Tuesday, July 20, 2010

Siapa Tipu Rakyat?

Pakatan Rakyat: Rakyat terseksa, harga barang naik.

Mahfuz Pandir: Kerajaan kedekut. 

Kerajaan: Kita nak rasionalkan subsidi, kurangkan belanja kerajaan kt subsidi, kurangkan defisit fiskal & nak menuju target ekonomi berpendapatan tinggi. 

Sape yang main politik dan sapa yang cakap benar? Main politik di sini bermaksud isu yang berlaku tu dibesar-besarkan or maybe diputar belit supaya dorg dpt undi, sokongan & keuntungan politik. 

Ok, lets be more academic than politic on economic issues. 

Aku pilih 8 negara utk perbandingan; Malaysia, Singapura, Indonesia, Egypt, Thailand, Venezuela, UK & US. Aku bandingkan untuk tahun 2008, 2009 & 2010

Inflasi

Inflasi ni bermaksud kenaikan harga barang tanpa kenaikan gaji. Bg aku, inflasi ni boleh bg gambaran secara total status ekonomi rakyat sesuatu negara tu, sengsara or tak.

Malaysia - -2.0% (2008), 5.4% (2009),0.4% (2010)

Egypt -9.5% (2008), 18.3% (2009),10.1%(2010)

Singapura -  2.1% (2008), 6.5% (2009),0.6% (2010)

Indonesia - 6.30% , 9.9% , 5.0% 

Thailand - 2.20%, 5.50%, 0.9%

UK - 2.30%, 3.60%, 2.10%

US - 2.90%, 3.80%, 0.70%

Venezuela - 18.70%, 30.40%, 27.30% 

Untuk tahun 2010, Malaysia merupakan negara paling rendah kadar inflasi antara 8 negara ni. Venezuela, sebuah negara pengeluar minyak jgk tapi kadar inflasi dorg sgt tinggi. Ini bermaksud rakyat  Malaysia paling kurang sengsara antara 8 negara ni. 

Ok. Kita tak nilai currency exchange rate utk nilai kuasa beli rakyat di sesuatu negara. Tp kita guna Pariti Kuasa Beli.

Pariti Kuasa Beli (bahagi nilai tukaran mata wang; USD)

Pariti kuasa beli adalah satu measure utk nilai barang yang dibeli dalam satu negara & dibanding dgn negara lain. Nilai ni bukanlah utk menilai currency exchange rate. Nilai ni digunakan untuk menunjukkan taraf hidup sesuatu negara. Senang citer, nilaian ni menilai utk beli sebakul barang yang sama dalam suatu negara dgn bandingan yg tetap antara 2 negara. Biasanya nilai ni dibandingkan dgn nilai dolar amerika. Contohnya dengan 1 dolar Amerika, kt Egypt kite dah dapat makan spaghetti sepinggan, tp kt Amerika tak cukup. Ini bermaksud, harga spaghetti kt Amerika lebih mahal dan kuasa beli rakyat Amerika lebih tinggi. Ini bukanlah bermaksud rakyat Amerika kene spend duit lebih, tapi taraf hidup kt Amerika lagi tinggi jika dibandingkan dgn Egypt.

Dengan 1 dolar Amerika, pariti kuasa beli bagi (tahun 2007):-

  • Malaysia - 2.105
  • Singapura - 1.425
  • Egypt - 2.242
  • Indonesia - 4753.084
  • Thailand - 17.598
  • Venezuela - 1.59
  • UK - 0.651

