Saturday, March 27, 2010
Tok Lebai Takes It All
Kalau anda nak jadi ulat buku medic 24/7, silakan. Tp jgn blame org lain yg nak kritikal dalam berfikir ttg realiti hidup ni. Another bricks in the wall, kita bakal doktor or ustaz or whatever it is dan kita bukan bakal robot.
Jika diberi pilihan supaya memilih antara Khairy Jamaluddin dan Anwar Ibrahim, siapakah yang anda pilih?
Atas alasan keuntungan umat islam di Malaysia, aku memilih Khairy Jamaluddin, walaupun family aku semua org kuat PAS. Ya, Khairy Jamaluddin.
Kenape?
Sbb die boleh control non-moslem yg bergayut kt belakang die dan Anwar tak mampu walaupun dgn bantuan dari pemimpin-pemimpin PAS.
Anyway, sama ada Khairy ataupun Anwar, dont be so childish la, it's not worth to fight for.
They are politicians & they want post, of course they cant say this publically, dont be so naive.
Aku percaya, jauh dalam hati mereka berdua, bila sampai kepada dilema antara pertahankan agama islam ataupun keuntungan dunia yang lain, aku percaya dorg akan lebihkan islam sesuai dgn tahap iman dorg. So tak perlu pening-pening sgt. Just maybe Anwar should find a way la to dakwah all the non-moslem yg bergayut kt dia supaya tak menentang islam, termasuk yahudi-yahudi yg berkawan dgn dia. Tak salahkan kawan ngan yahudi? Tp tentunya berbeza antara hikmah dalam berdakwah dan bertalam-talam dgn orang lain.
Lame tak citer pasal politik kan? hehe.
Pada sesetengah orang, politik Malaysia skang nampak cam serabut, kacau.
Tapi pada sesetengah yg lain, itu perkembangan yang bagus,
no matter who's governing, but this fifty-fifty condition would wake the government somehow.
& here i am, masih kekal sbg pemerhati. Senang kan, kita tgk org politicking, kte pun komen je. haha.
So aku nak kongsi benda2 yg mungkin ramai tak nampak lagi.
Dulu, lepas pilihan raya umum, aku ramal dah ape yg akan jadi.
Dan dgn tak bangganye, sume ramalan aku tu betul. haha.
Fokus Umno kt islam meningkat, which is better than nothing la.
DAP yg bersifat racist nampak cam anti-islam tu maybe ramai da nampak.
Tapi aku penah ramal dulu, MCA akan buat hal.
So that populariti MCA utk chinese akan berkurangan dan undi akan berpindah kpd opposition.
Sekaligus akan menambah majoriti chinese dalam Pakatan Rakyat.
Ni maybe ramai tak perasan lg kot.
Tapi ni masih teori je. Sbb MCA pun tgh buat pilihan raya. So wait & see la percaturan dorg.
Aku rase kalau dorg betul2 ade agenda anti islamisme, dorg akan buat mcm yg aku ramal tu.
Dorg akan spoilkan parti sendiri & bagi majoriti undi chinese kpd Pakatan Rakyat.
They might be bypassing their aims easier with Pakatan Rakyat than Barisan Nasional.
The point is who says chineses cant act?
& who says chineses wont convert to islam?
Macam PAS berlakon dgn Umno, kononnya tak bley da nak unite.
Tp diam2 masih ada diskusi & unite ni tak semestinya duduk dalam 1 parti,
maybe unite utk certain common interests la.
At least PAS dah tak macam Tok Lebai.
Ni satu peningkatan yg bagus.
Contohnya Ustaz Hadi Awang bile suarakan isu kalimah Allah, he ends up by proposing tukar rukun negara yg 1st kepada Kepercayaan Kepada Allah which is politically smart! I mean in term of islam's interest, ianya sangat bagus.
Cumanya, ade beberapa perkara yang aku dah agak akan berlaku dan sedang berlaku.
Berkait dgn isu kaum muda & kaum tua di Malaysia. wahabi sufi sume tu la.
Kalau kite tgk, Pakatan Rakyat lebih mesra dgn pandangan2 Kaum Muda.
