Friday, February 19, 2010

Nak Mati Syahid Pun Kene Ikhlas

Nak mengSUFIkan perubatan?
Aku baru tau malam tadi, hari tu ade satu kursus tasawuf ape ntah kt cairo.
Aku pun dpt tau, syeikh tu kadang2 ganti Syeikh Nuruddin mengajar.

Aku berharap sangat agar ajk2 atau tangan2 yg membuat program tu tak akan bawak ajaran sesat masuk dalam perubatan. Besernye tasawuf ni org sufi yg duk sebut2 sgt... skit2 hati. skit2 hati. Dan kita sedia maklumla, org2 sufi ni besernye susah nak lurus, senang nak sesat.

Takpelah, sape2 yg berniat buruk tu, memesongkan fahaman islam masyarakat perubatan, aku doakan Allah bagi petunjuk kt die. Kalo jelas sgt menyeleweng, aku masuk nanti, jgn main2, akidah ni tak ternilai harganya, aku sanggup buat apa2 sahaja daripada membiarkan org2 falsafah duk putar akidah kawan2 aku. Boleh buat gaduh ni.

Ulama silam tak gune perkataan tasawuf, dorg lebih guna perkataan "tazkiyatun nafs"

Ade 1 hadis:-

Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (HR. Muslim)

Aku masih dalam dilema lagi sebenarnya.
Lepas aku terbace 1 hadis ni, aku terase sangat2.
Even nak mati awal pun kene ikhlas.
Hadis ni mmg bawak kesan mendalam sgt kt aku.

إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار

Maksudnya :

Antara yang terawal diadili di hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid.Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI". Maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka. Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)? Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran". Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI". Maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka. Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)? Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu". Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN". Maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)

Nak mati syahid pun kene ikhlas.
Aku sedang mencari ikhlas ni, payah.
Tapi aku takkan terjebak dgn mainan2 falsafah oleh puak sufi.
Puak sufi ni banyak main ayat je, hadisnye skit.
Kalo ade pun, hadis palsu.
Tu pasal banyak buat bid'ah tu.
Bile org tegur, tuduh org lain sesat, tuduh org lain tak rai khilaf.
Semoga Allah bagi petunjuk kt kita semua.

Last sekali aku nak share video penerangan daripada Ustaz Hadi Awang.
Walaupun die ni ulama haraki, tapi penerangan die ttg akidah ni agak sederhana.
Ini baru ulama mutawassit.
Secara ringkas die promote umat islam belajar 99 nama Allah tu bagi menyelesaikan masalah kalimah Allah baru2 ni utk jangka masa panjang. Bagi die, belajar akidah dengan pakai kaedah sifat 20 tu tak salah, tapi belajar secara falsafah je la. Ni hasil drp perkembangan pengaruh falsafah greek mase tu. Tp bile jadi je isu kalimah Allah baru2 ni, masalah takkan selesai kalo kite stick je kt kaedah sifat 20 ni. Kita kene belajar 99 nama Allah tu.
Link ->

TG Hj Hadi: Wahabi adalah ASWJ.. Asya'irah pun ASWJ.. Maturidiah juga ASWJ..



Sekian,

Mohd Peng.

8 comments:

  1. ko jangan pukul rata semua sufi......

    islam iman ihsan

    islam kait ngan fekah mende2 nampak

    iman kait ngan tauhid

    dan ihsan kait ngan tasawwuf bla222

    kalo ko prasan org skrg banyak disibuk dengan perbincangan fekah ...cam blog ko nih..sedangkan bukan semua masalah diselesaikan dengan fekah

    ada sebahagian masalah dapat diselesaikan melalui tasawwuf iaitu psikoloji islam la senang cite....

    islam ni bukan hanye hujah itu ini...bahkan lebih......soal hati penting

    kalo ko prasan manusia punye tidakan berdasarkan 2

    satu: lojik dan pemikiran cam otak..

    kedua: naluri dan gerak hati cam hati la...

    sekarang ini manusia terlampau banyak menumpukan aspek lojik dan pemikiran sehingga aspek kedua iaitu naluri dan gerak hati diabaikan

    islam mengasah naluri dan gerak hati manusia salah satunya memlaui tasawwuf la......

    barat sekarang pun mule menumpukan aspek EQ setelah sekian lama tenggelam dalam IQ....

    teruskan mencari..........