Ok, kuasa beli rakyat Malaysia agak rendah kalo dibandingkan dengan US (1.0), singapura, UK & Venezuela. Dgn satu US dolar, org US dah dapat beli pape barang yg berharga 2.105 USD kt Malaysia, maybe sepinggan nasi goreng kampung. Nilai ni akan improve kalau gomen naikkan household income dan naikkan nilai ringgit berbanding USD. Sbb tu kena support kerajaan kalau kerajaan kata nak tukar ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Tp aku berpendapat bahawa kalau naikkan nilai tukaran ringgit berbanding USD secara mendadak, ini tak bagus, maybe akan kurangkan export rate kite tambah2 pengimport2 dari negara2 Islam. Pengimport2 dr negara2 Islam terpaksa tambah lagi duit utk unit eksport yg sama & dorg akan rugi. So kalau gomen nak naikkan nilai tukaran matawang, kalau dorg tanak negara2 islam lain susah, negara2 islam yang terlibat kene same2 naikkan nilai mata wang dorg. Cara lain yg boleh dibuat adalah dengan memperkenalkan currency baru antara negara2 islam, maybe dinar emas. So pertukaran antara negara2 Islam dibuat dalam dinar emas dan pertukaran antara negara2 lain dibuat dalam ringgit&USD. Kita untung, negara2 Islam pun untung & negara2 lain terpaksa bayar lebih utk nilai import dr negara kita.  

Pastu orang kata plak penduduk kt bandar2 di Malaysia mmgla gaji besar secara umumnya berbanding dgn penduduk kampung. Ni dah masuk topik wealth distribution. So utk pembahagian kekayaan, ade satu indeks yg menjadi nilaian, Gini Index.

 Gini Index

Indeks Gini ni utk nilai wealth distribution dalam satu negara tu, sama-rata ke tak. Kadang2 dalam 1 negara, esply negara kapitalis, ade ramai sangat gol. yg kaya-raya & ada ramai sgt jgk gol. miskin, jurang kaya miskin tinggi. Tapi pendapatan perkapita negara2 kapitalis ni tinggi sbb orang2 kaya ni dah cover utk org2 miskin. Pendapatan perkapita ni kita amek purata pendpatan dalam satu negara tu. So sbb tu la org2 kaya boleh cover org2 miskin & ini menyebabkan pendapatan perkapitan yg tak betul serta tidak memberi gambaran sebenar ttg KDNK dlm sesuatu negara.

Kite ikut ranking; Malaysia 33rd, Singapura 27th, Egypt 73rd, Thailand 50th , UK 74th, US 39th, Venezuela 26th.  *Gini Index ni jarang di update aku rase, so byk negara yg tak update. 

Ape yg Dr Mahathir cakap psl UK & US punye pendapatan perkapita tu betul. Dorg negara kapitalis, tycoon2 bisnes ni dah cover perkapita dorg, so mmgla tinggi nilainya. Tp bile berlaku recession, tycoon2 ni la yg plg affected. Bile dorg drop, kadar penurunan perkapita yg berlaku lagi tinggi berbanding dgn negara2 yg lain. So ekonomi dorg lg nampak jelas terjejas. Tp beserla, kalau dorg terjejas, satu dunia akan terjejas. Semoga kuasa ekonomi baru akan muncul nanti & kita takkan bergantung kt dorg sgt dah. 

Malaysia rank 33rd antara sume negara. Egypt plak rank 73rd. Ni bermaksud wealth distribution kt Malaysia tadela zalim sgt, orang miskin tu masih ada, tapi jurang kaya dan miskin tak jauh sangat. Singapore plak rank 27th. Dorg negara kecik, mmgla senang nak avoid income disparity, mcm Brunei. 

Malaysia

  • Nilai2 bawah ni mungkin tak berape tepat & salah sebab nilai2 hanya di amek dari estimated value je. 
  • Publict Debt@ hutang kerajaan kita rank 49th dgn peningkatan sebanyak 16.02%  
  • Industrial production growth rate kita bergerak dalam kadar -8.0 %  
  • GDP - real growth rate kita bergerak dalam kadar -2.80%
  • GDP - official exchange rate kita bergerak dalam kadar -6.66% 

Kerajaan ade bgtau ada peningkatan dalam GDP kita, jadi ini bercanggah dgn estimated value kt atas, maybe sbb dorg estimate ekonomi dunia akan pulih lambat lagi. Tapi dalam masa yg sama, hutang kita memang meningkat, industrial production growth rate kita berkurang & GDP official exchange rate kita pun berkurang. 

