Aku nak bawak satu renungan kepada ustaz2 Azhar terutamanya ahli-ahli & jawatankuasa2 PMRAM dan mereka yang terlampau berkeras dengan aliran salaf @ sunnah.
Juga kepada budak2 medic Mesir yg rase sudah cukup belajar agama dengan ustaz-ustaz PMRAM sahaja.
Dengan hanya belajar agama drp ustaz2 PMRAM or ustaz2 yg kuat PAS, maka kite sudah kenal Islam, lalu bertebaran fitnah yg berlaku seperti mengganggap hanya dengan mengikut PAS make kite akan dikire syari'e, syurga dah. ISMA, JPMK dan persatuan2 lain tak syari'e?
Cukup lengkap ke fahaman anda dengan hanya laungan Takbir (Allahuakbar) time ceramah untuk menggambarkan anda pejuang islam? Berani jamin tak masuk neraka?
Semoga mereka dan kite mampu berbincang secara ilmiah seperti yg diwar-warkan mereka mase tepon aku semalam. Time kasih tepon. Ade mase aku belanja makan, bayar ganti kredit dorg.
Diat Jari Wanita Yang Di Potong.
Imam Malik meriwayatkan dalam kitab al-Muwatta' bahawa Rabi'ah bin 'Abdul Rahman berkata:
"Aku telah bertanya kepada Sa'id bin Musayyib, berapa yg perlu dibayar jika satu jari wanita dipotong? Dia menjawab, "sepuluh ekor unta." Aku berkata lagi, "kalau tiga jari?" Dia menjawab, "20 ekor unta." Aku berkata lagi, "kalau 3 jari?" Dia menjawab, "30 ekor unta." Aku berkata lagi, "Kalau 4 jari?" Dia menjawab, "20 ekor unta." Aku berkata dengan kehairanan, "Kenapa pula bila jari yang dipotong bertambah, diatnya berkurang pula?" Sa'id berkata, "Adakah kamu dari Iraq (ulama aliran al-Ra'y yg menggunakan logik akal melebihi hadis pemes dari sini dulu2) Rabiah(yg suka menggunakan logik akal) menjawab, "Tidak! Aku adalah orang alim yang ingin memastikan kebenaran atau orang jahil yang mahu belajar." Sa'id berkata, "beginilah (ape yg die ckp tadi) sunnahnya." (Malik 1985: 860)
Bersandarkan kepada sebuah hadis:
Maksudnya: "Diat wanita sama seperti diat lelaki sehinggalah sampai satu pertiga dari diatnya."عقل المرة مثل عقل الرجل حتي تبلغ الثلث من ديتها
(Hadis ini diriwayatkan oleh 'Amru bin Shu'aib drp ayahnya drp datuknya dalam Sunan al-Darqutni no.38 -Kitab al-Hudud Wa al-Diyyat Wa Ghayrihi. )
Huraian aku dengan rujukan:-
- Sa'id bin Musayyib berpegang dgn zahir hadis ni walopun tak tercapai maksudnya oleh akal kerana apabila datangnya nas, maka akal tidak boleh dipakai ketika itu.
- Sebab itu Sa'id Musayyib mengkritik Rabi'ah sama seperti beliau mengkritik fuqaha-fuqaha Iraq (aliran al-Ra'y) yg mencampur adukkan akal dengan nas. (Rujuk Sha'ban 1985: 284 & al-Qattan 1995: 229)
- Diat satu jari wanita terpotong ialah 10 ekor unta dan begitulah seterusnya.
- Tetapi jika jari yg terpotong adalah 4 jari, maka diatnya hanya 20 ekor unta sahaja, bukan 40 ekor. Ini adalah pendapat mazhab fuqaha al-Hadits (aliran hadis berpusat di Madinah) bersandarkan kpd hadis yg disebutkan di atas.
- Senang citer hadis ni gtau diat wanita sama dengan lelaki sehinggalah satu pertiga diat. Bile lebih, maka diat wanita hanya separuh dari diat lelaki. (Rujuk Sha'ban 1985 : 284)
- So bagi laki yg terpotong 4 jarinya, diat die adalah 40 ekor unta.
- Rabi'ah (semoga Allah mengampuni beliau) tak setuju, kalo da 4 jari yg kene potong, mestila 40 ekor unta, die menggunakan logik akal die.
- Sa'id Musayyib membidas sikap Rabi'ah yang menggunakan logik akal. Sa'id patuh kepada hadis kerana itulah sunnah Nabi saw. Dia tak melebih akal dia bile adenya nas.
- Ulama aliran hadits (salafi) secara umumnya tidak akan menggunakan akal bile terdapatnya nas, Allah kate camtu, ikut je la, kate bertaqwa.
- Namun terdapat juga ijtihad2 yg dilakukan atas dasar maslahah ummah (keuntungan umat).
- Manakala ulama aliran al-Ra'y, kalo berijtihad lebih kepada menggunakan kaedah qias dan logik akal.
- Persoalannya, adakah kita nak tolak hadis tu? Kate tanak sekular dan nak jd fundamentalist betol2.
- Bile nak hujah salafi main amek zahir hadis, silekan. Tade masalah.
- Tapi jangan sampai ta'til (tolak) hadis tu. Takwil la kok mane pon, tp jgn sampai menolak maksud hadis.
- Hal yg same dgn ayat2 mutasyabihat.
- Allah dah kate Allah bertangan, Allah di langit.. cukup dengan faham yg macam tu. Tak perlu fikir panjang camane tangan dan kt mane langit tu.
- Sekalipun takwil, itu hanyalah time darurat, sepertimana yg dilakukan oleh Imam Abu Hasan al-Asy'ari & Abu Mansor al-Mathuridi. Time zaman dorg, org awam da pakai logik akal sgt, kesan pengaruh falsafah greek, so terpaksalah pakai logik. Lalu wujudla sifat 20.
- Tp bile tade darurat, masalan utk pegangan diri senirik, tak payahla susah2 sgt fikir zat Allah tu camane, berimanlah dgn ayat2 Allah tu, bserah je kt Allah, tak payah fikir da camane dan inilah akidah salafussoleh.
- Kalo fitnah akidah salafi ni mujassimah - menyamakan Allah dengan makhluk ie; "Wahabi kate Allah ade tangan macam manusia.." dan lain2. Ini satu jenayah ilmu. Bertaubatla.
Allah lebih tahu.
Ya Allah, tuhan yang bertangan, tuhan yg di langit,
Kau bukakanlah pintu2 hati kami untuk hidayahMu,
Ya Allah, Tuhan yang bersemayam di atas Arash.
Mohd Peng
No comments:
Post a Comment