Thursday, July 15, 2010

Ekonomi Negara Ketiga, Negara Maju & Pak Pandir

Post ni bukan nak suruh sokong Umno or benci pembangkang. Tp post ni utk kita sume berfikir.

Harga barang naik lagi, tp aku bersetuju dgn kenaikan harga barang kt Malaysia tu sbb aku percaya kerajaan mmg terpaksa kurangkan subsidi skit demi skit maka kesannya harga barang naik. Jd peruntukan utk subsidi tu dptlah dipindahkan kpd pembangunan dan pelaburan. 

 Ok. Adakah inflasi akan berlaku? Ini bergantung kpd nilai pendapatan. Kalau pendapatan naik berkadar terus dgn kos sara hidup, maka inflasi tak akan berlaku. Kalau pendapatan tak naik tp kos sara hidup naik, inflasi mungkin berlaku. Kalo kos sara hidup naik terlampau tinggi tapi pendapatan tak naik, maka inflasi akan berlaku.

Aku tak berminat dgn mana2 politicking daripada Pakatan Rakyat dalam isu ini, baik dari Anwar, Mahfuz Pak Pandir or sape2 pon. Kalo dorg jd kerajaan, dorg pun terpaksa buat benda yg sama kalau dorg nak negara maju. Kalo dorg naik or kekalkan jumlah subsidi, naikkan pendapatan, mmg ada baiknya seperti kenaikan pengaliran wang. Tp ni model ekonomi negara yg tanak membangun, yg tanak keluar dari zon selesa. Model ekonomi camni mempunyai peruntukan yang lebih rendah untuk pembangunan. Bile kurang pembangunan, maka statikla negara tu. 

Antara sebab lain aku bersetuju dgn pengurangan subsidi ni adalah kerana aku sokong model ekonomi yg Malaysia nak capai iaitu model ekonomi negara maju. Negara maju memang kos sara hidupnya tinggi tapi pendapatan jgk tinggi. Berbeza dgn negara ketiga & negara membangun, kos sara hidup rendah kesan dari aktiviti subsidi seswai dgn pendapatan yg rendah. Kebaikan model ekonomi negara maju ni salah satunya tanggungan atau liabiliti kerajaan lebih rendah berbanding dgn negara ketiga & membangun. Jadi kerajaan ada lebihan peruntukan utk pembangunan & pelaburan, so peluang perniagaan lebih banyak. Maka peluang pekerjaan pun lebih banyak dan percayalah, model ekonomi jenis ini, kalau diberi masa jauh akan lebih maju dan menguntungkan.

Contohnya kalau kita banding US,UK & Egypt. Sbb tu banyak migrasi or perpindahan yg berlaku dr Egypt ke negara2 yg lebih maju, sbb rakyat die nak pendapatan yg lebih tinggi. Basically, selagi mana inflasi tak berlaku, maka rakyat akan hidup selesa.  

Aku belum cakap detail spt KDNK, figures & formula2 yg ada. Tp aku rase ni dah cukup utk peningkan sesetengah drp kita. So aku buat analogi.

Ok, katakan ada 3 buah rumah yg wujud dan setiap rumah tu ade ayah, mak & anak2. 

Brief:

Rumah A ade mak pak + 5 org anak.

Rumah B ade mak pak + 5 org anak.

Rumah C ade mak pak + 5 org anak

Jumlah Pendapatan:-

Rumah A: RM 1000 sebulan. 

Rumah B: RM 3000 sebulan.

Rumah C: RM 10 000 sebulan.

Bagi jumlah perbelanjaan & simpanan bulanan:-

Rumah A: RM 750 jadi simpanan RM 250

Rumah B: RM 1500 jadi simpanan RM 1500

Rumah C: RM 7500 jadi simpanan RM 2500

Ok. Rumah A mempunyai kadar perbelanjaan yg rendah mungkin kerana:-

  • Barang yg dibeli sikit
  • Brand barang yg dibeli murah
  • Usaha-usaha penjimatan yg efektif

Rumah B dan C plak mungkin beli lebih banyak barang, barang2 branded plak tu & kurang usaha penjimatan.