Jadi ape yg kerajaan kene buat adalah kurangkan hutang or at least kurangkan kadar peningkatan hutang kita, tambahkan peruntukan untuk industri & R&D dalam negara kita, esply yg Najib highlight dlm NKRA, dalam 6 bidang keberhasilan utama tu & kurangkan belanja. 

Logiknya nak kurangkan hutang kene kurangkan belanja. Kerajaan decide utk kurangkan subsidi dalam nak kurangkan belanja. Pakatan Rakyat plak bangkang kerajaan kurangkan subsidi kt 5 barang tu, dorg suggest kerajaan kurangkan subsidi kt Independent Power Producer (IPP) & Konsesi Tol yg dimiliki oleh tycoon2 bisnes. Dorg jgk cadangkan kerajaan stop projek2 yg tak untungkan rakyat macam istana 800juta sume tu.

Aku tak berminat nak compare subsidi mane yg patut ditarik, antara 5 barang tu or IPP. Tp aku setuju kerajaan kurangkan subsidi kt 5 barang tu.

Berdasarkan kpd laporan Kementerian Kewangan, ade pertumbuhan sebanyak 4.5% utk GDP/KDNK kita utk suku ke 4 tahun 2009, pastu berdasarkan peratusan inflasi kita yg lebih rendah berbanding negara lain (0.4%) dan yang paling penting, hutang kita yang meningkat dgn tinggi. Atas sebab ini, aku setuju kerajaan kurangkan subsidi kt 5 barang tu, gula, minyak, LPG & etc. 

Hutang Negara

Hutang ni jgn buat main2. Aku tgk kadar hutang negara kita, peratusan peningkatan hutang negara kita agak membimbangkan bagi aku & ranking kita rendah. Ini bermaksud ade pengurusan wang yg tak betul berlaku atau faktor luar yg kacau. So aku kaji2 skit, punca kpd peningkatan hutang ni maybe berpunca daripada belanja subsidi kerajaan, terlebih belanja utk pembangunan & penurunan ekonomi dunia (2008,2009). Maybe ni silap zaman Pak Lah dulu, koridor sane koridor sini, stop projek jambatan bengkok & lain2, maka naiklah belanja kerajaan & recession. Jadi yg kene tanggung kesannya Najib. 

Mulut Orang Politik

Mahfuz kata kerajaan kedekut, 5 sen dari rakyat pun nak amek. Ok, cube kite ikut cara Mahfuz. Subsidi dikekalkan & maybe ditambah lagi, so harga barang jd murah. Maybe Mahfuz Pandir ni suruh kurangkan projek2 yg ade, maybe die suruh batalkan projek istana baru, batalkan projek itu ini.. & maybe die kurangkan subsidi kt IPP. 

Ok, kesannya:

  • Belanja kerajaan berkurang, so jumlah hutang maybe berkurangan, rakyat plak hidup senang... Nampak cam bagus je kan? Ok, katakan tetibe berlaku lagi kenaikan harga minyak dunia... Mahfuz nak buat camane? Amek untung Petronas nak cover subsidi supaya harga minyak dlm negara tak naik? Tak boleh, dia senirik yg bangkang kerajaan amek duit petronas banyak2, plus petronas pun nak jage margin pelaburan dorg untuk mase depan dorg. Harga minyak dunia mmg tak akan stabil, ini fakta.
  • KDNK/GDP negara maybe turun or statik dan tak akan naik. Permintaan domestik maybe naik sbb barang runcit murah. Tapi Mahfuz dah kurangkan peruntukan utk pembangunan, kurang total investment, so ni bleh affect KDNK & kurangkan KDNK negara. KDNK ni main measure yg org tgk. Bile KDNK turun, banyak kesan buruk die. 
  • Bile kurang pembangunan & investment, negara takkan maju. Peningkatan pengaliran wang & permintaan domestik drp harga barang yg rendah kesan drp subsidi yg Mahfuz kasik tu tak berape sgt pun kalau nak bandingkan dengan cara Najib. Kalo Najib berjaya dgn plan die, percayalah kuasa beli rakyat akan naik, permintaan domestik akan naik, peningkatan pengaliran wang pun akan naik dgn lebih tinggi. 
  • Dengan menambah subsidi, harga barang akan murah. Tp parity purchasing power or pariti kuasa beli rakyat tak akan bertambah. Maksudnya rakyat kita senang kt dalam negara sendiri je. Tp bile travel or duk kt negara lain (bukan bekerja kt negara lain), kita susah. So maybe migrasi akan berlaku, ramai rakyat negara kite esply yg profesional akan pindah migrate ke negara yg lebih maju so that dorg dpt lagi banyak gaji. Contohnya ape yg berlaku kt Indon, Egypt & Malaysia sendiri. Kan kecoh isu doctor & profesional lain kerja kt luar negara sbb gaji lagi mahal.
  • Pasal Independent Power Producer ni aku tak tahu sgt. Yg aku google2 Mahathir dah sign kontrak dgn tycoon2 lebih dari 1 dekad yg lepas utk isu power supply. Tp Idris Jala kata, cadangan utk kurangkan subsidi utk IPP ni cadangan yg bagus & dorg akan reconsider nanti.

Ringkasannya, model ekonomi yg Mahfuz mimpi2kan tu memangla bagus utk jangka masa pendek & untuk rakyat2 termiskin. Tapi model ekonomi Mahfuz ni takkan boleh tukar status negara kita daripada negara membangun kpd negara maju. Kerajaan belanja banyak untuk bagi harga barang dan kos hidup rendah. So rakyat hidup senang. Tapi household income tak akan bertambah, kalau bertambah slow sgt.  

Cara Najib plak, kerajaan kurangkan subsidi utk certain barang dan aku harap betullah dakwaan kerajaan utk pakai subsidi tu utk pembangunan & kurangkan defisit fiskal. Memangla untuk jangka masa pendek kita & esply gol. termiskin susah, tapi ada banyak cara utk selesaikan masalah ni. Satu lagi kekurangannya, pembangkang dpt manipulate la isu ni. 

Logiknya, kalau kita ada RM 10 & kita belanja semua akhirnya duit tu akan abes. Tp kalau kita belanja RM 2 je then spend yg lebih tu utk melabur, duit tu akan berkembang, jangka masa pendek kita seksa skit kene berjimat, tp utk long term kte untung, duit bertambah. 

Aku tak kesah orang nak bangkang kerajaan, tp aku mmg hangin jgk la dgn org cam Mahfuz, bajet pandai ekonomi, tapi belajar ekonomi malas. Orang2 cam Mahfuz ni la yg dapat sambutan kt kampung2 dan orang2 yg senang dimanipulasi, yela petah bercakap. Keje nak apikan keadaan & tak akademik. Anwar Ibrahim pun tak tolak bulat2 cara Najib dalam isu rasionalisasi subsidi nih.

Last sekali, kerajaan Barisan Nasional dah hilang byk kerusi & undi. Dalam keadaan camni, Najib buat decision utk kurangkan subsidi & harga barang pun naik, adakah Najib suke2 buat camtu? Die tau die akan hilang undi kalo buat camtu. Tp die buat jgk, die amek risiko. Sama ada die bodoh nak kalahkan BN OR die memang nak jaga ekonomi negara. Allahu'alam.

Mohd Peng

Rujukan - http://www.indexmundi.com/

Thursday, July 15, 2010

Ekonomi Negara Ketiga, Negara Maju & Pak Pandir

Post ni bukan nak suruh sokong Umno or benci pembangkang. Tp post ni utk kita sume berfikir.

Harga barang naik lagi, tp aku bersetuju dgn kenaikan harga barang kt Malaysia tu sbb aku percaya kerajaan mmg terpaksa kurangkan subsidi skit demi skit maka kesannya harga barang naik. Jd peruntukan utk subsidi tu dptlah dipindahkan kpd pembangunan dan pelaburan. 