    ReplyDelete
  2. komen ko kurang tasawuf.
    tp ko nak bela sufi.

    tasawuf tak salah.
    yg salah duk reka hadis palsu,
    reka maqam2 tertentu,
    pastu buat amalan2 ibadat yg tak warid dari nabi,
    puja kuburla, puja syeikh la..dan lain2 lagi.

    aku bagi satu hadis,

    Sabda baginda: “Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari).

    Sebab tu saidina Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng” (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).

    simple je, org sufi ade buat salah, kite tegur. Nak terima alhamdulillah.
    Tanak terime, tayahla pi jemput nuruddin banjari tabur fitnah, bkn ssh kami, ssh kamu nak menjawab dgn Allah nanti, dah fitnah org kan.

    Allahu'alam.

    ReplyDelete
  3. salam ...
    tuan milik blog... ana dah byk baca artikel anta. semuanya xlebih dari nilaian seorang pengikut wahabi.

    maaf ana katakan, tasawuf itu salah kalau campuran ilmu fiqh dan tauhid. apa yang kelihatan dimesir, ramai yang ska beramal tp xska belajar. sbb tu nampak seperti tasawuf ini salah 100% padahal ulama2 muktabar dah letakkan beberapa garis panduan.

    contoh la yer... ketika kita solat. kalau ikut feqh, kita xperlu menjauharkan niat. sebagai contoh, aku solat fardhu zohor kalau solat ketika waktu zohor. sah solat tu.. tapi kalau diselitkan dengan tasawuf, kita akan sentiasa menjauharkan niat tu..kerana...takut2 kita terpengaruh dengan was-was syaitan dan moga2 tindakan kita itu mendapat redha allah s.w.t..

    feqh ini hukum ibadah anggota untuk kearah redha allah s.w.t..(fiqh ibadah tahun 1 syariah islamiyah azhar,mesir dan madinah)..

    jadi..kalau hukum anggota ada...di mana hukum hati? xkan kita xnak jaga hati.. kalau kita nak cari allah dan berharap amalan anggota je betul..mcm mana pula hati? bukankah ada dalil mengatakan allah tidak menilai kepada rupa paras tetapi menilai kepada hati yang bersih.

    boleh x bagi ana satu contoh yang mana contoh tersebut adalaha amalan feqh semata2 yang membolehkan orang islam itu solah dgn ikhlas?

    nta kena faham konsep ilmu.
    tauhid itu ilmu aqidah
    feqh itu ilmu amalan anggota
    tasawuf itu ilmu amalan hati

    tasawauf ini diajar bahasawanya tidak boleh dijadikan hujah dalam beramal kecuali feqh sahaja.. kalau individu tu nak beramal, itu hanya dia dgn allah dan haram sesekali menjadikan amalan dia itu dalil feqh atau pon tauhid..

    manakala tauhid pula xboleh dijadikan hukum feqh untuk dibahaskan dalam bentuk hukum...

    ana mintak nta pergilah cari guru2 untuk belajar. jgn baca buku seorang diri..

    bku perubatan boleh la bca sendirian .. itu pon kadang2 perlu kepada penerangan apatah lagi ilmu allah yang xlari daripada nak mencari redha-Nya.

    ana mintak maaf kalau ana tulis nixkena dengan fahaman ana.
    tp ana nak tanya,
    nta berguru dengan siapa dalam belajar ilmu agama ni?
    sehari, berapa kali nta menadah kitab dengan ustaz/syeikh?
    dalam sehari, berapa kali nta muhasabah diri?
    salam..