Satu lagi nilaian adalah kadar kebahagiaan:-

Utk measure yg ni, aku letakkan nilai inflasi sbg ukuran.

Rumah A happy. Rumah B pun happy. Rumah C lagila happy.

Sbb ape sume happy walopun jumlah pendapatan & kuasa beli berbeza?

Maybe sbb dorg dah set margin/had perbelanjaan & simpanan semasa dan kewangan dorg masih dalam margin serta defisit/hutang/lebihan belanja tak berlaku. 

Jadi jumlah pendapatan bulanan dorg dapat tanggung jumlah perbelanjaan dan inflasi tak berlaku dalam keadaan ini.

Kita tgk plak kemajuan rumah2 tersebut. Utk measure yg ni, aku tgk pd jenis, saiz rumah, kereta yg dipakai dan lain-lain seperti saiz tanah.

Rumah A mempunyai kadar kemajuan paling rendah, rumah B sederhana & rumah C tinggi.

Rumah C dapat melabur dgn lebih tinggi berbanding rumah2 lain sbb debit dorg lagi banyak. Ini termasuk dgn saiz tanah yg besar yg harganya akan naik stp tahun serta kedudukan tanah yg lebih strategik. Maka aktiviti ekonomi dalam rumah C lebih variety & menguntungkan.

Ok. Katakan tetibe berlaku kenaikan harga barang. Rumah yg paling tergugat adalah rumah A sbb kuasa beli dorg paling rendah. Rumah C paling kurang tergugat sbb kuasa beli dorg tinggi.

Ok, cukup analogi. 

Kite terjemahkan keadaan2 rumah2 ni dalam level negara plak. 

Kalau Malaysia nak pilih utk terus kekal dgn model ekonomi macam Rumah A, kesan utamanya adalah pd interaksi atau hubungan diplomatik Malaysia dgn negara2 lain yg merangkumi nilai eksport&import. Nilai eksport takkan berkembang malah mungkin akan dimanipulasi oleh negara lain. Logiknya, barang kita murah, negara lain plak makin maju. So dorg maybe akan increase demand dari kita sbb barang kita murah dan dorg yg akan untung bile jual kt negara sendiri or modify nilai eksport kita jd produk yg lebih mahal & menguntungkan. 

Contohnya banyak negara import produk elektronik dari kita, kita pun jd vendor dorg. Dorg plak akan siapkan produk elektronik ni jd satu produk yg siap dan of course lebih mahal. Silap2 maybe negara kita sendiri yg akan beli dari dorg. So jumlah keuntungan dorg lebih tinggi berbanding dgn kita. Kalau aku tak silap, US buat mcm ni kt negara kita. 

Kesan lain dgn model ekonomi macam Rumah A adalah jumlah import. Katakan kita kekalkan unit import kita, tapi disebabkan negara lain maju, maka jumlah harga nilai import dgn jumlah unit yg sama tu akan naik, kita akan bayar lebih. Kesannya kita rugi. Contohnya sebelum ade engine Campro, Proton import engine dari mitsubishi utk certain model..sampai skang kot. Tp bile nilai import, bukan unit, tp nilai or harga barang yd di import tu naik, maka kita rugi. Tu antara punca proton tak dapat kasik harga yg ekonomi utk model2 dia yg dulu. Kesan buruk kt Proton, proton payahla nak compete dgn syarikat2 lain. Ni tak masuk isu kualiti lagi. 

Kesan lain, aku namakan "Immuniti Ekonomi". Ni yg aku fikir senirik. Negara yg ikut model ekonomi mcm rumah A or negara ketiga & membangun mempunyai immuniti ekonomi yg rendah dan sebaliknya bg negara2 yg membangun. Katakan bile berlaku recession or penurunan ekonomi(GDP), maka negara2 ketiga & membangun akan berdepan dgn kesan yg lebih teruk iaitu inflasi. Contohnya bila harga minyak dunia naik, maka harga minyak setiap negara akan terkesan, maka harga barang dan kos sara hidup akan naik. Kalau negara yg immuniti ekonominya tinggi, maka dorg ade mekanisme atau cara utk berdepan dgn masalah ni. Contohnya bila Najib bagi suntikan berape billion ntah tu, tu salah satu contoh immuniti. At least kita tak mengalami kejutan kenaikan harga barang dan kita boleh adapt.