 Ok. Adakah inflasi akan berlaku? Ini bergantung kpd nilai pendapatan. Kalau pendapatan naik berkadar terus dgn kos sara hidup, maka inflasi tak akan berlaku. Kalau pendapatan tak naik tp kos sara hidup naik, inflasi mungkin berlaku. Kalo kos sara hidup naik terlampau tinggi tapi pendapatan tak naik, maka inflasi akan berlaku.

Aku tak berminat dgn mana2 politicking daripada Pakatan Rakyat dalam isu ini, baik dari Anwar, Mahfuz Pak Pandir or sape2 pon. Kalo dorg jd kerajaan, dorg pun terpaksa buat benda yg sama kalau dorg nak negara maju. Kalo dorg naik or kekalkan jumlah subsidi, naikkan pendapatan, mmg ada baiknya seperti kenaikan pengaliran wang. Tp ni model ekonomi negara yg tanak membangun, yg tanak keluar dari zon selesa. Model ekonomi camni mempunyai peruntukan yang lebih rendah untuk pembangunan. Bile kurang pembangunan, maka statikla negara tu. 

Antara sebab lain aku bersetuju dgn pengurangan subsidi ni adalah kerana aku sokong model ekonomi yg Malaysia nak capai iaitu model ekonomi negara maju. Negara maju memang kos sara hidupnya tinggi tapi pendapatan jgk tinggi. Berbeza dgn negara ketiga & negara membangun, kos sara hidup rendah kesan dari aktiviti subsidi seswai dgn pendapatan yg rendah. Kebaikan model ekonomi negara maju ni salah satunya tanggungan atau liabiliti kerajaan lebih rendah berbanding dgn negara ketiga & membangun. Jadi kerajaan ada lebihan peruntukan utk pembangunan & pelaburan, so peluang perniagaan lebih banyak. Maka peluang pekerjaan pun lebih banyak dan percayalah, model ekonomi jenis ini, kalau diberi masa jauh akan lebih maju dan menguntungkan.

Contohnya kalau kita banding US,UK & Egypt. Sbb tu banyak migrasi or perpindahan yg berlaku dr Egypt ke negara2 yg lebih maju, sbb rakyat die nak pendapatan yg lebih tinggi. Basically, selagi mana inflasi tak berlaku, maka rakyat akan hidup selesa.  

Aku belum cakap detail spt KDNK, figures & formula2 yg ada. Tp aku rase ni dah cukup utk peningkan sesetengah drp kita. So aku buat analogi.

Ok, katakan ada 3 buah rumah yg wujud dan setiap rumah tu ade ayah, mak & anak2. 

Brief:

Rumah A ade mak pak + 5 org anak.

Rumah B ade mak pak + 5 org anak.

Rumah C ade mak pak + 5 org anak

Jumlah Pendapatan:-

Rumah A: RM 1000 sebulan. 

Rumah B: RM 3000 sebulan.

Rumah C: RM 10 000 sebulan.

Bagi jumlah perbelanjaan & simpanan bulanan:-

Rumah A: RM 750 jadi simpanan RM 250

Rumah B: RM 1500 jadi simpanan RM 1500

Rumah C: RM 7500 jadi simpanan RM 2500

Ok. Rumah A mempunyai kadar perbelanjaan yg rendah mungkin kerana:-

  • Barang yg dibeli sikit
  • Brand barang yg dibeli murah
  • Usaha-usaha penjimatan yg efektif

Rumah B dan C plak mungkin beli lebih banyak barang, barang2 branded plak tu & kurang usaha penjimatan.

Satu lagi nilaian adalah kadar kebahagiaan:-

Utk measure yg ni, aku letakkan nilai inflasi sbg ukuran.

Rumah A happy. Rumah B pun happy. Rumah C lagila happy.

Sbb ape sume happy walopun jumlah pendapatan & kuasa beli berbeza?