Berbeza dgn Barisan Nasional yg begitu subjektif.
Contohnya dalam isu kalimah Allah, isu equality dan lain-lain.
So adela sebilangan golongan agamawan yg cepat sgt buat kesimpulan, dulunya kuat PAS dan anti-Umno, tapi skang ni dah mula "Mesra Umno". Ini kerana dorg mungkin berpendapat bahawa Umno akan mempertahankan fahaman & tradisi kaum tua di Malaysia. Jadi mereka berubah angin, "kita tak bolehla maki hamun Umno bla3...."
Bile tgk keadaan ni, aku pun tatau nak buat ape selain tersenyum keh keh. haha.
Tula beza level pemikiran middle class & upper class, im not saying pape eh. hehe
Cepat sgt jump to conclusion then terus decide nak buat ape.
Anyway, Malaysian's political order tak macam tu.
Dorg kene jatuhkan Dr Jamil Khir dulu kalo dorg betul2 nak perang dgn kaum muda ni which is tak bagus. Dr Jamil Khir agak terbuka dan dia memang buat kerja sbg menteri agama.
So aku tak nampak gambaran yang lain selain drp "Tok Lebai Takes It All"- lagu Abba. hehe.
Bukan aku nak kritik mereka yg berfahaman tua ni, jauh sekali aku nak melabel-label.
Tapi tak bolehke bersihkan hati tu? Maqam sufi dgrnye tinggi, mesti pandai tasawuf kan?
Kenape mesti nak jatuhkan jgk kaum muda ni?
Kenape tanak luaskan lagi perbincangan secara ilmiah, raikan hal2 khilafiyyah?
Kenapa tanak jemput Ulama-ulama hadis yang layak utk ajar ilmu hadis?
Dalam ramai-ramai syeikh2 Azhar tu, kenape nak promote ulama-ulama sufi jgk?
Kenape belakangkan syeikh2 ulum quran, syeikh2 hadis?
Well, susah nampaknya mereka nak pertahankan fahaman kaum tua ni.
Semoga hati mereka lembut utk terima kebenaran. Amen.
Dr Asri dah lame sebut ttg akhlak ni.
Tak kesah pun org duk jatuhkan kaum muda@salafi ni, tapi akhlak sbg org islam secara umumnya dan sbg pendakwah secara khususnya kenala constant walau kt mane2 pon.
Dgn DAP kita bukan main berlembut atas nama dakwah.
Tapi dgn Umno, "Tak payahla, 50 tahun da memerintah, hapak pun tak bawak untung kt islam... pegi jahanam sama Umno..".. Yg sebut ni pun ulama PAS yg condong salafi, manusia mane yg perfect kan? So tu pentingnya tak taqlid buta.
Itulah dilema tahalluf siasi & akhlak sesama muslim.
Mereka-mereka dan anda yg membaca ini mungkin bley dpt jawatan best2 dalam masyarakat nanti. Anda boleh, kalau pandai bercakap, putar2 skit, pandai cari kawan, bleyla tu kot.
Tp fikir-fikirla, ape yg kite kejar sebenarnya, Allah atau terhapusnya kaum muda?
Mohd Peng.
Tuesday, March 9, 2010
Penantian
Aku boleh sangat nak pukul, dorg boleh lawan balik & aku akan menang.
Bukan nak cakap besar, tapi aku mmg pandai free sparring.
Tapi macam mane turunnya islam, mengubah watak saidina umar,
macam tu jgk yg aku tgh lalui.
So aku avoid la budak2 & benda2 yg buat aku tak senang.
Sabda Nabi saw:-
"Sungguh mengagumkan perihal mukmin. Sesungguhnya semua hal yang dialaminya adalah baik. Sifat itu tidak dimiliki siapapun kecuali oleh seorang mukmin. Jika ia mendapatkan hal yang menyenangkan, ia bersyukur. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ia ditimpa hal yang menyakitkan, ia bersabar. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya."[HR. Muslim]
So aku kene belajar positivity dan bersabar.
Aku ade buat lagu baru - Terimalah Cintaku.
Aku tak kenal sangat pompuan2 lain atas muka bumi ni melainkan family aku.