    ReplyDelete
  4. salam.
    dulu ana pernah nak berguru dgn ustaz2 PMRAM di Mesir ni, antara ustaz yg ana berminat adalah ustaz hairul nizam. Ana belajar skit je ngan die. Tapi setelah ana dijelaskan oleh kawan2(ustaz) ttg masalah PMRAM dan ana amik masa sampai dekat 2 tahun utk menilai dua belah pihak, maka ana keluar dr belajar ngan ustaz2 tu.

    Ana berguru byk berguru dgn Ustaz Md Saiful, dari kelantan, BA usul pakistan & BA syariah azhar, baru je balik Malaysia hari tu. Selain tu ana pergi kelas2 syeikh muhammad ismail muqaddam kt masjid fath islam.

    Syeikh2 lain yg jarang ana pegi kelas die spt Dr Yasir Burhami, Syeikh Ahmad Huthoibah.

    Syeikh Ibrahim kattani, ana tak berkenan nak belajar hadis dgn dia, sbb majlis zikir die pelik sangat, ana sangsi dgn dia. Tp ana hormatla dia.

    Ana salu download kuliah maulana asri yusoff kelantan dan dr asri zainul abidin.

    Ni kalo kt mesir.
    Kalo kt malaysia, ana salu pegi kelas ustaz kamaruzzaman dekat2 dgn kusza.

    Ana mtk maafla ye.
    Tapi wahabi tu ape?
    Sape wahabi?
    Sedap2 je enta tuduh org wahabi.
    Tapi ana tak kesah pun, sbb ramai je ulama besar dituduh wahabi jgk, Qaradawi, nik aziz, hadi awang, maulana asri, dr asri, dr wahbah, sume dituduh wahabi.

    Enta pun pegila kuliah, takyahla keje monteng je. pastu nak buat2 gempak plak kt sini. Blah r.

    ReplyDelete
  5. salam..:)
    ada ke ana tuduh wahabi dalam tulisan ana kat atas tu?
    hurm..nampaknya anta mmg dah selalu mentafsirkan sesuatu ayat dengan pemahaman nta. xde pon dalam ayat ana tu memburukkan wahabi cumanya ana ckp fahaman anta hanya sekadar nilaian seorang wahabi. ada ana ckp wahabi salah?

    dr wahbah ada ke org tuduh wahabi? wahabi tu orang tolak sebab aqidah bukan sebab feqh...mintak anta tolong faham betul2.. jgn terlalu campurkan hukum feqh,tauhid dgn hukum medic nta tu...

    :)

    ReplyDelete
  6. enta tu yg kene paham betol2. mintak tlg jgn campurkan dgn sufi majzub enta tu.

    dah tuduh berpaling-paling pulak.
    Ini ke yg diwar-warkan terbuka? sederhana sgt tu?

    ReplyDelete
  7. tuduh berpaling2?
    hurm..xpa la...ikut la apa yang nta belajar tu..cuma ana nak ingatkan...soal feqh boleh ada khilaf..soal aqidah xboleh ada khilaf...
    pastu..jgn anggap diri dah betul sgt sampai nak rod org pergi talqi dgn masyaikh luar..lagi2 masyaikh azhar...

    ReplyDelete
  8. bukan ana yg rod la.
    ana pun amek dari ulama.
    tade org maksum selain nabi.
    tataula kalo enta tak boleh terima kenyataan ni.

    even al bani pun ade buat silap.
    masalah yg berlaku, geng2 pmram duk promote syeikh2 sufi sahaje. kononnya kt azhar tu syeikh sufi sahaje yg wujud, sufi inilah ahli sunnah wal jamaah yg sebenar.

    ulama banyak, bergurula. jgn tinggi sangat hidung tu.

    ReplyDelete