Maybe sbb dorg dah set margin/had perbelanjaan & simpanan semasa dan kewangan dorg masih dalam margin serta defisit/hutang/lebihan belanja tak berlaku. 

Jadi jumlah pendapatan bulanan dorg dapat tanggung jumlah perbelanjaan dan inflasi tak berlaku dalam keadaan ini.

Kita tgk plak kemajuan rumah2 tersebut. Utk measure yg ni, aku tgk pd jenis, saiz rumah, kereta yg dipakai dan lain-lain seperti saiz tanah.

Rumah A mempunyai kadar kemajuan paling rendah, rumah B sederhana & rumah C tinggi.

Rumah C dapat melabur dgn lebih tinggi berbanding rumah2 lain sbb debit dorg lagi banyak. Ini termasuk dgn saiz tanah yg besar yg harganya akan naik stp tahun serta kedudukan tanah yg lebih strategik. Maka aktiviti ekonomi dalam rumah C lebih variety & menguntungkan.

Ok. Katakan tetibe berlaku kenaikan harga barang. Rumah yg paling tergugat adalah rumah A sbb kuasa beli dorg paling rendah. Rumah C paling kurang tergugat sbb kuasa beli dorg tinggi.

Ok, cukup analogi. 

Kite terjemahkan keadaan2 rumah2 ni dalam level negara plak. 

Kalau Malaysia nak pilih utk terus kekal dgn model ekonomi macam Rumah A, kesan utamanya adalah pd interaksi atau hubungan diplomatik Malaysia dgn negara2 lain yg merangkumi nilai eksport&import. Nilai eksport takkan berkembang malah mungkin akan dimanipulasi oleh negara lain. Logiknya, barang kita murah, negara lain plak makin maju. So dorg maybe akan increase demand dari kita sbb barang kita murah dan dorg yg akan untung bile jual kt negara sendiri or modify nilai eksport kita jd produk yg lebih mahal & menguntungkan. 

Contohnya banyak negara import produk elektronik dari kita, kita pun jd vendor dorg. Dorg plak akan siapkan produk elektronik ni jd satu produk yg siap dan of course lebih mahal. Silap2 maybe negara kita sendiri yg akan beli dari dorg. So jumlah keuntungan dorg lebih tinggi berbanding dgn kita. Kalau aku tak silap, US buat mcm ni kt negara kita. 

Kesan lain dgn model ekonomi macam Rumah A adalah jumlah import. Katakan kita kekalkan unit import kita, tapi disebabkan negara lain maju, maka jumlah harga nilai import dgn jumlah unit yg sama tu akan naik, kita akan bayar lebih. Kesannya kita rugi. Contohnya sebelum ade engine Campro, Proton import engine dari mitsubishi utk certain model..sampai skang kot. Tp bile nilai import, bukan unit, tp nilai or harga barang yd di import tu naik, maka kita rugi. Tu antara punca proton tak dapat kasik harga yg ekonomi utk model2 dia yg dulu. Kesan buruk kt Proton, proton payahla nak compete dgn syarikat2 lain. Ni tak masuk isu kualiti lagi. 

Kesan lain, aku namakan "Immuniti Ekonomi". Ni yg aku fikir senirik. Negara yg ikut model ekonomi mcm rumah A or negara ketiga & membangun mempunyai immuniti ekonomi yg rendah dan sebaliknya bg negara2 yg membangun. Katakan bile berlaku recession or penurunan ekonomi(GDP), maka negara2 ketiga & membangun akan berdepan dgn kesan yg lebih teruk iaitu inflasi. Contohnya bila harga minyak dunia naik, maka harga minyak setiap negara akan terkesan, maka harga barang dan kos sara hidup akan naik. Kalau negara yg immuniti ekonominya tinggi, maka dorg ade mekanisme atau cara utk berdepan dgn masalah ni. Contohnya bila Najib bagi suntikan berape billion ntah tu, tu salah satu contoh immuniti. At least kita tak mengalami kejutan kenaikan harga barang dan kita boleh adapt.

