Sunday, November 8, 2009

Aku Tidak Ilmiah

Aku delete post2 sablom ni sebab banyak sangat ayah orang yg aku kutuk dan itu sensetif.

Ade ustaz2 call aku semalam suruh sopan.
Ade yg suruh buat tajuk macam tu sebab aku tak hafal hadis man ahdasa.
Mereka menilai tahap keilmuan tu dengan jumlah hafazan barangkali.
Mungkin mereka boleh ubah cara nilai tu.
Mereka meminta supaya aku berhujah dengan ilmiah.
Itu satu permintaan yang bagus.

Aku boleh je tanak mencarut.

Aku harap mereka pun akan berhujah dengan ilmiah.
Tanpa mengira sape yg tulis, budak medic atau agamawan.
Tak kire sape, hatta org liberal macam Astora.
Contohnya macam Astora, die kate tak pakai tudung takpe.
Die amek pendapat ulama mane ntah, mmg ade pendapat tu, tp zhon.
Lalu Dr Asri berhujah dgn beliau secara ilmiah.
Selaras dgn uslub dakwah yg diseru dalam quran, supaya berjidal dengan lebih baik.

Jadi kawan-kawan yang ade pendapat tentang agama, sile tulis sahaja.
Tapi dengan ilmiah.
Kalo mencarut cam aku, mmg best.
Tp itu tidak ilmiah.
Dan tambah dosa.

Akhir sekali, kepada ustaz-ustaz PMRAM yg bace post ni,
aku merayu ni,
silelah kembali kepada asas-asas agama.
Perbuatan-perbuatan seperti membuka aib orang lain,
menyebar berita yang tak tahu kebenarannya,
seperti memburuk-burukkan ISMA dan JMPK,
hanya mengundang perpecahan umat islam.


Mereka mintak aku siasat due2 belah pihak.
Aku pun mintak mereka pun siasat due2 belah pihak sebelum tertabur fitnah lalu berdosa.
Rangkaian dosa itu bersambung apabila budak2 lain termasuk budak medic turut same menyebarkan fitnah2 tersebut. Maka beratlah dosa anda.

Bagi aku, perbuatan-perbuatan tu tak termasuk dalam mengumpat yg dihalalkan.
Dan tentu sekali perbuatan-perbuatan tu tidak ilmiah.

Jadi, kalau nak orang lain hormat PMRAM,
nak orang lain bantu PMRAM,
bantu dana imarah PMRAM dan lain2,
Silelah kembali kepada asas-asas agama.

Tuan Presiden PMRAM seharusnya bertanggungjawab dengan ahli-ahlinya.
Sepertimana yang telah dibuktikan oleh Ustaz Hairul Nizam,
mantan Presiden PMRAM, yang berjaya mengurangkan perpecahan semase memimpin PMRAM.

Akhir kata, Allah lebih tau, bukan aku, bukan ustaz2 PMRAM.

Mohd Peng.