Utk tidak mengalami kejutan kenaikan harga barang dan inflasi, pendapatan kene naik. Utk naikkan pendapatan, macam2 cara boleh buat, salah satunye tu lah, suntikan dari kerajaan, so industri2 yg mendapat suntikan tu ade modal utk berdepan dgn recession malah mungkin tambah lagi perolehan serta pendapatan. Nilah yg aku namakan immuniti ekonomi @ kebolehan utk adapt dgn keadaan semasa & pelbagai kemungkinan.

Yg lain macam Najib cakap. Model ekonomi negara maju kurang KDNK loss kt subsidi. So dorg boleh amek peruntukan utk subsidi tu untuk pembangunan & pelaburan. Ok, bandingkan kalo kita ade RM 10 dan kita melabur dengan kita ada RM 50 tapi tak melabur, kita guna utk belanja anak2 kita or utk konteks negara subsidi, yg mane akan nyebabkan duit tu bertambah? Of course la melabur kan? walopoun hanya RM 10. Lagi pun banyak syarikat boleh tumbuh, peluang kerja bertambah, banyak industri2 yg boleh kite explore dan macam2 lagi kebaikan. 

Ada banyak lagi sebenarnya tp aku yakin ramai dah pening. Tp kalau ade yg boleh doubt teori2 or pape yg aku tulis ni, silekan. Aku bagi contoh mudahla lg satu. Org US & UK kalo nak melancong kt negara lain contohnya Egypt, bg dorg takde kesan sgt pon sbb kuasa beli dorg tinggi. Tp org Egypt nak melancong kt US&UK, bg dorg tu ade pape, sbb kuasa beli dorg rendah. Gol. korporat tak termasuk dlm kes ni. So nampak tak beza kuasa beli rakyat negara maju & rakyat negara ketiga?

Last sekali psl pembahagian kekayaan. Tahun lepas aku pernah tulis pasal Gini index. Gini index ni adalah 1 index yg digunakan utk menilai pembahagian kekayaan sesuatu negara. Kebetulan Anwar Ibrahim ade pakai index ni dalam salah 1 ucapan dia, aku tak ingat dah yg mane. Tp yg aku ingat, aku pegi check index tu dan index yg anwar pakai tu salah, tp ramai org tak perasan.  

Ok, kepentingan gini index ni dari kaca mata aku adalah utk menilai negara tu kapitalis or tak. Hal ni penting, sbb Najib kate die target nak capai status ekonomi berpendapatan tinggi & then negara maju dan semua rakyat dapat rasa kenaikan tu. Tp kalau pembahagian kekayaan tu tak sama rata, maka ape yg akan berlaku samalah mcm kt US & UK mcm yg Dr Mahathir cakap. Mahathir kate US & UK mempunyai pendapatan perkapita yg tinggi sbb tycoon2 dorg dah cover pendapatan perkapita tu, walhal dalam mase yg same pendapatan perkapita dorg tadelah tinggi sampai camtu. So bile berlaku recession, tycoon2 tu akan drop & bagi kesan yg lagi besar kpd pendapatan perkapita dorg. So dorg bail out banyak company mcm yg Dr Mahathir buat mase krisis ekonomi 98 dulu. Dulu dorg kutuk Mahathir bail out, skang dorg buat benda yg dorg kutuk tu. 

So pentingnya utk kerajaan melihat kpd Gini Index utk memastikan pembahagian kekayaan tu sama-rata. 

Ok, cukup utk kali ni. At least aku ade stand utk diri aku senirik, aku faham ape yg berlaku. Aku tak amek course business, aku budak medic. Tp aku banyak membaca utk faham. Aku tak bace Malaysiakini, Harakahdaily & Tranungkite.net sahaje, then sembang kosong, last2 berlagak pandai ekonomi. Tak, selain aktiviti2 lain, aku kuat bace psl ekonomi. Harap2 anda2 esply yg minat politik pun boleh buat benda sama or even lagi baik dari aku supaya anda tak jadi politician yg sampah!

Mohd Peng.

No comments:

Post a Comment