So aku tatau, pompuan besernye nak laki yg camane.
Pendek citer aku bendul la... 5 tahun aku sekolah all boys.
So aku buatla lagu ni.
Pastu ade satu artikel best utk pompuan2 muslimah.
Pompuan muslimah & mukminah menjaga pergaulan dorg.
So artikel ni boleh jadi motivasi.
Diambil dari - http://fsialbiruni.multiply.com/journal/item/6
(Ade hadis2 dalam tu aku tak check pun kesahihan die. So kalo ade yg maudhu' ke ape gtaula ye..)
Have a nice day.
Mohd Peng.
-----------------------------------------------------
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada siapapun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran sseorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatku tersadar dari lenaku yang panjang.
Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapak terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun karena aku tidak mau membelakangimu.
Aku menghalang diriku dari mengenali lelaki manapun karena aku tidak mau mengenal lelaki lain selainmu, apa lagi memahami mereka. Karena itulah aku sekuat ‘kodrat yang lemah ini’ membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah karena rumah itu tempat yang terbaik buat sorang perempuan. Aku sering merasa tidak selamat dari diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada karena contoh banyak di depan mata.
Aku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik memperhatikan diriku atau coba merayuku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi (asing) karena Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.” Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan ALLAH kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan ? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari ridha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga….
Wassalam…
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya…cukuplah dengan itu hilan harga dirinya…di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah. PELIHARALAH DIRI DAN JAGA KESUCIAN.
Thursday, March 4, 2010
Cane nak lamar wanita or lelaki mengikut sunnah?
Macam ramai je nak kawen cuti summer nih. Jadi post kali ini citer pasal cane nak melamar wanita mengikut sunnah, adakah salah wanita tawarkan diri kt laki2 yg baik utk dikahwini & artikel tentang penggunaan hadis palsu dalam merendahkan peranan kaum wanita.
Kadang2 kite terbayang puak taliban salu pinggirkan peranan wanita, kononnya mengikut islam.
Tapi sedar tak sedar, perbuatan mengongkong wanita dgn perasaan lebih alim@wara' itu hanyalah bersandarkan kpd hadis-hadis palsu. Namun tidaklah islam membuka kpd wanita sehingga "terbuka" semuanya. Untuk lebih lanjut, sile klik link -> Guna Hadis Palsu Pinggir Peranan Wanita
Kita ke persoalan yang lain pula, bagaimana mahu melamar si dia mengikut sunnah dan adakah perbuatan wanita menawarkan diri kepada lelaki yg soleh adalah salah?
Di sini ingin penulis tekankan tentang label "SOLEH"...
Tidaklah soleh itu terletak pada kopiah si pemakai, mahupun ketebalan lilitan serban.
Tidaklah juga soleh itu terletak pada mereka-mereka yang hanyut berzikir sehingga terbuat bid'ah yang disangka bid'ah hasanah. (p/s - semua bid'ah sesat, tade yg baik..)
Tidak pula soleh itu terletak pada ayat-ayat bunga, kiasan, lembut bermadah dalam ucapan dan percakapan. (p/s - profesional, direct to the point & diam bile perlu lagi bagus)
Tidaklah jugak soleh itu terletak hanya pada ahli-ahli gerakan islam sahaja...
Ulama berbeza pendapat dengan banyaknya dalam memahami hadis2 tentang jamaatun muslimun, jadi usahlah mendabik dada.
Tetapi soleh atau tidak seseorang itu, nilaiannya adalah mengikut sunnah & meninggalkan bid'ah. Inilah nilaian kita.
Ni copy dari al-ahkam.net.
Bagaimana Mahu Melamar si Dia
Disember 16, 2007 — mohd masri
askm, mcmne cara2 utk memikat si dia yg kita minati menurt sunnah?
jawapan:
Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:
1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda
2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.
4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.
Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman.
ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si dia menurut asSunnah. selamat mencuba. Sekian WA
Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan" (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
(Artikel ni kawan laki aku bagi, dan dicopy dari http://munajahcinta.wordpress.com/2009/11/09/hukum-nikah-suami-jangan-ikut-sedap-mulut/...)Mohd Peng.