Utk tidak mengalami kejutan kenaikan harga barang dan inflasi, pendapatan kene naik. Utk naikkan pendapatan, macam2 cara boleh buat, salah satunye tu lah, suntikan dari kerajaan, so industri2 yg mendapat suntikan tu ade modal utk berdepan dgn recession malah mungkin tambah lagi perolehan serta pendapatan. Nilah yg aku namakan immuniti ekonomi @ kebolehan utk adapt dgn keadaan semasa & pelbagai kemungkinan.

Yg lain macam Najib cakap. Model ekonomi negara maju kurang KDNK loss kt subsidi. So dorg boleh amek peruntukan utk subsidi tu untuk pembangunan & pelaburan. Ok, bandingkan kalo kita ade RM 10 dan kita melabur dengan kita ada RM 50 tapi tak melabur, kita guna utk belanja anak2 kita or utk konteks negara subsidi, yg mane akan nyebabkan duit tu bertambah? Of course la melabur kan? walopoun hanya RM 10. Lagi pun banyak syarikat boleh tumbuh, peluang kerja bertambah, banyak industri2 yg boleh kite explore dan macam2 lagi kebaikan. 

Ada banyak lagi sebenarnya tp aku yakin ramai dah pening. Tp kalau ade yg boleh doubt teori2 or pape yg aku tulis ni, silekan. Aku bagi contoh mudahla lg satu. Org US & UK kalo nak melancong kt negara lain contohnya Egypt, bg dorg takde kesan sgt pon sbb kuasa beli dorg tinggi. Tp org Egypt nak melancong kt US&UK, bg dorg tu ade pape, sbb kuasa beli dorg rendah. Gol. korporat tak termasuk dlm kes ni. So nampak tak beza kuasa beli rakyat negara maju & rakyat negara ketiga?

Last sekali psl pembahagian kekayaan. Tahun lepas aku pernah tulis pasal Gini index. Gini index ni adalah 1 index yg digunakan utk menilai pembahagian kekayaan sesuatu negara. Kebetulan Anwar Ibrahim ade pakai index ni dalam salah 1 ucapan dia, aku tak ingat dah yg mane. Tp yg aku ingat, aku pegi check index tu dan index yg anwar pakai tu salah, tp ramai org tak perasan.  

Ok, kepentingan gini index ni dari kaca mata aku adalah utk menilai negara tu kapitalis or tak. Hal ni penting, sbb Najib kate die target nak capai status ekonomi berpendapatan tinggi & then negara maju dan semua rakyat dapat rasa kenaikan tu. Tp kalau pembahagian kekayaan tu tak sama rata, maka ape yg akan berlaku samalah mcm kt US & UK mcm yg Dr Mahathir cakap. Mahathir kate US & UK mempunyai pendapatan perkapita yg tinggi sbb tycoon2 dorg dah cover pendapatan perkapita tu, walhal dalam mase yg same pendapatan perkapita dorg tadelah tinggi sampai camtu. So bile berlaku recession, tycoon2 tu akan drop & bagi kesan yg lagi besar kpd pendapatan perkapita dorg. So dorg bail out banyak company mcm yg Dr Mahathir buat mase krisis ekonomi 98 dulu. Dulu dorg kutuk Mahathir bail out, skang dorg buat benda yg dorg kutuk tu. 

So pentingnya utk kerajaan melihat kpd Gini Index utk memastikan pembahagian kekayaan tu sama-rata. 

Ok, cukup utk kali ni. At least aku ade stand utk diri aku senirik, aku faham ape yg berlaku. Aku tak amek course business, aku budak medic. Tp aku banyak membaca utk faham. Aku tak bace Malaysiakini, Harakahdaily & Tranungkite.net sahaje, then sembang kosong, last2 berlagak pandai ekonomi. Tak, selain aktiviti2 lain, aku kuat bace psl ekonomi. Harap2 anda2 esply yg minat politik pun boleh buat benda sama or even lagi baik dari aku supaya anda tak jadi politician yg sampah!

Mohd Peng.