyak produk2 baru yg boleh dikomersialkan & lagi banyakla eksport negara, peningkatan kualiti perkhidmatan, penurunan indeks rasuah & ketirisan & secara umumnya, KDNK & pendapatan negara kasar itu sendiri akan meningkat.  Yang aku faham, ini model or style ekonomi kt Europe & model camni yg kerajaan nak tiru. 

*Syarikat-syarikat baru yg wujud tu bukan cam syarikat multi-level-management or pyramid2 tu. 

Tapi yang kurangnya, harga barang akan naik, kos sara hidup akan naik. Yela, minyak naik semua pun akan naik, semua orang tahu ni, especially orang2 Pakatan Rakyat, hal ekonomi negara yang dorg tahu, ini je la. Dan of course la, pembangkang akan main isu ini utk amik hati rakyat...mainla puas-puas.

Sebenarnya, kalau korang buat kajian or banyakkan membaca bab ekonomi ni, kos sara hidup naik tu tade masalah sgt kalau tak berlaku inflasi sbb majoriti negara maju, kos sara hidup dia tinggi. Inflasi akan berlaku bile kos sara hidup naik tapi gaji tak naik, perbelanjaan naik, pendapatan tak naik, even maybe turun. Dan of course la kalo ade serangan drp penyagak matawang.

So kerajaan kene beware utk tempoh 10 tahun ni. Kerajaan target nak naikkan pendapatan negara & jd status negara berpendapatan tinggi dgn mengurangkan subsidi. Bile subsidi dikurangkan, kos sara hidup akan naik. Kalau status pendapatan tak dapat dinaikkan dalam tempoh yg sepatutnya, maka inflasi akan berlaku, recession akan berlaku. Kita semua tanakla jd buruk camtu, kerajaan pun tanak. 

Sbb tu idea Najib or penasihat die utk bg suntikan ransangan bape billion ntah tu sangat bagus. Apa yg aku faham, Najib tak gado2 nak kurangkan terus subsidi.. (mcm Pak Lah?) Tp ape yg die buat, die cube naikkan dulu mana2 industri yg perlu, kuasa beli & pendapatan. Lagi pun ekonomi dunia tgh mengalami recession dan baru lg improve skit2 skang ni. So tindakan itu sangat bagus.

Ini ade berita tentang Pendapatan Kasar Negara --> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaansasarPKNcecahAS_504bilionpada2020_Najib/Article

Ni aku tulis spontan je dan dengan bahasa yg simple. Aku tak pakai sgt pape term ekonomi yg aku tahu dan ada banyak lagi sebenarnye topik ekonomi & isu-isu ekonomi yg perlu kita tahu, contohnya kadar eksport negara yg berkurang bape tahun lepas, gabenor bank negara ade announce ari tu kan, adela topik2 yg berkaitan nape eksport tu berkurang, international demand&supply, purchasing power parity, perang kt afghanistan & iraq, harga minyak yg tak stable, masalah politik di timur-tengah dan sebagainya. 

Jadi pengajarannya kt sini, kalau minat sangat politik, jangan jd ahli politik yang sepak tin kosong. Tak kesah ape parti, ape ideologi, tapi banyakkanlah membaca. Janganla, mentang2 yg keluar kt berita topik subsidi&ketirisan, maka subsidi&ketirisan je la yg die duk jaja sane-sini, pastu berceramah kt pentas Pakatan Rakyat macam orang yg terer giler ekonomi. Janganla jadi sampah sangat. Kita intelektual, kita bukan sampah. Selamat membaca. Peace! 

Mohd Peng


No comments:

Post a Comment